Tag Archives: Bandi Amuk

Filem “Syaitan Munafik” Bakal Menjengah Pawagam Pada September 2023

Buat julung kalinya, Penerbit Filem Syaitan Munafik, Dato’ Mohd Rusdi Shair,Pengarah Urusan ) Penerbit kepada Syarikat United Nine Creative Sdn. Bhd (UNC) , menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Seri Pasific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur. Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan sederhana.

Majlis Rumah Terbuka ini bertujuan meraikan kakitangan dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan Filem Syaitan Munafik , bersesuaian dengan majlis itu pastinya ia menjadi platform terbaik untuk menampilkan pelakon-pelakon baru dengan gandingan pelakon yang sedia ada, bagi tujuan memperkenalkan sekaligus mempromosikan Filem itu kepada umum.

Antara pelakon baru yang bakal ditampilkan adalah Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah.Dalam pada itu Dato’ Rusdi turut berkongsi berita gembira yang mana Filem Syaitan Munafik kini sudah pun siap sepenuhnya dan menanti untuk tayangan.Teaser Filem Syaitan Munafik akan ditayangkan dan akan ada gimik serta menampilkan persembahan ‘tribute song filem’ dari penyanyi baru Adia.

Di majlis tersebut akan diadakan penyerahan memorandum persefahaman kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.Pelancaran Teaser Filem Syaitan Munafik di lancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, YB.rs Prof Dr. MD Nasir B. Ibrahim.

Ditanya mengenai cabaran dan perasaan Dato’ Rusdi sebaik Filem ini siap dan tentunya ada kata kata yang kurang menyenangkan bila mana mengetahui Filem ini sudah terperap lebih 12 tahun untuk ditayangkan.. Dato’ Rusdi mempunyai alasan dan jawapan tersendiri.

“Sudah tentunya saya berasa bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan Filem ini dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki, dan prosesnya sangat teliti. Bukan mudah hendak melaksanakan tugasan reconstruct serta ‘restore’ kerja yang lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik CGI.

“Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti. Saya akan teruskan usaha saya bersama team dan saya yakin Filem ini akan diterima ramai. Filem ini juga bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September 2023 di pawagam Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina.

“Jika org nk memperkecilkn usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka.Saya akan teruskan usaha saya bersama team.”demikian luah Dato’ Rusdi menepis pandangan negatif luar, malah beliau kini sedang rancak menerbitkan sebuah lagi Filem dimasa akan datang.

‘GV8’ Medan Penentu 13 Pesaing Dari Tiga Negara Serumpun

‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah satu-satunya program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria yang menyediakan platform komersial penjenamaan semula kerjaya seni khusus untuk barisan penghibur berpengalaman di Malaysia.

Bakal membuka tirai menerusi penganjuran edisi kelapan dengan tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij ‘GV8’ akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang pernah menempa nama di persada seni hiburan suatu ketika dahulu.Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).Sementara senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam ‘GV8’ ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.‘GV8’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Rangkaian program ‘GV8’ akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau strim di platform digital menerusi aplikasi Astro Go dan portal Gempak.Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza S8’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 15 November 2021.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘GV8’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). Selain itu, siaran penuh konsert minggu pertama juga boleh distrim menerusi program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ di platform Gempak pada hari tersebut.

Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel, siaran konsert penuh minggu pertama ‘GV8’ juga boleh distrim melalui aplikasi sooka secara percuma menggunakan peranti mudah alih. Untuk melanggan pelan VIP Entertainment bagi menikmati keseluruhan musim ini sepanjang 10 minggu, muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my