Tag Archives: BollyOne HD

Filem-filem Bollywood Di Saluran 251 BOLLYONE HD April Ini

Para peminat filem Bollywood boleh menyaksikan filem-filem Bollywood terbaik yang bakal disediakan oleh Astro di saluran 251 BollyOne HD pada setiap hari Khamis, jam 9 malam. Filem-filem Bollywood terbaik seperti Race 3, Gold : The Dream That United Our Nation, Loveyatri dan Manmarziyaan yang dilakonkan oleh barisan pelakon Bollywood popular seperti Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Akshay Kumar, Sonakshi Sinha dan ramai lagi, bakal menghiburkan penonton sepanjang bulan April ini.

  1. Race 3 – 4 April 2019, 9 malam

Race 3 merupakan filem aksi Bollywood yang  dibintangi Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Daisy Shah dan Sharath Saxena. Ia mengisahkan tentang seorang pemilik tanah yang menjadi sasaran sebuah kumpulan samseng. Filem ini berada di tangga ke-4 dan merupakan tayangan pecah panggung buat Salman Khan selepas kejayaan filem-filem seperti Prem Ratan Dhan Payo, Tiger Zinda Hai dan Sultan.

  1. Gold : The Dream That United Our Nation – 11 April 2019, 9 malam

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar, iaitu kemenangan pingat emas pertama oleh negara India dalam Sukan Olimpik di London pada tahun 1948. Seorang jurulatih hoki (Akshay Kumar) melatih sebuah pasukan untuk mewakili India dalam pertandingan hoki di Olimpik. Filem ini dibintangi oleh Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Vineet Kumar Singh, dan Amit Sadh.

  1. Loveyatri – 18 April 2019, 9 malam

Loveyatri merupakan filem romantik yang diarahkan oleh pengarah Abhiraj Minawala mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan antara Sushrut (Aayush Sharma ) and Michelle (Warina Hussain). Apabila Michelle pulang ke rumahnya yang terletak di United Kingdom, Sushrut sanggup berhempas-pulas ke United Kingdom untuk bertemu Michelle dan menenangi hatinya.

  1. Manmarziyaan – 25 April 2019, 9 malam

Rumi yang sedang bercinta dengan Vicky terpaksa berkahwin dengan Robbie kerana Vicky tidak berani untuk bertemu keluarga Rumi. Selepas beberapa tahun, Vicky muncul semula dalam hidup Rumi dan menjelaskan Robbie perkara yang sebenar.  Setelah itu, Robbie memberi pilihan kepada Rumi untuk membuat pilihan sama ada memilih dirinya ataupun Vicky.  Filem ini dibintangi oleh barisan perlakon popular, iaitu Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu and Vicky Kaushal.

Kajol Meriahkan Majlis Pelancaran Saluran BollyOne HD

IMG_0915

Pelakon terkenal Bollywood Kajol hadir dimajlis pelancaran saluran baru Astro iaitu BollyOne HD (Saluran 251) di J.W.Marriot malam semalam.Turut hadir sama adalah pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Saluran yang berdefinisi tinggi ini bakal memulakan siarannya pada 1 September ini.Mulai 1 September 2014 sehingga 18 September 2014 ia merupakan pra-tonton kepada semua pengguna Astro HD.

Untuk pelanggan HD yang sedia ada,boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM5 sebulan.Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Saluran BollyOne HD iaitu www.bollyonehd.com.

Kajol Bakal Hadir Di Pelancaran Saluran BollyOne HD

BollyOneHD

Selebriti terkenal Bollywood Kajol akan berada di Kuala Lumpur bersempena dengan pelancaran saluran baru Astro yang diberi nama Saluran BollyOne HD. Turut bersama pada hari pelancaran tersebut adalah pelakon terkenal Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Saluran 251 , BollyOne HD  ini merupakan saluran pertama yang mempamerkan filem-filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD. Saluran ini turut tersedia untuk pelanggan dekoder Astro Beyond bermula dari 1/9/2014 dan seterusnya.

kajol

Maklumat mengenai Saluran 251, BollyOne HD : : www.BollyOneHD.com

Saluran Filem Terkini Bollywood Pertama Berkualiti HD

·         Bermula dari 1/09/14, pra-tonton tersedia untuk semua pelanggan HD hingga 16/09/14

·         Menayangkan 4 hingga 5 tajuk filem baru dalam sebulan pada setiap hari Khamis.

·         Dua Sarikata – Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

·         Hiburan tanpa had untuk seluruh kaum keluarga.