Tag Archives: Brunei

SOS CILI PEDAS IBU TEMBUSI PASARAN BRUNEI

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia terus membuktikan kemampuan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Antara jenama yang mencuri perhatian ialah Sos Cili Pedas IBU, diasaskan oleh Dato’ Khadijah Ibrahim, penyanyi legenda yang kini bergelar usahawan berjaya.

Dato’ Khadijah Ibrahim bersama produk Sos Cili Pedas IBU di majlis pelancaran Brunei

Dalam tempoh empat bulan selepas pelancaran eksport, produk ini berjaya menembusi lebih 70 rangkaian pasar raya utama di Brunei termasuk Jaya Hypermart dan Fayze Mart, mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan.

Dari Dapur Seorang Lagenda ke Setiap Kediaman

Dato’ Khadijah atau mesra disapa Ibu berkata, jenama IBU lahir daripada rasa kasih dan semangat untuk berkongsi keaslian masakan rumah Malaysia dengan masyarakat luar.

Dato’ Khadijah Ibrahim bersama produk Sos Cili Pedas IBU di majlis pelancaran Brunei

“Saya percaya setiap hidangan yang dimasak dengan kasih sayang membawa kebahagiaan. Itulah jiwa di sebalik setiap produk IBU,” jelas beliau.

Sos Cili Pedas IBU dihasilkan daripada bahan semula jadi, bebas bahan pengawet tiruan dan dirumus dengan keseimbangan rasa pedas, masam serta manis — sesuai untuk keluarga moden yang menghargai rasa autentik.

Sambutan Luar Biasa di Brunei

Sebagai sebahagian daripada strategi promosi, jenama IBU menganjurkan siri jelajah promosi dan demonstrasi memasak secara langsung di beberapa lokasi termasuk Jaya Hypermart, Rimba Point dan Fayze Mart, Tutong.

Dato’ Khadijah Ibrahim bersama produk Sos Cili Pedas IBU di majlis pelancaran Brunei

Kehadiran ramai pengunjung membuktikan penerimaan positif masyarakat Brunei terhadap produk Malaysia. Kejayaan ini juga menjadi bukti bahawa produk IKS Malaysia berpotensi besar di pasaran serantau ASEAN.

Kejayaan Sos Cili Pedas IBU menembusi pasaran Brunei dalam masa hanya empat bulan membuktikan kekuatan penjenamaan tempatan, kualiti produk premium dan nilai sentimental “kasih seorang ibu” sebagai daya tarikan utama pengguna luar negara.

Malaysia Jumpa Brunei Di Separuh Akhir ISTAF

ISS finals in Kuala Lumpur

Malaysia menepati ramalan ke separuh akhir setelah mudah melepasi Jepun dalam suku akhir Sepaktakraw Siri Super Akhir Istaf 2013/14 dengan menumpaskan Jepun 15-1, 15-9 di Stadium Titiwangsa di sini.

Cuma 22 minit sahaja diperlukan regu Izurin Refin, Mohd. Hanafiah Dolah dan Mohd. Muqlis Borhan untuk meraih pertemuan separuh akhir dengan Brunei yang mengejutkan Singapura 15-11, 15-6 pada satu lagi suku akhir.

Sesudah melepasi mudah Singapura dan Perancis dalam Kumpulan B, anak buah Jamaluddin Hassan jelas sukar disaingi regu Jepun, Masahiro Yamada, Masanori Hayashi dan Seiya Takano.

Kata Jamaluddin, “kami lebih banyak menekan Jepun lebih awal ketika mereka belum menemui rentak servis. Hanya pada set kedua, mereka cuba bangkit mengejar ketika ketinggalan 6-9.

ISS finals in Kuala Lumpur

“Dengan kami mendahului begitu jauh, tekanan menjadi kian kurang, begitu juga kesilapan daripada segi servis dan libasan. Namun inilah corak permainan sebenar yang kita nantikan selepas tiga perlawanan Siri Super.

“Brunei saya dapati membawa barisan pemain yang lebih baik daripada siri sebelum ini. Mereka ada saiz dan prestasi yang bagus kerana melalui lebih banyak (tiga perlawanan) Kumpulan D.” katanya.

Sementara itu, kata Muqlis, ketua pasukan negara, “kami mengharapkan sokongan lebih ramai penonton apabila beraksi dalam separuh akhir nanti.

“Regu kami sudah mencapai peningkatan dan keserasian jadi saya yakin kami boleh buat kejutan untuk bergelar juara kali pertama Siri Super dengan penampilan sulung saya di sini,” katanya.

Sementara itu, musuh tradisi Malaysia, Thailand turut mara ke separuh akhir dengan menundukkan Indonesia 15-2, 15-10 namun bakal berdepan ujian lebih getir, Korea Selatan yang menumpaskan India 15-10, 15-3.

Regu juara dunia itu, Kritsana Tanakorn, Supachai Maneenat dan Somporn Jaisinghol cuma memerlukan 24 minit untuk menang manakala Korea Selatan mengambil masa selama 23 minit ke atas India.

KEPUTUSAN 7 MAC 2014:

Suku akhir (Lelaki) – Korea Selatan kln. India 15-10, 15-3;

Thailand kln. Indonesia 15-2, 15-10;

MALAYSIA kln. Jepun 15-1, 15-9;

Brunei kln. Singapura 15-11, 15-6.

JADUAL 8 MAC 2014

Separuh akhir

Lelaki: MALAYSIA lawan Brunei (3.10 petang);

Thailand lawan Korea (2.00 petang)

 

Wanita: MALAYSIA lawan Myanmar (4.20 petang)

Thailand lawan Indonesia (7.00 petang)