Tag Archives: Dato’ Hattan

Joey Daud Buka Akaun Instagram Dan TikTok Demi Gadis Jolobu

Hampir tiga dekad bergelar anak seni, pelakon dan pelawak otai, Joey Daud terpaksa membuka akaun Instagram dan TikTok untuk mempromosikan filem terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie.

Joey atau pemilik nama sebenar, Zulkifli Daud, 49, berkata, dia akur orang lama sepertinya perlu mengikut trend semasa untuk terus bertahan dalam industri hiburan tanah air.

“Selepas sekian lama dalam bidang seni, saya tidak menyangka pada usia sekarang akan membuka akaun Instagram dan TikTok sebagai medium mempromosikan filem lakonan.

“Namun, saya percaya impak media sosial apabila beberapa babak lakonan dalam filem Gadis Jolobu The Movie yang dimuat naik ke aplikasi Tik Tok menjadi tular dalam media sosial,” katanya.

Mengulas lakonan dalam filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie, pelakon kelahiran Masai, Johor itu berdepan cabaran menjiwai watak yang memerlukannya bertutur dialek Negeri Sembilan dengan pelat ‘S’ di penghujungnya. Contohnya, perkataan Apo jadi Apos.

Menerusi filem arahan arahan CL Hor itu, Joey bergandingan dengan Datuk Hattan dan Khir Rahman.

“Bayangkan, pengarah dan kru adalah 90 peratus bukan berbangsa Melayu dan mereka juga tidak memahami dialek Negeri Sembilan.

“Mujur, Hattan dan ada kru kelahiran Negeri Sembilan memantau dialek dituturkan ketika babak saya di lokasi penggambaran,” katanya.

Namun, kata Joey, dia tidak ada masalah untuk mendapatkan keserasian bekerjasama dengan Hattan mahupun Khir.

“Babak saya banyak dengan Khir kerana watak kami sebagai bujang terlajak yang terlebih dahulu pulang ke kampung selepas sekian lama bekerja di bandar.

“Saya dan Khir sudah banyak kali bekerjasama dalam pelbagai program seperti Muzikal Lawak Superstar, Maharaja Lawak Mega dan kumpulan JanGo. Disebabkan itulah, kami sudah tahu cara masing-masing bekerja.

“Antara perkara melucukan ialah babak saya menyanyi, tetapi semua kru ketawa dan turut sama menari,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan CL Hor, Joey berkata, dia selesa bekerja dengan pengarah berbangsa bukan Melayu yang berpengalaman mengarahkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan selama berbelas-belas tahun itu.

“CL Hor memberi kebebasan dan ruang kepada saya berkarya dan menjiwai watak,” katanya.

https://youtu.be/LIzBpxPCU1w

Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd turut menampilkan anak Hattan, Adam E, Nizam Laksamana dan penampilan bakat baru serta pengacara Ahirine Ahirudin.

Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Ditanya harapannya terhadap filem itu, Joey berkata, dia gementar menanti maklum balas penonton di pawagam.

“Pelawak adalah satu kerjaya. Bukan mudah menjadi pelawak yang bagus kerana kena banyak menuntut ilmu dengan pelawak hebat.

“Pada masa sama, bukan semua orang suka kita, tetapi saya ikhlas berkarya untuk menghiburkan penonton,” katanya.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta di You Tube.

Filem berkenaan akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.

Konsert “Biso Bonar Dato Hattan” Disember Ini

Penyanyi popular tanah air, Dato Hattan bakal tampil dengan satu mini showcase pada 15 Disember ini bertempat di The House G-Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Showcase itu dianjurkan bagi mengubati kerinduan peminat yang sering kali mahukan dirinya kembali beraksi di atas pentas apatah lagi ianya merupakan persembahan solo beliau yang boleh di klasifikasikan sebagai eksklusif.

“Bukan mudah untuk memujuk Dato Hattan untuk beliau mengadakan konsert di sini,” ujar Mike Cubinar.

Malah menurut Mike lagi, proses untuk memujuk beliau beraksi memakan masa yang agak lama juga, namun semuanya terjawab dan apa yang pihak 11 LA Entertainment @House G Tower selaku penganjur berharap agar peminat setia yang merindui aksi serta lontaran vokal Dato Hattan dapat hadir memberi sokongan.

Persembahan yang bakal berlangsung selama 2 jam setengah itu pasti akan di warnai dengan lagu-lagu popular yang pernah melatari album-album beliau.  Malah Dato Hattan turut menyampaikan beberapa buah lagu yang menjadi kegemaran beliau, antaranya ialah Keroncong Untuk Ana, Ibu, Setahun Sudah Berlalu dan Kembara.

Konsert “Biso Bonar Dato Hattan” turut menampilkan persembahan duet bersama anaknya Adam.  Mungkin ramai di kalangan peminat yang tidak mengetahui bahawa pelantun lagu Memburu Rindu ini pernah menganggotai beberapa buah kumpulan sebelum berjaya sebagai artis solo.  Antara band yang pernah beliau anggotai adalah Pratayuda dan FRU.

Sebanyak 10 buah album telah beliau hasilkan sepanjang pembabitannya dalam bidang seni antaranya adalah Nostalgia, Hattan, Antem, Ana Permata Timur, Satu Malaya Dah Tau, Biso Bonar, Palestin Jangan Menangis dan sebagainya.  Beliau juga turut berlakon di dalam beberapa buah filem antaranya Selubung dan Rock Bro.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM100 dengan menghubungi 012-7857571 (Mike) atau hadir sendiri ke House@G Tower.

Teks oleh Nazghoul

Photo oleh Pa Pa Din

 

Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama

Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama bakal mengegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.Konsert ini dianjurkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd.

Konsert ini bakal menampilkan gandingan artis-artis hebat seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Datu Ramli Sarip, Dato’ Nash, Dato’ Hattan, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Beto Kusyairy, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Vokal Bukan Sekadar Rupa, Kudeen 3 Juara dan Aniq Ceria Pop Star.Para pemuzik yang turut terlibat adalah seperti Edrie Hashim, Yan Lefthanded, Kudin Headwind, Sham Guitarist, Lola, Pae, Rodi Kristal, Hamzah Percussion, Fly dan Adi.

Tujuan konsert ini adalah bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.Ia juga untuk mengumpulkan persatuan-persatuan seperti Karyawan,Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak-anak seni yang tidak pernah berubah.Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid dari Kumpulan Search.

Harga tiket bermula daripada RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh dibeli melalui secara Online di website www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019-2932436 (Ejat) atau 019-2975260 (Sam).Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.

Kredit photo – Lensa Ayid

Kilauan Emas 5 Kini Kembali

IMG_0200

Untuk musim kali ini, empat nama besar yang  bertindak selaku juri tetap turut dibawa masuk untuk memastikan pencarian peserta Kilauan Emas 5 lebih mantap.  Mereka ialah Dato’ Hattan, Ayai Ilusi. Siti Hajar dan Syafizawati Sharif (cikgu Shafi).

Juri tetap akan menilai para peserta melalui segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Program ini juga masih mengekalkan format asal dan terbuka kepada warganegara Malaysia serta Singapura yang berumur 40 tahun ke atas.

Juara Kilauan Emas 5 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula akan menerima wan tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wan tunai berjumlah RM30,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Ujibakat bermula pada 31 Januari ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Peserta digalakkan untuk hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Jangan lupa untuk membawa dua keping salinan kad pengenalan atau passport serta gambar berukuran 3R(gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta dikehendaki membuat persembahan berdasarkan senarai lagu wajib yang disediakan seperti berikut:

Pilihan Lagu Wajib Lelaki

Memburu Impian – Kristal

Opera Hidup – Wings

Zakiah – Sweet Charity

Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri SM Salim

Kau Lupa Janji – Dato’ Jamal Abdillah

Berkorban Apa Saja – Tan Sri P Ramlee

Selamat Tinggal Pujaan – S. Jibeng

Bourgenvilla – Spring

Still Got The Blues – Gary Moore

Salam Terakhir – Sudirman Hj Arshad

PILIHAN LAGU WAJIB WANITA

Senggol Senggolan, Cubit Cubitan – Mas Idayu

Nuri – Ella

Apa Khabar Mu Di Sana – Ramlah Ram

Wajah Siapa Di Hatimu  –  Azlina Aziz

Gelombang –  Salamiah Hassan

Asmara – Anneke Gronloh

Mengapa Dirindu – Saloma

Kekal – Ziana Zain

Langit Ke Tujuh – Sharifah Zarina

The Power Of Love – Jennifer Rush

BERIKUT MERUPAKAN LOKASI UJIBAKAT KILAUAN EMAS 5:

31Januari 2015 – Borneo Hypermall, KK (Sabah)

7 Februari 2015 – The Hills Shopping Mall, Kuching (Sarawak)

21 Februari 2015 – Berjaya Megamall, Kuantan (Pahang)

28 Februari 2015 – Berjaya Waterfront Mall, JB (Johor)

7 Mac 2015 – Megamal Pinang, Seberang Prai (Pulau Pinang)

14 & 15 Mac 2015 – Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya (Selangor).

Untuk maklumat lanjut mengenai ujibakat Kilauan Emas 5, sila layari www.kilauanemas.com.my