Tag Archives: cadbury

Cinta Rakyat MALAYSIA Terhadap Coklat Tidak Pernah Berubah, Terus Memacu Pertumbuhan CADBURY

Sungguhpun dalam tempoh penuh pancaroba ini, cinta rakyat Malaysia terhadap coklat tetap tidak berubah, dengan orang ramai terus mengidamkan rasa kebahagiaan, kegembiraan dan ikatan emosi yang dicetuskannya.

Cadbury Dairy Milk, jenama coklat kesukaan ramai di bawah Mondelēz International, telah dinobatkan sebagai jenama makanan No.1 yang paling pesat berkembang di Malaysia oleh Kantar, sebuah syarikat data, pandangan dan perundingan yang terkemuka di dunia. Edisi terkini laporan Asia Brand Footprint 2022 oleh Kantar 2022 mendedahkan, keutamaan pengguna terhadap jenama itu telah meningkat sebanyak 21% pada tahun 2021, yang merupakan rekod tertinggi dalam kategori berkenaan.

Narmeen Khan

Pertumbuhan itu adalah hasil inovasi jenama yang konsisten dan mengutamakan keperluan pengguna, membolehkannya bertindak balas secara tepat kepada permintaan pasaran, khususnya di tengah-tengah peralihan dicetuskan oleh pandemik.

Narmeen Khan, Pengarah Urusan (Malaysia dan Singapura) di Mondelēz International berkata, “Di Mondelēz, kami sentiasa membayangkan dan mengolah semula tawaran, keupayaan, dan capaian kami untuk memenuhi cita rasa dan keperluan pengguna yang sering berubah. Ini merupakan dan akan kekal menjadi satu komitmen yang memberikan kami kekuatan dan ketangkasan untuk menawarkan snek yang betul, untuk masa yang betul, dan diperbuat dengan cara yang betul.”

Tambah beliau lagi, dengan penuh penghargaan terhadap sokongan padu daripada pengguna di sini, “Pencapaian ini meraikan sokongan berterusan yang kami terima daripada rakyat Malaysia. Merekalah yang menjadikan Cadbury Dairy Milk coklat pilihan dan kegemaran isi rumah.”

Laporan itu mengukur kadar pembelian pengguna untuk jenama Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG). Dapatannya mencerminkan pelaburan berterusan Mondelēz dalam pengedaran dan pendedahan pelbagai saluran, yang telah memperluaskan kehadiran jenama itu merentasi titik sentuhan pengguna termasuk pasar raya besar, pusat beli-belah, pasar mini dan laman e-dagang.

Diperbuat di Malaysia, Secara Malaysia

Arpan Sur, Ketua Pemasaran (Malaysia & Singapura) di Mondelēz International percaya, keupayaan untuk memahami nilai, tingkah laku dan keutamaan pengguna Malaysia yang sering berubah menyumbang kepada pertumbuhan jenama dan kedudukannya sebagai peneraju dalam kategori berkenaan selama ini.

“Ramai orang yang mempunyai ikatan istimewa dengan coklat. Ia menggembirakan mereka dan sering digunakan untuk menyampaikan rasa gembira, kasih sayang, serta sebagai ganjaran untuk diri serta insan tersayang. Namun begitu, tabiat pembelian mereka berubah dari semasa ke semasa dan merentasi pasaran. Mondelēz menggunakan pendekatan ‘manusiawi’ (‘humaning’) kami yang unik bagi memupuk hubungan dan pemahaman lebih mendalam dengan pengguna kami, yang membantu kami membangun dan menyesuaikan tawaran kami untuk memenuhi keperluan mereka pada bila-bila masa,” kata Arpan.

Arpan Sur

Dalam beberapa tahun ini, Cadbury Dairy Milk telah menyuntik ciri tempatan ke dalam pengalaman jenamanya buat rakyat Malaysia, tidak terhad kepada format dan pembungkusan baharu. Menerusi kempen ‘Kuih Raya Dari Hati’ mereka, jenama itu menyemarakkan inspirasi rakyat Malaysia untuk membuat kuih raya sempena Ramadan dan Hari Raya dengan menggabungkan pembungkusan Cadbury Dairy Milk serta kertas lapik pembakar dan bahan-bahan lain yang penting.

Selari dengan inisiatif jenama dalam membudayakan kebaikan dan kemurahan hati untuk mewujudkan silaturahim yang bermakna, Cadbury bertindak balas terhadap gerakan Bendera Putih Malaysia 2021 dengan menganjurkan inisiatif Bendera Kemurahan Hati (Flags of Generosity), di mana bendera berwarna ungu ikonik Cadbury telah diedarkan di kawasan kejiranan yang berkemampuan. Kemudian, makanan dan bekalan lebihan dikumpulkan dari rumah dengan bendera ungu untuk disumbangkan kepada keluarga-keluarga yang mengibarkan bendera putih. Inisiatif murni itu telah menobatkan Cadbury sebagai pemenang pingat Emas di anugerah Cannes Lions 2022.

Seruan untuk berbuat ikhsan diteruskan tahun ini dengan kempen #CadburyHuggingBar Cadbury, satu siri bar coklat 160gm yang direka bentuk khas. Sepanjang Jun dan Julai 2022, rakyat Malaysia boleh menghantar coklat bar itu secara percuma kepada rakan-rakan atau insan tersayang, sambil mengambil bahagian dalam cabaran untuk memenangi hadiah eksklusif. Seruan untuk membudayakan kemurahan hati disemarak lagi dengan tayangan filem Cadbury Generosity yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk “Rasai Kelembutan Dalam Kebaikan”.

Mondelēz International memiliki kemudahan pengeluaran Cadbury di Shah Alam yang turut membekalkan produk-produknya ke pasaran lain dalam rantau Asia Tenggara. Ini sekali gus membolehkannya terus memperkenalkan citarasa tempatan bagi memenuhi kepelbagaian selera Malaysia, termasuk Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut, Kopi-C, dan Durian.

Cadbury Dairy Milk melancarkan Karnival Unik bersama Dato’ Siti Nurhaliza

Jenama coklat terkemuka di Malaysia, Cadbury Dairy Milk tetap setia membawa keceriaan seiring dengan pelancaran hebat Karnival Marvellous Creations hari ini bersama-sama bintang penyanyi pujaan tanahair Dato’ Siti Nurhaliza.

Karnival Marvellous, yang membuka tirainya kepada orang ramai pada hari Khamis, 7 Mei lalu akan dibuka sehingga hari Ahad, 10 Mei. Karnival tersebut merangkumi pengalaman Marvellous Creations baharu Cadbury Dairy Milk dan menyemarakkan pengalaman coklat penuh ceria kepada orang ramai. Di Karnival ini, orang ramai berpeluang mencuba-rasa dan membeli Marvellous Creations sambil menghayati dunia penuh ceria Marvellous Creations menerusi permainan dan persembahan yang amat menyeronokkan – pendek kata suatu pengalaman Karnival yang riang tetapi luar biasa. Karnival Marvellous dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam dan juga bakal menjelajah ke Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 28 hingga 31 Mei.

CDMMC4

Dato’ Siti membuka acara Karnival dengan suatu persembahan cukup menarik bersama pancaragam bras dan kumpulan penghibur keliling, seterusnya beliau melontar cabaran kepada para peminat bertuah untuk mencuba suatu permainan ‘Break The Mould’, salah satu daripada pelbagai permainan menarik yang ditawarkan di Karnival Marvellous. Begitu ramai pengunjung yang datang ke mall itu bertumpu di sekitar kawasan Karnival Marvellous untuk menyaksikan acara pembukaan dan kemudiannya membanjiri karnival untuk bersukaria. Sepuluh pengunjung pertama karnival juga diberi keistimewaan bergambar bersama Dato’ Siti dan fotonya dicetak di situ juga untuk dibawa pulang.

“Saya betul-betul teruja berada di sini! Sebagai insan periang, Cadbury Dairy Milk mencerminkan imej saya sebagai seorang yang gembira dan bahagia. Bukan main seronok bekerja dengan mereka semasa membuat penggambaran filem iklan TVnya awal tahun ini, dan Karnival Marvellous har ini sangat kena pada masanya untuk berdampingan dengan peminat saya sambil berkongsi detik-detik keriangan!” ujar Dato’ Siti Nurhaliza selepas acara pembukaan.

CDMMC3

Kata beliau lagi, “Anda mesti cuba coklat baharu Marvellous Creations ini. Saya suka semua coklat Cadbury Dairy Milk tetapi hari ini saya menemukan kegemaran terbaharu iaitu Jelly Popping Candy!”

“Cadbury Dairy Milk sangat teruja mempunyai Dato’ Siti di sini untuk membantu berkongsi keriangan dan mengalu-alukan rakyat Malaysia ke Karnival Marvellous. Kini Marvellous Creations sudah pun membawa keasyikan dan kekaguman tentang bagaimana orang ramai menikmati coklat, kerana itu kami ingin menterjemahkan “pesta-dalam-mulut-anda” menjadi pesta yang sebenar. Kami menggalakkan keluarga ramai-ramai datang ke Karnival Marvellous dan mengalami detik-detik penuh keriangan bersama-sama,” sambut Eileen Wee, Pengurus Kategori Coklat, Mondelez Malaysia.

Sejak berada di pasaran pada 1 Mei 2015 yang lalu, Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia yang tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati produk baharu itu. Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mencetuskan keterujaan di peringkat keriangan, suatu kenikmatan makan coklat corak baharu dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa coklat susu Cadbury Dairy Milk lazat, padat berisi pelbagai perisa dan tekstur luar jangka yang digemari ramai. Setiap gigitan berbeza dan bagaikan suatu pesta di dalam mulut!

CDMMC2

Coklat Marvellous Creations tampil dengan dua varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan:

  1. Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
  2. Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk

Suatu kenikmatan sejati untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi yang begitu menyelerakan ini Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie akan beredar di seluruh Malaysia dalam saiz 160g (RM8.90 RCP) dan saiz 40g+ (RM2.90 RCP),

Untuk keterangan lanjut mengenai Marvellous Creations dan Karnival Marvellous, para peminat diminta melayari www.facebook.com/CadburyDairyMilk.