Mata penuh Glamor dengan Corak Permata dari Lacelle™ Jewel
Mata penuh Glamor dengan Corak Permata dari Lacelle™ Jewel | Bausch + Lomb melancarkan Lacelle™ Jewel, kanta lekap berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan cara yang penuh glamor. Kanta lekap bulanan pakai buang ini telah mula muncul buat pertama kali di Asia.
Integrasi teknologi terkini dalam Lacelle™ Jewel mempunyai rekaan kanta unik yang meningkatkan kejelasan penglihatan kanta. Rekaan kanta yang nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada pemakai kanta lekap. Bahan kanta ini dengan kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik. Bahan ini juga meminimakan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan pemakai kanta.
Rekaan Lacelle™ Jewel menggelap dan membesarkan iris untuk memaparkan mata yang lebih besar secara semulajadi dimana dengan pemakaian Lacelle™ Jewel mata akan menjadi lebih jelas dan cerah, tampak lebih semula jadi dan tidak palsu. Ini disebabkan oleh corak permatanya yang unik dan berwarna-warni yang lebih mendalam dan bersinar. Faktor Lacelle™ Jewel yang menakjubkan ialah penggabungan warna bahan kanta yang dimasukkan melalui teknologi untuk memberikan lebih keselesaan dan kesihatan mata yang baik.
Dengan teknologi terkini dan integrasi teknologi warna yang baharu dipertingkatkan, siri Lacelle™ Jewel merupakan kanta lekap bewarna yang paling signifikan. Komponen ini memberikan rupa yang lebih memikat dan menarik. Dengan variasi 7 warna sebagai pilihan, ianya boleh disuai padan dengan pakaian pilihan harian untuk meningkatkan keseluruhan gaya anda samada untuk keluar berjanji temu atau hanya untuk memberikan kesan yang memukau dengan mata berkilau segar dan pada masa yang sama memberi tumpuan kepada penglihatan yang terbaik. Corak permata pada kanta lekap ini memberikan kesan yang sangat mempesonakan.
Melanite Black – Memberikan rupa pemalu kepada sipenggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated.
Topaz Brown – Gemerlap asli yang menjadikan mata lebih menyerlah mengikut naluri. Serta mudah didekati.
Crystal Gray – Memberikan aura misteri dengan gaya beriluminasi. Keseimbangan diantara dramatik dan kemeriahan.
Amber Brown – Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan. Kelihatan bergaya dan mewah dengan kilauan itu.
Amethyst Violet – Memberikan sinaran mata yang signifikan melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Meninggalkan kesan yang penuh kemewahan.
Sapphire Blue – Untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan Kristal yang memberikan personaliti yang ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.
Peridot Green – Hebat dipadankan dengan sebarang warna kulit dan memberikan sinar mata yang menenangkan. Aura yang jelas menyegarkan.
“Siri terbaru Lacelle™ Jewel ini sangat menarik dan pasti sesuai dengan gaya remaja hari ini kerana ianya menyerlahkan mood riang untuk berpesta kepada pemakainya tanpa melupakan faktor terpenting iaitu keselamatan dan keselesaan yang menjadikan Lacelle™ Jewel ternyata lain daripada yang lain”, kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapura & Malaysia. Faktor estetik memang tidak syak lagi suatu aspek yang penting untuk pengguna-pengguna kanta lekap berwarna dan yang pasti, Bausch + Lomb tidak mengabaikan pertimbangan penting mengenai keselesaan memakai kanta lekap semasa membangunkan, meningkatkan, dan merekabentuk kanta lekap mereka.
Kanta-kanta ini mengandungi standard pigmen yang disahkan oleh FDA menunjukkan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk memastikan perlindungan untuk para penggunanya. Jadi tidak perlu risau dengan siri Lacelle™ Jewel! Kanta-kantanya juga tahan daripada deposit protein mata menjadikannya selamat untuk dipakai dan mengelakkan ketidak selesaaan pada mata di akhir hari pemakaiannya. Kanta Lacelle™ Jewel telah dibuktikan tidak toksik dan tidak merengsakan mata kerana Lacelle™ mengamalkan warna tambahan yang selamat.
Lacelle™ Jewel telah menyebabkan keghairahan di kalangan orang ramai semasa acara pelancarannya di Sunway Pyramid. Tetamu artis selebriti Atikah Suhaime mendendangkan lagunya kepada para hadirin dengan personalitinya yang menarik serta vokal yang mantap sementara artis sensasi internet You Tube rantau ini, Joyce Chu memikat malam itu, menghiburkan peminat yang sangat teruja, dengan lagu popularnya Malaysian Charbor, yang dicipta khas oleh pencipta lagu Malaysia, Namewee. Joyce Chu juga bekerja sama dengan Bausch + Lomb untuk sebuah kerja amal dengan mempersembahkan senaman mata Bausch + Lomb kepada para hadririn yang turut serta memberikan tindak balas yang memberangsangkan. Pada malam itu juga, kumpulan tarian hip hop Soul Krazy turut memikat para hadirin.
Pada hari Sabtu, terdapat pula persembahan istimewa oleh penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Diandra Arjunaidi , dan juga kumpulan gadis-gadis Malaysia, De’Fam. Pada hari Ahad, persembahan tarian dan nyanyian istimewa akan dipersembahkan oleh artis Youtube popular tanahair, Elizabeth Tan dan kumpulan tarian hip hop Hyperactive.
Pelbagai acara jelajah Lacelle™ Jewel akan diadakan di institut-institut pengajian tinggi di Lembah Klang ddan di antara lokasi popular ialah Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Terdapat banyak aktiviti riang dan permainan akan dianjurkan untuk hiburan orang awam.
Kanta lekap Lacelle™ Jewel akan mula dijual dari 1hb September 2015 di semua kedai peniaga optik utama. Ianya merupakan tawaran baru tambahan kepada Lacelle™ dan Lacelle™ Colours yang sedia ada.
Siri Lacelle™ Jewel dijual pada harga RM68 sekotak.
Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.
Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.
Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.
Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.
Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.
Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.
Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:
1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan
2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis
3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak
4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya
5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama
6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy
7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz
8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad
9 – Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha
10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin
11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha
12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak
13 – Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse
14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)
15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia







