Tag Archives: Azlee Senario

Filem Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Sebuah filem seram komedi yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario.

Tayangan premier filem Sumpahan Syaitan ini telah diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu bertempat di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur.Filem ini telah membuat penggambaran pada sekitar tahun 2019 yang lalu namun di sebabkan pandemik maka tayangan filem ini terpaksa ditangguhkan.Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.23.

Sipnosis Filem Sumpahan Syaitan

Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.

Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?

Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Disebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan.

Senarai artis filem SUMPAHAN SYAITAN

1.Dato’ Ac Mizal

2.Dato’ Jalaludin Hassan

3.Farid Kamil

4.Nynaa Harizal

5.Saiful Apek

6.Azlee Senario

7.Pak Ya Sepahtu

8.Yassin Senario

9.Epy Kodiang

10.Syaiful Zero

11.Amai Kamaruddin

12.Arin Rajalawak

13.Adam Shahz

14.Azlan Komeng

15.Kenji Sawahii

16.Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)

17.Cracky Don

Jika anda di luar sana menginginkan filem Sumpahan Syaitan ini ialah filem seram sepenuhnya maka anda silap,ia merupakan filem komedi seram.Pada awalnya filem ini hendak dibuat sebagai filem seram namun diatas permintaaan komedi seram di luar sana maka ia bertukar dari seram ke komedi seram.

Jalan cerita serta plot untuk filem ini agak ‘straight forward’ dan mudah difahami dari awal sehingga akhir.Jika ada plot twist pun tidak berapa banyak.Mengenai CGI pula,mungkin boleh ditambah baik dimasa hadapan jika filem ini ada sekuel atau prekuelnya nanti.

Mengenai lakonan para pelakon memang tidak dapat disangkal lagi dengan adanya pelakon seperti Dato’ AC Mizal,Dato’ Jalaludin Hassan serta Farid Kamil. Ketiga-tiga pelakon ini melakonkan watak yang serius dalam filem ini. Manakala watak-watak komedi didalam filem ini dilakonkan oleh Saiful Apek, Azlee Senario,Epy Kodiang,Yassin Senario dan Syaiful Zero.

Secara keseluruhannya filem Sumpahan Syaitan ini sesuai ditonton untuk seisi keluarga kerana ia bergenre komedi seram.Filem ini juga ada memaparkan beberapa mesej-mesej yang positif untuk kita teladani bersama.

Contest “Tonton dan Menang”

TONTON & MENANG!

5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah!

Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com sekarang. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan.

10 Tips Tipu Bini

Buat julung kalinya Dato‘ Awie menerbitkan sebuah filem di bawah terbitan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. berjudul ’10 Tips Tipu Bini’, yang diarahkan oleh Azizi ’Chunk’ Adnan, manakala skrip ditulis oleh Armada AI Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saIuran 480 mulai 7 Januari 2021.

10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai Iagi.

Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya, Dato’ Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dengan sebuah projek yang tak kalah hebatnya. Menurut Penerbit dan juga Pelakon 10 Tips Tipu Bini, Dato’ Awie berkata, “lni sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. lsu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.”

“Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan”, tambah Dato’ Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ”Filem im’ merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industrifilem tempatan.”

Ringkasnya, filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ’DUBUK LIAR’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ’Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ’intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ’kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ’Sang Kekasih’ dan juga ’Dubuk Liar’. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings.

Sementara itu, pihak produksi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakam penghargaan buat pihak yang sudi bekerjasama dan menaja sidang akhbar 10 Tips Tipu Bini.

Pihakpihak terbabit adalah T-shirt and chocojar Mouthgasm Crunchy, Cookies Cookies Most Wanted (CMW), penutup muka Mask Kaw, lokasi MATIC, sanitasi tangan Million Pink Sdn Bhd, penyediaan katering Primiera Hotel Kuala Lumpur dan rakan cetak Achik Sdn Bhd.

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.