Tag Archives: Buka puasa ramadan

Aneka Selera Eksotik Ramadan Di Pizza Hut

Pic 1

“Aneka Selera Eksotik Ramadan” adalah ungkapan terbaik untuk menggambarkan produk terbaru dari Pizza Hut yang bakal mengunjungi anda di bulan Ramadan dan Syawal ini. Menampilkan piza Asiana, Sajian Asiana dan minuman Zesty Selasih yang lazat lagi menyegarkan. Resipi berinspirasikan bulan Ramadan ini direka khas untuk seisi keluarga dan rakan taulan berkongsi pengalaman manis bersama ketika menikmati aneka juadah dari Pizza Hut.

Piza Asiana menampilkan ayam tandoori lazat yang empuk, sos tandoori, bawang, kapsikum, tomato dan perahan limau nipis, di atas piza pan crust kegemaran ramai. Sajian Asiana pula mengandungi sate bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai, dan salad segar. Menyerikan lagi hidangan ini ialah minuman Zesty Selasih, campuran Mirinda Strawberi, selasih dan perahan limau nipis yang menyegarkan.

Pic 2

“Ciptaan terbaru ini memberi peluang untuk semua rakyat Malaysia menikmati limpahan rasa untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Di Pizza Hut, pasukan R&D kami sentiasa mencari keunikan rasa untuk pelanggan kami. Untuk itu, dengan rasa berbesar hati sekali lagi kami gembira dapat memberikan sesuatu kelainan kepada pelanggan kami di bulan Ramadan dan Syawal ini,” tambah beliau.

Pic 5

Piza Asiana dijual ala’carte dengan harga berpatutan, iaitu RM26.80 (saiz sederhana) dan RM36.80 (saiz besar), manakala Sajian Asiana dijual pada harga RM21.90 sepinggan. Minuman Zesty Selasih pula berharga RM3.20 untuk setiap gelas. Set Citarasa Ramadan 1 menawarkan satu piza Asiana (saiz sederhana), satu Sajian Asiana, dua gelas minuman Zesty Selasih kesemuanya untuk harga RM39.90 (jimat RM15.20). Citarasa Ramadan 2 menampilkan satu piza Asiana (saiz besar), satu Sajian Asiana; roti bawang putih dan satu jag minuman Zesty Selasih kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM59.90 (jimat RM14.60). Harga tawaran ini sah untuk semua cawangan Pizza Hut di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC.

Kesabaran semestinya ada ganjarannya! Sempena bulan yang mulia ini, Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40% untuk hidangan ala’carte dan set makan promosi Citarasa Ramadan selepas pukul 9 malam. Ini memberikan keistimewaan bagi mereka yang ingin menikmati juadah berbuka yang lebih berat setelah menunaikan solat Tarawih.

Pada masa yang sama, sempena dengan kempen World Hunger Relief 2014, dan kepada yang prihatin, setiap set Citarasa Ramadan yang dibeli mampu membantu kanak-kanak yang kelaparan. Bagi setiap pembelian set ini, sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada Program Makanan Dunia United Nations (World Food Program). Bagi pelanggan yang tidak ingin mengambil bahagian, mereka boleh memaklumkan kepada krew restoran.

Strategi pengiklanan dan promosi Citarasa Ramadan termasuk siaran akhbar, pengumuman melalui media sosial, titik bahan jualan (POSM) serta risalah – untuk pencapaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Selebriti terkenal Nur Fathia Latiff and Wak Doyok juga turut terpilih bagi menjayakan kempen Citarasa Ramadan ini.

Promosi Pizza Hut Citarasa Ramadan kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, khidmat penghantaran, dan bawa pulang mulai 19 Jun 2014 hingga 7 Ogos 2014.

Bangkitkan Deria Rasa Dengan KFC Tangy Crunch Baru

pic 1

KFC Malaysia telah memperkenalkan ayam goreng rasa limau dan rangup Tangy Crunch, satu keunikan yang pastinya membangkitkan lagi citarasa dan selera anda semua!

Ayam goreng terbaru ini menampilkan gabungan rasa yang sungguh unik, dari rasa limau nipis, kepada rasa pedas dan sudah tentunya rangup! Ledakan rasa ini tercetus dari perahan limau nipis dalam bahan perapan dan juga campuran rempah ratus lain.

“Rencah utama dalam resipi ayam goreng terbaru ini adalah limau nipis. Perisa limau nipis ini sesuai bila digabungkan dengan kerangupan ayam goreng. Citarasa terbaru hanya dari KFC ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari kelainan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Sempena bulan Ramadan yang menjelang tiba, kami di KFC amat gembira kerana berpeluang untuk menawarkan sesuatu yang berbeza untuk santapan berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga tersayang. Ayam goreng Tangy Crunch ini juga boleh dinikmati semua sepanjang musim perayaan Hari Raya,” tambah beliau.

pic 3

KFC menawarkan pelbagai pilihan hidangan kombo bagi promosi ayam goreng Tangy Crunch ini. Kombo A menawarkan dua ketul ayam goreng Tangy Crunch, empat ketul kentang hash-round, satu mangkuk nasi, satu mangkuk sup, dan satu teh ais limau saiz biasa. Kombo B mengandungi tiga ketul ayam goreng Tangy Crunch, satu set Cheezy Wedges saiz biasa, seketul ban butterscotch, dan satu teh ais limau saiz biasa.

Set Tangy Feast yang sesuai untuk empat hingga lima orang mengandungi sembilan ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan, kesemuanya untuk harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 (RM8.00 setiap seorang). Bagi mereka yang ingin makan beramai-ramai boleh memilih Celebration Bucket yang terdiri dari Bucket A dan Bucket B. Bucket A mengandungi enam ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan, manakala Bucket B pula mengandungi 15 ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan. Kedua-dua Celebration Bucket ini juga datang dengan satu set selimut serba guna Doraemon yang comel dan lembut. Selimut serba guna Doraemon ini merupakan barangan terbaru yang diperkenalkan sempena promosi ini. Ia datang dengan pilihan enam warna dan rekaan yang menarik.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi ayam goreng Tangy Crunch merangkumi pengiklanan di TV dan radio, media online, dan titik bahan jualan (POSM) untuk capaian yang lebih luas kepada pelanggan. KFC Tangy Crunch terbaru kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara bermula 20 Jun 2014.