Tag Archives: Astro Radio

Astro Radio menyegarkan SYOK dengan 60 stesen radio baharu

Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik. Tambahan lagi, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022. Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi. 

(Sila rujuk Lampiran untuk maklumat berkaitan stesen baharu dalam talian) 

60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak. Pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap’ (dark mode); ciri ‘penggera’ (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik; saluran ‘video langsung’ (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung; manakala podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.

 Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami. Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan. Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web.” 

Ong meneruskan, “Baru-baru ini, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform. Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan; dan dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna. Kami juga akan mengumumkan lebih banyak kerjasama, di mana kami ingin terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.” 

Rakyat Malaysia boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan banyak lagi, dan mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa. Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food Taster dan banyak lagi. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati artikel semasa, berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi dan ke udara sepanjang bulan November ini, untuk peluang memenangi hadiah wang tunai. 

Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web SYOK. https://syok.my/

ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar Kekal Momentum Dengan Sajian Menarik

Semenjak sedekad lalu, industri penyiaran radio telah dilihat sebagai suatu landasan yang menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu muzik di Malaysia. Kelebihan yang ada pada stesen radio pada masa kini adalah bergantung dengan keunikan sesebuah stesen radio.  Begitu juga pedekatan yang diberikan oleh stesen- stesen bahasa Melayu Astro Radio, ERA  fm, Sinar FM dan THR Gegar.

Selain menggalas tugas sebagai sebuah stesen radio yang memberikan muzik serta informasi berguna kepada pengguna, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar tetap bertungkus- lumus dalam menyusun strategi demi kepuasan pedengar. Maka, untuk terus bertakhta di hati pendengar mengikut fokus dan kumpulan yang disasarkan, ketiga-tiga stesen ini melaksanakan tugas mereka dengan menganjurkan beberapa program-program menarik sepanjang tahun khas buat pedengar.

Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan

ERA fm akan  terus menambat hati pendengar Melayu! Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Hit Terbaik’ ini  menyajikan hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini dan menjadi peneraju radio bahasa Melayu dengan 5.8 juta pedengar setiap minggu. Bermula April nanti, buatkali keduanya  pertandingan Juara JoHaRa dianjurkan. Johan, Haniff dan Ray menyeru para pedengar yang ingin mencabar diri mereka dengan menyertai pertandingan ini. Selama 2 minggu, JoHaRa akan bersiaran secara langsung di sekitar lokasi terpilih di seluruh Malaysia dan akan membawa satu cabaran baru. Cabaran-cabaran ini sangat menarik, peserta perlulah menggunakan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dan sememangnya menguji kesabaran mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Bagi merebuat gelaran Juara JoHaRa, para peserta yang berjaya ke peringkat akhir dikehendaki beraksi dihadapan orang ramai disalah sebuah pusat membeli belah di luar kawasan Kuala Lumpur.

Stesen nombor dua negara dengan 4.7 juta pedengar seminggu, Sinar FM kembali mengembara ke seluruh Malaysia sempena acara Jalan-Jalan Sepahtu Sinar 3. Bertemakan Duet Karaoke, Jep, Shuib dan Rahim selaku pengemudi Sepahtu Sinar akan memulakan jelajah mereka bermula April nanti untuk meneruskan misi pencarian juara Duet Karaoke. Siri jelajah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pedengar Sinar FM yang setiasa menjadi tulang belakang stesen ini.

Manakala, THR Gegar  yang perkasa di Pantai Timur dan menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar turut memberikan sajian menarik buat pedengar. Sebagai hadiah buat warga Pantai Timur, stesen ini bakal menganjurkan sebuah konsert pada 15 April 2017 nanti. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Khalifah, Projector Band, Azharina, Khai Bahar, Lovehunters, Wani Hasrita, Sherry Ibrahim, Ismail Izzani dan persembahan khas penyampai-penyampai THR Gegar. Konsert Pantai Timur ini  merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.

Gelombang Astro Radio ini ternyata bakal menggegarkan tanahair dengan hidangan –hidangan yang menarik demi memuaskan hati pedengar. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai  program-program yang bakal dilaksanakan, ikuti laman sosial ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar.

KAROK SELEBRITI

Bermula 20 Mac, penyampai radio yang bertugas  akan memainkan nyanyian lagu seorang selebriti yg terdiri dari host/atlit/pelakon atau selebriti yang tidak menyanyi secara aktif. Pendengar perlulah meneka siapakah nama selebriti tersebut. Laman sosial ERA fm akan mengaburkan wajah nyanyian artis tersebut dan pembayang akan diberikan. Pemanggil pertama yang berjaya mengenal pasti siapakah selebriti tersebut, bakal memenangi wang tunai RM 400! Jika tekaan pemanggil didapati salah, gandaan wang tunai akan di gandakan untuk segmen seterusnya. Selepas jawapan diumumkan, video nyanyian oleh selebriti tersebut akan disiarkan di laman sosial ERA fm.

SUARA AME 2017

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April, dan kali ini ERA fm ingin mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk pertandingan Suara AME 2017. Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi wang tunai RM 400? ERA fm akan mengeluarkan suara-suara para selebriti yang juga merupakan calon-calon akhir AME dengan menyebut huruf A , M , E, 1, 7. Bagi setiap pertandingan, penyampai bertugas akan memainkan suara 3 selebriti berbeza dengan menyebut  “A , M , E” dengan pelbagai gaya. Pemanggil pertama yang berjaya  meneka dengan betul bakal memenangi RM 400 tunai dan tiket untuk ke AME. Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, hadiah wang tunai akan digandakan.

DENGAR NGANGA ERA

ERA fm  akan merakam video di mana penyampai radio segmen ERA Solo, Danial akan berkata sesuatu contohnya buah-buahan, kereta atau haiwan , manakala Fad Bocey akan merekodkan sebuah lagu. Apa yang kelakarnya,  kedua-dua mereka perlu lakukan aktiviti ini dengan  memakai pelekap mulut dan di tayangkan di Instagram dan Facebook sebagai petunjuk peraduan. Pedengar perlu meneka apakah yang dikatakan oleh Danial dan apakah lagu yang Fad sedang nyanyikan. Pemanggil pertama yang berjaya memenangi hadiah wang tunai RM 300.

SEPAHTU JAMMING

Selain itu, Sepahtu Jamming turut di hidangkan sebagai salah satu misi untuk memikat hati pendengar. Pendengar hanya perlu meneka lagu-lagu yang dinyanyikan secara akustik oleh Sepahtu Sinar bersama artis undangan di studio dan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.

EmoSi-NAR

Pertandingan ini hanya memerlukan pedengar meneka ikon yang akan ditayangkan di lama sosial Sinar FM. Para pedengar perlu mendapatkan petunjuk di Facebook atau Instagram untuk mengenal pasti  tajuk lagu untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 500.

JONG KITE MAKEY

Jong Kita Makey merupakan satu dialek dari Terengganu. Kita – Kita (Pahang) dan Makey – Makan (Kelantan) yang mewakili ketiga-tiga negeri di seluruh Pantai Timur. Penyampai Ceria Pagi THR Gegar, Anna dan Shah  akan melawat ke rumah pendengar dan belajar untuk mengelai makanan makanan menarik Pantai Timur.  Selain itu, Anna turut mempelajari budaya budaya Pantai Timur di rumah pendengar pilihan.

TIRU GAYA SHAH

THR Gegar akan mengeluarkan gambar-gambar penyampai pagi THR Gegar, Anna dan Shah di laman sosial Facebook dan Instagram. Gambar-gambar Anna dan Shah pula merupakan gambar-gambar lucu dengan gaya yang pelik. Pedengar yang ingin memenangi hadiah wang tunai  perlulah meneka apakah gaya yang sedang kedua-dua penyampai ini laksanakan.