Tag Archives: Awie

KONSERT ULANG TAHUN MR D.I.Y. TARIK 10,000 PENONTON DI STADIUM MERDEKA

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025 – Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Merdeka bagi menyaksikan konsert ulang tahun MR D.I.Y. yang ke-20, menandakan sambutan penuh gemilang oleh peruncit perkakas rumah terkemuka negara itu.

Acara anjuran Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad ini menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar dengan persembahan luar biasa oleh barisan artis legenda tanah air seperti Amy Search, Ella, Awie, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Penny Tai, Jeryl Lee serta kumpulan 3P. Persembahan diserikan dengan pertunjukan cahaya laser, bunga api, aktiviti menarik dan cabutan bertuah. Menara Merdeka 118 turut menyala khas bagi meraikan ulang tahun ini.

Menurut Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh, “Konsert ini merupakan tanda penghargaan kepada semua yang telah menyokong kami selama dua dekad – dari pelanggan, pembekal hingga kakitangan. Kami bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.”

Daripada sebuah kedai kecil di Kuala Lumpur pada 2005, MR D.I.Y. kini memiliki lebih 5,000 cawangan di 14 negara. Antara jenama utama di bawah kumpulan ini termasuk MR D.I.Y. Express, MR. TOY, MR. DOLLAR, MR D.I.Y. PLUS dan EMTOP, semuanya berasaskan keperluan harian dan harga mesra pengguna.

Sepanjang bulan Julai 2025, MR D.I.Y. turut melancarkan promosi ulang tahun dengan diskaun sehingga 50% ke atas lebih 130 barangan, serta peraduan ‘Gores & Menang’ dengan hadiah bernilai RM2 juta termasuk iPhone 16, robot AI, bar emas, beg Louis Vuitton dan baucar tunai.

Untuk maklumat lanjut dan kempen promosi terkini, pelanggan boleh melayari laman rasmi www.mrdiy.com dan ikuti MR D.I.Y. di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

KONSERT “JOURNEY” AWIE : KOMBINASI MONOLOG DAN PERSEMBAHAN TEATRIKAL RAI 30 TAHUN

Konsert Solo Dato’ Awie yang diberi nama “Journey” akan menawarkan pengalaman unik dengan gabungan monolog dan persembahan teatrikal, menjadi tanda dagang Dato’ Awie. Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Dato’ Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.

Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau; yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia. Konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Dato’ Awie.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, “Ramai yang menantikan konsert solo Dato’ Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. Malah, laman web kami juga mencipta rekod menerima jumlah kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut. Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran dan pada masa yang sama menikmati diskaun bagi setiap pembelian.”

Tambah beliau lagi “Bagi konsert solo kali ini, beberapa kategori tiket telah diperkenalkan iaitu

  1. ROYAL BOX: RM1500 (beserta meet and greet)
  2. VIP+: RM1500 (beserta meet and greet)
  3. VIP: RM1000
  4. DIAMOND: RM700
  5. PLATINUM: RM418
  6. GOLD: RM288
  7. SILVER: RM218

Walaubagaimanapun, tiket bagi kategori SILVER, GOLD, dan PLATINUM telah pun habis dijual. Bagi memenuhi permintaan ramai, kami turut memperkenalkan kategori tiket terbaru iaitu RUBY yang berharga RM518 yang kini boleh dibeli melalui laman web rasmi iaitu www.pixeltix.com.my bermula hari ini.”

Istimewanya konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik yang juga bertindak sebagai pemain keyboard. Manakala pemain gitar pula ialah Ritz MetalAsia (Guitar 1), Addy Cradle (Guitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa’ang Zaman (Percussion).

Dato’ Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu-lagu popular beliau terutama dari album solo dan album Wings, termasuk dari album Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005).

Menurut Dato’ Awie, “Saya terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solo saya sehebat ini. Saya terperanjat apabila dimaklumkan 3 kategori utama tiket habis dijual dalam beberapa jam. Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baru agar semua peminat yang tidak sempat membuat pembelian tempohari, boleh berbuat demikian sekarang.”

“Konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat. Tema dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu peribadi dari saya untuk semua. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos nanti.” tambah beliau.

Menariknya lagi, Konsert “Journey” Awie juga turut berkolaborasi dengan sebuah institusi kewangan terkemuka yang tersenarai dalam Fortune 500 Asia Tenggara – Maybank. Dato’ Awie merupakan artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan Maybank bagi konsert ini. Pemegang kad Maybank akan menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket menggunakan kad Maybank. Selain itu, pembeli tiket juga boleh membuat pembayaran sebanyak 50% terlebih dahulu dan melunaskan baki selebihnya seminggu sebelum konsert bermula. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ini. Semua peminat bukan sahaja akan pulang dengan memori yang tidak dapat dilupakan, malahan setiap peminat akan diberikan cenderahati istimewa !

10 Tips Tipu Bini

Buat julung kalinya Dato‘ Awie menerbitkan sebuah filem di bawah terbitan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. berjudul ’10 Tips Tipu Bini’, yang diarahkan oleh Azizi ’Chunk’ Adnan, manakala skrip ditulis oleh Armada AI Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saIuran 480 mulai 7 Januari 2021.

10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai Iagi.

Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya, Dato’ Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dengan sebuah projek yang tak kalah hebatnya. Menurut Penerbit dan juga Pelakon 10 Tips Tipu Bini, Dato’ Awie berkata, “lni sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. lsu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.”

“Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan”, tambah Dato’ Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ”Filem im’ merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industrifilem tempatan.”

Ringkasnya, filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ’DUBUK LIAR’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ’Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ’intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ’kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ’Sang Kekasih’ dan juga ’Dubuk Liar’. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings.

Sementara itu, pihak produksi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakam penghargaan buat pihak yang sudi bekerjasama dan menaja sidang akhbar 10 Tips Tipu Bini.

Pihakpihak terbabit adalah T-shirt and chocojar Mouthgasm Crunchy, Cookies Cookies Most Wanted (CMW), penutup muka Mask Kaw, lokasi MATIC, sanitasi tangan Million Pink Sdn Bhd, penyediaan katering Primiera Hotel Kuala Lumpur dan rakan cetak Achik Sdn Bhd.

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Konsert AWIE ROMANTIKA

Datuk Awie atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan sebuah nama besar dalam industri seni tempatan. Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar bin Othman ini bukan sahaja dikenali sebagai figura rock lagenda malah beliau turut berjaya memahat namanya dalam bidang lakonan, pengacaraan dan melawak, sekali gus menjadikannya antara bintang tanahair yang paling versatil. Namanya mungkin lebih sinonim dengan kumpulan rock lagenda Wings apabila memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi utama kumpulan itu. Namun, bintang Awie tidak pernah berhenti bersinar walaupun pernah mengundurkan diri seketika dari kumpulan lagenda itu pada tahun 1993.

Langkah beraninya bergerak secara solo menyaksikan Awie tampil dengan lima buah album studio solo dan satu album ‘live’. Bermula dengan album solo pertamanya ‘Awie’ pada tahun 1994, yang memuatkan lagu hits seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Permainan Duniawi dan Dibayang Awan, album itu mencecah jualan 220,000 unit menjadikan beliau masih memegang Rekod Album Solo Lelaki Paling Laris Di Malaysia sehingga kini. Disusuli dengan album seperti Awie – “Live” Unplugged (1995), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000) dan Santai (2005) berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menjulang popularitinya sebagai artis lelaki popular. Walaupun kembali menyertai Wings pada tahun 2000 dan terlibat dalam beberapa projek khas bersama Wings , perjalanan seninya sebagai penyanyi solo tetap berlangsung dengan jayanya.

Berbekalkan kekuatannya yang tersendiri, kerjaya seninya semakin berkembang apabila beliau berjaya menakluk cabang seni lakonan, pengacaraan dan melawak menjadi sebahagian portfolio seninya. Awie merupakan antara artis yang mempunyai kerjaya solo yang sangat cemerlang dan puncak kegemilangannya di persada seni adalah ketika beliau menjalani kerjayanya secara solo. Walaupun bermula sebagai vokalis utama Wings, Awie berjaya membina sebuah jenama yang tersendiri. Tanpa memerlukan sedikit pun bayangan jenama Wings di pangkal namanya, nama Awie tetap tersohor di zaman kegemilangannya sehingga kini.

Bagi meraikan ulangtahun ke-25 perjalanan seninya sebagai artis solo, Awie bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa bertemakan cinta berjudul KONSERT AWIE ROMANTIKA. Konsert ini bakal dipersembahkan di Stadium Malawati Shah Alam pada 15 Februari 2020, Jam 8:00 malam.

Sekiranya sbelum ini Awie lazim muncul dalam konsert bersama Wings, konsert yang menggandingkannya bersama lagenda rock tempatan seperti Ella, atau konsertnya bersama band projeknya Dragon Malaya. Kali ini KONSERT AWIE ROMANTIKA bakal menyajikan kelainan apabila buat pertama kalinya selepas hampir 25 tahun, Awie tampil dengan konsert solo. Kali terakhir Awie tampil solo dalam sesebuah konsert adalah menerusi konsert solo perdananya, Konsert Awie Live Unplugged di Live Centre KL pada tahun 1995.

Dalam konsert anjuran bersama Atirox Ltd dan IK Global Berhad ini, Awie bakal mempersembahkan seleksi lagu dari katalog album-album solonya yang diberikan susunan muzik yang lebih segar. Persembahan Awie bakal diiringi oleh pemuzik-pemuzik handalan dibawah pimpinan pengarah muzik ……………

Mengulas tentang penganjuran konsert ini, Awie berkata, “Konsert ini diadakan atas dasar meraikan ulangtahun jubli perak saya dalam dunia nyanyian solo. Untuk konsert ini saya cuba tampilkan persembahan berkonsepkan konsert teatrikal/muzikal yang mengangkat tema romantika.”

Walaupun konsert ini dijadualkan untuk dipersembahkan sehari selepas Hari Kasih Sayang (Valentine’s Day), namun jauh sekali niat kami untuk menyambut hari tersebut. Konsep konsert bercorak romantika sudah lama saya rancang, Cuma secara kebetulan saja tarikh 15 Februari dipilih setelah mengambilkira jadual seni saya dan mereka yang bakal terlibat dalam konsert ini,” jelas Awie lagi mengenai tarikh yang dipilih untuk KONSERT AWIE ROMANTIKA turut menampilkan artis undangan istimewa yang bakal diumumkan kelak.

Peminat boleh menjangkakan mereka bakal dihiburkan dengan gabungan lagu hits malar segar Awie yang suatu masa dahulu pernah membawanya ke pentas berprestij Anugerah Lagu, memenangi anugerah berprestij di Anugerah Industri Muzik dan mengangkatnya sebagai antara vokalis lelaki terunggul di Malaysia. Lagu seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Dipenjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi yang pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama Awie.

Dalam menyatakan harapannya tentang sambutan peminat terhadap konsert ini, Awie berkata, “Setelah hampir 25 tahun tidak muncul dengan konsert secara solo, saya berharap peminat saya berasa teruja dengan penganjuran konsert ini. Dapatlah kiranya semua yang pernah membesar dengan lagu-lagu saya hadir ke konsert ini. Selain daripada berhibur, pihak penganjur juga ada menyediakan hadiah-hadiah istimewa dalam cabutan nombor bertuah. Istimewanya konsert bertema romantika yang dibawakan secara muzikal/teatrikal ini, sedikit sebanyak bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman mereka masih muda, zaman ketika mereka baru mengenal erti cinta, ketika mereka baru merasa sakitnya patah hati, kisah cinta sebelum dan selepas ikatan perkahwinan. Pastinya konsert ini menjanjikan suatu pengalaman yang berbeza.”

Tiket KONSERT ROMANTIKA dijual bermula dengan harga RM88, RM128, RM188, RM238, RM308 dan RM438. EARLY BIRD 20% daripada harga semua tiket bermula 1hb Oktober 2019 hingga 30hb November 2019 . Tiket boleh dibeli secara online di: https://myticket.asia

MAKLUMAT KONSERT

“KONSERT AWIE ROMANTIKA” dianjurkan oleh ATIROX LTD & IK GLOBAL BERHAD

Tarikh : 15 Februari 2020

Masa : 8.00 malam

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam

Artis : Awie

Harga Tiket : Free Seating – RM88 (Green Zone)

RM128 (Purple Zone)

Numbered Seating – RM188 (Yellow Zone)

RM238 (Red Zone)

RM308 (Grey Zone)

RM438 (VIP Zone)

DATO’ AWIE dan ELLA bakal jayakan SHOWCASE ‘DINNER GIG 2018’

UFC The Fighters dengan bangganya mempersembahkan Dinner GIG 2018 yang pertama kali bakal dianjurkan. FUFC The Fighters yang lebih dikenali dalam bidang sukan bolasepak kini melebarkan sayapnya ke industri hiburan tanahair. Bersama rakan-rakan rasmi untuk Dinner Gig 2018 iaitu Tenera Hotel Bangi, Kelab Bola Sepak Felda United dan Stubapp serta dikendalikan oleh Atlas One Events, Dinner Gig 2018 ini bakal menampilkan dua Iagenda rock tanahair iaitu Raja Rock Malaysia, Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Manakala untuk pembukaan kepada Dinner Gig 2018, para penonton bakal dihiburkan oleh selebriti yang tidak asing lagi iaitu Black.

Penilaian demi penilaian telah dijalankan oleh FUFC The Fighters dan akhirnya Dato’ Awie dan Ella telah di pilih untuk menjayakan Dinner Gig 2018 ini. Status lagenda yang dimillkl oleh Dato‘ Awie dan Ella sealiran dengan FUFC The Fighters yang sememangnva amat disegani dalam Industri sukan bolasepak. Dua Iagenda muzik tanahair ini sememangnya amat bertepatan dengan konsep Gig yang bakal ditampilkan pada malam tersebut. Dato’ Awie dan Ella adalah selebriti tanahair yang melalui pahit getir kerjaya dalam bidang hiburan namun semangat juang mereka patut dicontohi dan semangat juang inilah yang ingin FUFC The Fighters tonjolkan kepada masyarakat selain dari hiburan semata-mata.

Berlangsungnya Dinner Gig 2018 ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Kelab Bolasepak Felda United. FUFC The Fighters juga percaya dengan berlangsungnya acara sebegini, hiburan juga mampu menjadi medium untuk mendekatkan peminat dengan selebriti Lagenda tanahair selain daripada untuk memperkenalkan rakan-rakan rasml Dinner Gig 2018 iaitu Hotel Tenera Bangi yang dimiliki oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai hotel bertaraf 4 bintang kepada masyarakat umum. Selain dari Hotel Tenera Bangi, rakan-rakan rasmi Dinner Gig 2018 iaitu Kelab Bolasepak Felda United dan Stubapp serta Atlas One Events juga bukanlah nama baru didalam industri masing masing dan secara tidak Iangsung acara ini mampu untuk memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat umum.

Dinner Gig 2018 ini bakal berlangsung pada hari Jumaat, 7 Disember 2018 jam 8.30 malam berlokasi di Ballroom Hotel Tenera Bangi. Tiket adalah terhad kepada 700 tiket sahaja. Tiga pakej menarik dlsediakan seperti dibawah.

Pakej Silver : RM 250 seorang (Meja untuk 10 orang) Pakej Gold : RM 350 seorang (Meja untuk 10 orang) Pakej Platinum : RM 500 seorang (Meja untuk 10 orang)

Setiap penonton yang membuat pembelian tiket bakal membawa pulang goodle bag yang mengandungi sehelai Tshirt istimewa dan Mug. Para penonton bertuah ketika acara cabutan bertuah bakal membawa pulang 2 unit gitar elektrik dan 2 unit gitar akustik yang ditandatangani oleh Dato’ Awie dan Ella. Tetamu yang hadlr juga akan disajikan dengan hidangan makan malam istimewa oleh Hotel Tenera Bangi. Dinner Glg 2018 ini hanya untuk penonton yang berumur 15 tahun ke atas sahaja. Untuk tetamu yang hadlr dan ingin menginap dI Hotel Tenera Bangl boleh menghubungi pihak hotel secara terus untuk harga Istimewa,

Utk makluman, Dato Awie dan Ella serta Black bakal diiringi oleh live band untuk menghangatkan suasana pada malam tersebut. Kombinasi diantara Dato Awie, Ella dan Black selama hampir dua jam ini akan menyaksikan 15 buah lagu didendangkan.Selain dari itu, beberapa kejutan disediakan khas dan istimewa untuk penonton Dinner Gig 2018.FUFC The Fighters juga dpm perancangan utk acara seterusnya pada tahun 2019.

Tetamu Kehormat Sidang Media Dinner Gig 2018

1. Dato’ Dr Shamsul Anwar Sulaiman. Pengerusl Jawatankuasa Kewangan & Pemasarn FUFC The Fighters

2. Dato’ Awie Raja Rock Malaysia.

3. Ella Ratu Rock Malaysia.

4. Tuan Fathul Huzlr Ayob
Pengurus Pembangunan Perniagaan FUFC The Fighters.

5. Tuan Syahrizal Ismail
Pengarah Urusan Atlas One Events Sdn Bhd

Penganjur : FUFC The Fighters

Rakan Rasml : Tenera Hotel Bangl

Rakan Rasmi : Felda United

Rakan Rasml : Stubapp

Dikendalikan oleh : Atlas One Events

Pembelian tiket

Pakej Silver : RM 250 seorang (Meja untuk 10 orang) Pakej Gold : RM 350 seorang (Meja untuk 10 orang) Pakej Platinum : RM 500 seorang (Meja untuk 10 orang)

Hotline 010 761 6844 .014 514 6357.013 407 6679. 03 8929 9600 Belian Online : www.stubapp.com Kaunter Tiket Hotel Tenera Bangi.

Lapan Pemain Komedi Popular Kemudi Program ‘Konsert Komedi’

Selepas Maharaja Lawak Mega musim ini melabuhkan tirainya, keriuhan dan gelak tawa yang bergema pada setiap Jumaat malam akan terus dihidupkan dengan sebuah program variasi hiburan komedi baharu, ‘Konsert Komedi’. ‘Konsert Komedi’ yang memperlihatkan penglibatan lapan pemain komedi popular tanah air ini akan mula menggeletek hati penonton mulai 12 Mei 2017 pada jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Siaran ini juga boleh dinikmati melalui platform Astro Go dan Astro On Demand.

Program Konsert Komedi bakal menyaksikan persembahan nyanyian eksklusif yang diselangi dengan sketsa oleh pemain komedi baik solo mahupun berkumpulan bersama selebriti undangan mereka selama satu jam. Berdurasi sebanyak lapan episod, program ini akan bersiaran secara langsung bagi episod pertama dan kedua manakala episod selebihnya merupakan episod rakaman yang dibuat di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Istimewanya program ini, setiap pemain komedi diberi kebebasan penuh untuk mencorak sendiri persembahan nyanyian dan sketsa yang dipentaskan mengikut daya kreatif serta cara mereka sendiri. Setiap persembahan pula akan diiiringi oleh live band iringan Pengarah Muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Lapan pemain komedi yang akan mengemudi program ini terdiri daripada Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Awie yang bergabung di bawah nama kumpulan ‘Baik Punya Cilok’, ‘Shiro’, ‘Zero’, ‘Bocey’, ‘Nabil’, ‘Sepahtu’, ‘Dato’ AC Mizal’ dan kemunculan semula kumpulan lawak otai yang dirindui semua peminat tegar komedi di Malaysia iaitu ‘Senario’ yang dianggotai oleh Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yasin, Ilya dan Hamdan.

Setiap daripada mereka turut mengundang selebriti pilihan mereka sendiri bagi memeriahkan lagi episod masing-masing. Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini adalah Erra Fazira, Ella, Stacy, Siti Nordiana, Indah Ruhaila, Misha Omar dan ramai lagi. Beberapa nama yang sudah lama berada dalam industri seni turut turun padang menyokong program ini seperti kumpulan yang popular dengan lagu Fiona; 4U2C, Datuk Zainal Abidin, Datuk Chef Wan dan Ramlah Ram.

Ayuh kita saksikan program hiburan komedi terbaharu, ‘Konsert Komedi’ yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat mulai 12 Mei 2017 pada jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan saluran serentak di Warna HD (saluran 124). Siaran ini juga boleh dinikmati melalui platform Astro Go dan Astro On Demand. Selamat menonton!

Filem Warna Cinta Impian

Apabila sesebuah perkahwinan diaturkan oleh keluarga tanpa ada sebarang perasaan cinta di hati, sudah tentu pelbagai konflik akan berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai sejarah silam tentang kisah cinta yang pernah diharungi sebelum ini.

IMG_0144

Itulah yang dipaparkan dalam filem terbaru berjudul Warna Cinta Impian, sebuah filem berkisar tentang cinta yang diterbitkan oleh Touch Tronics Entertainment, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Mac 2016.Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.

awiehh

Warna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan.Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.

Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.

aw4

Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini?Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.

 

BAIK PUNYA CILOK Dipentaskan Di Istana Budaya

IMG_8955Pada awal bulan Mac 2015, sebuah undian telah dijalankan dimana orang ramai diberi pilihan untuk menentukan filem apakah yang patut dijadikan persembahan pentas di Istana Budaya. Antara filem yang tercalon dalam undian adalah filem Pontianak vs Orang Minyak, Baik Punya Cilok, Lemak Kampung Santan, Papadom, Sumolah dan Buli.

Keputusan menunjukkan yang rata-rata peminat filem dan peminat teater ingin melihat Baik Punya Cilok, arahan Afdlin Shauki pada tahun 2005, dibawa ke pentas teater, sewajar dengan ulangtahun ke-10 filem tersebut.

Seperti filemnya, Teater Baik Punya Cilok akan mempertemukan semula watak Aben (Afdlin Shauki), Bob (Awie), Jerry (Hans Isaac) dan Wak (Datuk AC Mizal) di atas satu pentas.

IMG_8968Afdlin Shauki yang merupakan penulis dan pengarah asal juga akan memikul tanggungjawab yang sama untuk pementasan ini. Elemen komedi dan intipati yang terdapat dalam filem akan dikekalkan di dalam produksi teater Baik Punya Cilok. Kelainan yang akan ditampilkan adalah elemen muzikal yang akan disuntik di dalam pementasan ini. Pengarah muzik yang akan menjayakan teater ini adalah Pacai.

Teater Baik Punya Cilok akan berlangsung dari 25 April 2015 sehingga 1 Mei 2015 di Istana Budaya.

Harga tiket bermula dari RM56, RM85, RM110, RM140, RM160, RM190.

Promosi istimewa sehingga 1 April 2015 : Jika anda membeli tiket ‘Teater Baik Punya Cilok’ DAN ‘Lawak Ke Der 2015’, tiket untuk setiap persembahan akan diberi diskaun sebanyak 20%!

Tiket boleh dibeli di laman www.ticket2u.biz, di kaunter box-office Istana Budaya atau boleh hubungi talian03 4253 2241.

IMG_8952SINOPSIS RINGKAS

Kisah lucu 4 orang sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul. Menyedari nilai keronsang itu begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya.

Dalam keadaan yang terdesak, 4 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut. Lagaknya seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.

Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak terlebih dahulu oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.

Temui Barisan Pelakon SuperMokh Sebuah Muzikal di NU Sentral

image001

Satu sesi bertemu dan bermesra dengan barisan pelakon pementasan muzikal, SuperMokh, akan diadakan di pusat membeli-belah NU Sentral, yang mana anda mungkin akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri pementasan yang laris ini di Istana Budaya.

Para barisan pelakon SuperMokh Sebuah Muzikal akan berada di pusat membeli-belah NU Sentral pada hari Isnin 15 September pada jam 12.30 tengah hari di mana mereka juga akan memberikan 10 pasang tiket percuma dan bergambar bersama peminat.

image003

Tidak akan menjadi masalah sekiranya anda ingin bergegas ke NU Sentral kerana ia terletak bersebelahan dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Selain itu, ia mudah diakses dengan ruang parkir yang boleh menempatkan hampir 2,600 buah kereta serta dilengkapi dengan sambungan bersepadu ke LRT, monorel dan sistem kereta api KTM Komuter.

Ini merupakan peluang keemasan untuk anda bertemu dengan Awie, Maya Karin, Douglas Lim dan Rashidi Ishak yang melakonkan watak mereka sekali lagi dalam pementasan muzikal tersebut. Pementasan muzikal restaging yang laris dan berjaya ini mengisahkan tentang salah seorang ikon Malaysia paling disayangi iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari, lagenda bola sepak hebat – yang dikenali sebagai ‘SuperMokh’ di kalangan ribuan peminatnya.

Pementasan SuperMokh Sebuah Muzikal pertama diadakan pada November 2013 dan telah mendapat ulasan yang membanggakan, di mana kesemua tiket bagi 17 pementasannya habis dijual. Pengarahan muziknya digubah oleh Michael Veerapan manakala koreografi tariannya pula dikelolai oleh Adzwadi Saini.

 

‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ Imbau Kenangan 5 Filem

IMG_9206-1

Konsert ini buat pertama kalinya menggabungkan kembali tiga bintang hebat tanah air yang pernah mencetus fenomena dalam industri perfileman tanah air sekitar 90-an iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

TEA_8081

Berlangsung selama lebih kurang tiga jam, ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.

IMG_9327-1

Pementasan arahan sutradara hebat, Erma Fatima ini memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2’ dan ‘Merah’ yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan.

TEA_8008-2

Konsert yang menelan kos sebanyak RM1.4 juta dipentaskan selama 7 hari (dari 3 hingga 9 Mac) berturut-turut di Istana Budaya. Bagi peminat-pemiat yan masih belum mendapatkan tiket-tiket boleh layari www.ticket2u.biz.

‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ 3 – 9 MAC 2014

image007

Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.

Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak.

Ziana Zain, penyanyi genre balada yang sukar ditandingi dengan nada tingginya, begitu karismatik di layar perak dan bersilih ganti perwatakan antagonis dan protagonisnya.

Erra Fazira, bekas ratu cantik dan penyanyi genre pop, dirindui sebagai primadona filem Melayu sekitar dekad 1990an.

Nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Pementasan ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar dekad 90an. Filem filem Melayu yang dimaksudkan pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu ‘SEMBILU’, ‘SEMBILU 2’, ‘TRAGEDI OKTOBER’,  ‘MARIA MARIANA 2’ dan ‘MERAH’.

Filem filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang akan menjadi tunjang utama kepada pementasan ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’. Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sedutan babak babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar dari Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Tiket tiket untuk menonton ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan selama 7 hari berturut turut ini boleh dibeli dengan melayari  www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

Harga harga tiket adalah seperti berikut :

RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00,

RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 dan RM 499.00

Pihak penerbitan juga menawarkan promosi pra-jualan potongan 10% hanya sah dari 15 Januari  sehingga 1 Februarii 2014 sahaja.

Selain itu, bagi pembeli tiket tiket yang berharga RM 399.00 dan RM 499.00, anda layak untuk mendapatkan jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam, dengan bayaran tambahan sebanyak RM 150.00. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.