Tag Archives: DIDI ASTILLAH

Konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ Menghimpunkan Bintang Kelahiran Sabah

Orange International, sebuah syarikat penganjur konsert terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan konsert istimewa yang bakal menggegar industri hiburan tanah air. Bertajuk ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’, konsert ini akan menampilkan barisan penyanyi popular kelahiran Sabah untuk kali pertama di atas satu pentas yang sama.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media eksklusif yang diadakan di Sky Lounge, Tingkat 40, Hotel Tamu. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 30 November 2024, bermula jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.

Tujuh bintang yang akan memeriahkan malam tersebut ialah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah. Kesemua mereka merupakan anak jati Sabah yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam industri muzik tanah air.

Dato’ Mohd Fadzli Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, menyatakan bahawa konsert ini merupakan satu penghormatan kepada bakat-bakat hebat dari Negeri di Bawah Bayu. Beliau menambah bahawa pemilihan artis-artis ini adalah berdasarkan pencapaian mereka yang membanggakan, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah seperti TikTok Awards Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Konsert ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baharu seperti Wani Kayrie dan Didi Astillah untuk bersinar di pentas yang lebih besar. Dato’ Fadzli menekankan bahawa platform ini adalah yang terbaik untuk mereka menunjukkan bakat yang ada.

Orange International, yang telah berjaya menganjurkan beberapa konsert popular seperti Radja & Ella, Wali Band X Setia, dan Drama Band, berjanji akan membawakan kelainan dan kejutan menarik kepada para penonton pada malam konsert nanti.

Tiket untuk konsert ini boleh dibeli melalui laman web Ticket2u.com.my/sumandak atau dengan menghubungi talian hotline 012-4949 267. Harga tiket bermula dari RM139 untuk kategori Cat 2 (Free Standing) hingga RM6999 untuk VIP Box.

Peminat muzik dari semua lapisan masyarakat dijemput untuk hadir dan menyaksikan konsert ini yang menjanjikan persembahan muzik berkualiti tinggi. ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ pastinya akan menjadi satu malam yang tidak akan dilupakan oleh peminat muzik tanah air.

Single Terbaru : “Percaya” – NAWHKI FEAT DIDI ASTILLAH

Sejak umur 3 tahun, Didi Astillah sudah memulakan perjalanan seni beliau. Anak kelahiran Sandakan, Sabah, ini kini berusia 19 tahun. Kerjaya Didi bermula dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh bersama syarikat rakaman Paranormal yang mempunyai artis-artis besar di bawah naungan mereka seperti Elizabeth Tan dan juga Aisyah Aziz.

Didi kini tampil lebih segar dan matang bergabung bersama Ikhwan ataupun nama pentas beliau, Nawhki, di dalam single terbaru mereka, “Percaya”.Nawhki merupakan seorang radio announcer yang sudah lama berkhidmat di stesen radio Hot.fm selama 10 tahun. Beliau juga sudah lama di dalam industri perfileman sebagai seorang pelakon untuk drama-drama dari TV3, TV9 dan juga Astro.Tetapi minat sebenar anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah cinta beliau terhadap seni suara. Beliau pernah berganding bersama RJ, Daly Ahli Fiqr/Filsuf dan juga kumpulan Dynda.

nawhki-feat-didi-astillah-percaya-1

Kini, tahun 2016 merupakan detik permulaan baru buat Nawhki yang akan berkolaborasi bersama Didi di dalam lagu “Percaya” yang bercorakkan Pop Bossa. Lagu ini dikarang oleh Jamiel Said dan Aiyad Sakti dan lirik oleh Jamiel Said dan Nawhki. Jamiel Said juga merupakan Executive Producer untuk lagu “Percaya” dan beliau memilih Nawhki dan Didi untuk menyanyikan lagu ini kerana yakin dan percaya dengan aura, kebolehan dan juga profesionlisme mereka berdua untuk menjayakan “Percaya”.

Lagu “Percaya” ini adalah kisah seseorang yang pernah terluka dalam percintaan tetapi rasa sayang itu masih ada. Masalahnya, dia masih ragu untuk memberi peluang kedua terhadap cinta yang lama kerana takut akan dilukai lagi.

Muzik video “Percaya” diarahkan oleh seorang pengarah muda tempatan iaitu Hazmil yang pernah membuat video shoot untuk Altimet dan DJ Fuzz. Video “Percaya” ini  berkonsepkan santai di pantai Cherating bersama sebuah van kombi vintage dan mengambil masa 2 hari untuk selesai. Meskipun lagu ini memaparkan sebuah cinta yang gagal, namun aura MTV ini berteraskan emosi dan mood yang ‘playful’. Ia menunjukkan bahawa kita tidak perlu terlalu serius terhadap cinta yang gagal dan harus bersikap positif dan santai untuk maju ke hadapan.

‘Percaya’ nyanyian Nawhki feat Didi Astillah merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Album DIDI ASTILLAH Dilancarkan

IMG_0668

Didi Astillah – Itulah nama bagi gadis kecil molek yang memulakan perjalanan seninya dari usia semuda 3 tahun. Didi merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah yang kini berusia 18 tahun. Karier Didi dalam bidang seni bermula seawal usianya 3 tahun dimana beliau pernah tampil dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Anak kelahiran negeri dibawah bayu ini membesar di Ampang dan mendapat bimbingan rapat oleh ayahnya yang juga seorang ahli muzik dan sering terlibat dengan persembahan muzik bersama kakaknya.  Selain menyanyi, Didi juga pernah terlibat dengan bidang lakonan sewaktu di bangku sekolah dahulu tetapi minatnya terhadap muzik ternyata lebih kuat. Walaupun mempunyai tubuh badan yang kecil, namun Didi mempunyai suara yang mantap dan unik.  Itulah yang membezakan dia dan barisan artis yang seangkatan dengannya.

Berbeza dengan mood lagu beliau sebelum ini, Didi kini tampil lebih segar dan matang dengan album yang berjiwa muda yang bertajuk “Didi Astillah”. Album “Didi Astillah” ini melibatkan komposer dan penulis lirik terkenal tanah air iaitu L.Y dan juga komposer dari negara seberang iaitu Posan yang juga bertanggungjawab atas lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae. Kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu bertemakan cinta dengan pelbagai mood, lantas menjadikan “Didi Astillah” sebagai sebuah album penuh warna-warni dengan kisah percintaan. Album ini bukan sahaja ditulis didalam Bahasa Melayu tetapi terdapat juga sebuah lagu yang dikarang di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘I Love You So’ yang ditulis oleh LY dan lirik oleh Baiduri. 6 buah lagu telah diputuskan untuk berada di dalam album ini dimana 3 buah lagu telah dicipta oleh L.Y dan 3 lagi hasil ciptaan Posan.

Lagu- lagu yang dimuatkan di dalam album “Didi Astillah” adalah:

  1. Pujaan Hatiku
  2. La la la, Aku Jatuh Cinta
  3. Fikirkan Kamu
  4. BFFku
  5. Stop Mencintaiku
  6. I Love You So

Single pertama Didi juga telah dipetik dari album “Didi Astillah” yang bertajuk ‘Fikirkan Kamu’, sebuah lagu rancak yang berentak pop dance. ‘Fikirkan Kamu’ merupakan sebuah lagu berkisar tentang perilaku kekasih yang curang terhadapnya. Hasil nukilan Posan yang dilengkapi dengan alunan suara Didi Astillah ini tentunya menjadikan ‘Fikirkan Kamu’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Didi ke persada yang lebih besar.

IMG_0572

Sesuai sebagai single pertama daripada album ini, Didi bagaikan dilahirkan semula menerusi album yang dinamakan “Didi Astillah”. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung beliau bersama Warner Music ini mengetengahkan evolusi muzik pop dance, suatu idea yang segar yang boleh dijadikan santapan halwa telinga. Muzik video ‘Fikirkan Kamu’ juga sudah berada di YouTube dan telah mempunyai lebih dari 110 ribu tontonan.

Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh!

Album “Didi Astillah” sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.90. Selain dariapad itu, album tersebut boleh didengari di iTunes, Deezer, Spotify, dan juga KKBox. Album “DIDI ASTILLAH” oleh Didi Astillah ini juga merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Pada hari ini, busana Didi Astillah ditaja oleh Adidas Original dan dandanan rambut pula oleh Shawn Cutler.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Title Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes U Mobile Colour Tones
Fikirkan Kamu 403840 225134 1801365 596064

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones  : Dial *131*<Kod># dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones    : Dial *888*<Kod># dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes            : Dial *233*<Kod># dan tekan call/send

U Mobile Colour Tones   : Dial *118*5*2*<Kod># dan tekan call/send

Social media Didi Astillah:

Instagram: @didiastillah – 116k followers

Twitter: @Didi_Astillah – 21.7k followers

Facebook:  The Official Didi Astillah – 200 likes