Tag Archives: Bella Astillah

Konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ Menghimpunkan Bintang Kelahiran Sabah

Orange International, sebuah syarikat penganjur konsert terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan konsert istimewa yang bakal menggegar industri hiburan tanah air. Bertajuk ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’, konsert ini akan menampilkan barisan penyanyi popular kelahiran Sabah untuk kali pertama di atas satu pentas yang sama.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media eksklusif yang diadakan di Sky Lounge, Tingkat 40, Hotel Tamu. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 30 November 2024, bermula jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.

Tujuh bintang yang akan memeriahkan malam tersebut ialah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah. Kesemua mereka merupakan anak jati Sabah yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam industri muzik tanah air.

Dato’ Mohd Fadzli Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, menyatakan bahawa konsert ini merupakan satu penghormatan kepada bakat-bakat hebat dari Negeri di Bawah Bayu. Beliau menambah bahawa pemilihan artis-artis ini adalah berdasarkan pencapaian mereka yang membanggakan, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah seperti TikTok Awards Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Konsert ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baharu seperti Wani Kayrie dan Didi Astillah untuk bersinar di pentas yang lebih besar. Dato’ Fadzli menekankan bahawa platform ini adalah yang terbaik untuk mereka menunjukkan bakat yang ada.

Orange International, yang telah berjaya menganjurkan beberapa konsert popular seperti Radja & Ella, Wali Band X Setia, dan Drama Band, berjanji akan membawakan kelainan dan kejutan menarik kepada para penonton pada malam konsert nanti.

Tiket untuk konsert ini boleh dibeli melalui laman web Ticket2u.com.my/sumandak atau dengan menghubungi talian hotline 012-4949 267. Harga tiket bermula dari RM139 untuk kategori Cat 2 (Free Standing) hingga RM6999 untuk VIP Box.

Peminat muzik dari semua lapisan masyarakat dijemput untuk hadir dan menyaksikan konsert ini yang menjanjikan persembahan muzik berkualiti tinggi. ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ pastinya akan menjadi satu malam yang tidak akan dilupakan oleh peminat muzik tanah air.

BELLA ASTILLAH KEMBALI DENGAN SINGLE TERBARU HASIL KOLABORASI BERSAMA SHARON PAUL

Penyanyi dan pelakon versatil, Bella Astillah, sekali lagi mengejutkan peminat dengan pelancaran single terbarunya bertajuk ‘Tapi Bukan Denganmu’ yang dihasilkan menerusi kerjasama istimewa bersama komposer terkenal, Sharon Paul.

Single yang dilancarkan pada 4 Oktober 2024 ini membawakan kelainan apabila liriknya ditulis sendiri oleh Bella, menampilkan sentuhan peribadi artis tersebut dalam karya terbarunya.

“Saya menulis lirik lagu ini sendiri dan ia sangat dekat dengan hati saya. Proses penulisan mengambil masa yang agak lama kerana saya sering membuat perubahan pada lirik, namun hasilnya sangat memuaskan,” kata Bella yang kini sibuk membintangi sebuah drama televisyen.

Menceritakan pengalaman bekerjasama dengan Sharon Paul, Bella tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. “Sharon sangat memahami dan profesional. Beliau sentiasa terbuka dengan idea-idea baru dan sangat membantu sepanjang sesi rakaman. Pengalaman luas beliau dalam industri muzik benar-benar terserlah melalui cara beliau mengendalikan proses rakaman,” tambahnya.

Bella turut mengambil peranan sebagai pengarah untuk video muzik lagu tersebut. “Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati para pendengar dan menjadi sebuah lagu yang bermakna buat mereka,” ujar Bella.

‘Tapi Bukan Denganmu’ kini boleh didengari di semua platform digital, manakala video muziknya boleh ditonton di YouTube bermula 4 Oktober 2024.

LOUD SPEAKER CAWANGAN KE-13 JADI TARIKAN LOKASI KARAOKE YANG SIHAT

Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat.

Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.

Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.

Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi

tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.

Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.

Sehubungan itu, menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.

Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.

“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.

Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.

Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.

Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.

Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.

Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088

Jenis-Jenis Bilik di Loud Speaker Datum Jelatek # 47 jenis bilik dengan pelbagai size:
– A. Small (4-6 orang)
– B. Medium (7 – 9 orang)

– C. Large (10 – 12 orang)
– D. VIP (14 – 17 orang)
– E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang) # 6 bilik Mini Studio (1-2 orang

Alamat:

L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Kenyataan Media: Tajuk: Cawangan Ke-13 Loud Speaker Jadi Tarikan Lokasi Karaoke Yang Sihat

Waktu Operasi:
12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown) 11 pagi – 3 pagi (Johor)