Tag Archives: DNCE

DNCE LIVE IN KUALA LUMPUR

DNCE akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada Ogos depan dan dibawakan kepada anda oleh Universal Music Malaysia dan Wilbros yang merupakan  kolaborasi kali pertama kedua pihak ini   untuk merealisasikan impian peminat-peminat DNCE di Malaysia.

Universal Music Malaysia telah melancarkan aktiviti yang dinamakan ‘stream to unlock’ sebagai salah satu cara mendapatkan perhatian dan respon peminat di Malaysia. Para peminat harus men’stream’kan album DNCE seberapa banyak yang boleh sebagai tanda keinginan mereka untuk DNCE muncul di Malaysia. Para peminat malah telah membuktikan kesungguhan mereka kerana kempen ini mendapat sambutan di luar dugaan hanya dalam masa dua minggu dilancarkan.

Kumpulan pop rock kuartet ini telah membawakan irama muzik mereka dengan campuran lagu-lagu yang menarik beserta dengan persembahan yang hebat.

Dianggotai oleh  Joe Jonas (dahulunya dari kumpulan Jonas Brothers) dan ditubuhkan pada musim panas 2015, DNCE menampilkan pemain gitar JinJoo Lee, pemain bass / keyboardist Cole Whittle dan pemain drum, Jack Lawless, yang dilahirkan dari perancangan lama Jonas untuk melancarkan projek yang diilhamkan oleh Earth, Wind & Fire serta Hall & Oates.

Kumpulan DNCE mula memperkenalkan diri mereka kepada penonton dunia melalui single debut mereka yang bertajuk Cake By The Ocean yang telah meraih platinum berkembar dan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbaik pada tahun 2016. Single perdana tersebut telah berjaya menjadi hits di corong-corong radio dan menjadi salah sebuah lagu yang paling banyak dimainkan. Hingga kini, penggunaan lagu ini telah mencapai lebih enam juta.

Lagu-lagu seperti Tootbrush dan Body Moves juga merupakan kombinasi tenaga remaja dengan bass yang groove dan vokal yang sangat meyakinkan dalam album yang bertajuk DNCE yang telah pun dilancarkan pada bulan November 2016.

Album ini telah meraih penjualan melebihi 8700 unit di Malaysia!

Nama yang diberikan kepada grup ini iaitu DNCE mempunyai maksud yang mendalam dan memberi refleksi kepada kesedaran diri. “Ia tidak sempurna, tidak lengkap tetapi tepat,” ujar Lee tentang nama DNCE.

“Seseorang itu tidak perlu menjadi penari yang hebat. Mereka boleh menari semahunya dan dalam masa yang sama berseronok dengan tarian tersebut.Itu sebenarnya kecantikan di dalamnya,” sambung Lee secara filosofi tentang nama grup ini.

Kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa DNCE membawakan satu ikatan kimia yang boleh dirasai dengan kuat dan ini yang dirasakan kelebihan untuk mereka berada dalam industri seni ini.

“Kami benar-benar ingin berasa seperti dalam sebuah parti,” kata Jonas.

Dengan kemunculan DNCE buat kali pertama di Malaysia pada 8 Ogos ini, tiket-tiket konsert boleh dibeli di www.myticket.asia.  Tiket berharga RM288 (PS2), RM388 (PS1) dan RM538 (VIP). Pemegang tiket VIP akan diberikan laluan masuk khas dan barangan istimewa.

Contest : MTV EMA 2016

MTV EMA 2016 bakal bersiaran secara LIVE dari Rotterdam di channel MTV pada ISNIN, 7 November jam  3 pagi (TH/WIB) dan 4 pagi (MY/PH/SG). Manakala siaran ulangannya pula pada hari yang sama jam 8 malam (TH/WIB) dan 9 malam (MY/PH/SG). 

EMAS_2016_GFX_POSTER_MASTER_CMYK_LANDSCAPE

Diantara arti-artis yang bakal mengadakan persembahan adalah Bruno Mars, Shawn Mendes, DNCE, Lukas Graham dan Zara Larsson. MTV Asia dengan Selebriti Online bakal mengadakan contest MTV EMA 2016 bermula hari ini. Selain menonton di channel MTV, anda juga boleh mendapatkan live update MTV EMA 2016 di Instagram, Snapchat dan Facebook @MTVEMA .

 

Cara-cara menyertai contest ini :

  1. Snap gambar atau rekod video bagaimana anda menonton MTV EMA 2016 tahun ini dengan cara dan caption yang paling kreatif.Anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.
  2. Anda boleh email nama dan number telefon ke hi@selebritionline.com . Tajuk email ialah Contest : MTV EMA 2016 atau tagged @selebritionline @mtvema serta hastag #MTVxSO #SelebritiOnline dan #MTVEMA di Instagram.

*Pastikan akaun Instagram anda tidak private. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 November jam 6 petang. Segala keputusan adalah muktamad.Pemenang akan diberitahu menerusi email.

 

HADIAH-HADIAH

blue
1 x EVOSHeadphone EVOS
mtvjacket
1 x MTV Jacket
mtvjumper
1 x MTV Jumper
mtvtshirt
1 x MTV Lanyard
mtvbag
1 x MTV Bag
mtvlanyard
1 x MTV Lanyard