Tag Archives: Ella

JELAJAH PEACE.LOVE.RINDU ELLA Dikuasai Peminat

Pada 22 September 2017 Ella telah kembali dengan karya terbaru beliau setelah 10 tahun semenjak album terakhir beliau pada 2007. Album Peace.Love.Rindu telah dilancarkan dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia dan kini tiba masanya untuk jelajah promosi album ini dimana Ella akan turun padang sendiri ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia.

Ella menghadiahkan album Peace.Love.Rindu kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya sebagai penyanyi, sehubungan dengan itu, Ella mahu meletakkan kuasa ditangan peminat beliau untuk memilih sendiri lokasi jelajah kali ini melalui undian atas talian. 30 pengundi bertuah juga berpeluang untuk sesi beramah mesra bersama Ella sendiri di lokasi-lokasi jelajah itu nanti.

Ella yang terkenal dengan persembahan beliau yang bertenaga, begitulah sesi jelajah ini kerana Ella akan mempersembahkan sendiri lagu-lagu baru dan juga lama. Antara lokasi-lokasi yang mungkin dilawati ELLA :

SACC Mall Shah Alam , Selangor                                           Waterfront Kuching , Sarawak

Teluk Cempedak Kuantan , Pahang                                       Danga Bay Johor Bharu , Johor

Tesco Ampang , Kuala Lumpur                                              Alor Setar Mall , Kedah

Penang Autocity , Pulau Pinang                                              Padang Besar , Perlis

Penang Time Square , Pulau Pinang                                      Sutera Mall , Johor

Pantai Batu Buruk , Terengganu                                            Setia Alam Mall , Selangor

Payu Bunga Square , Terengganu

Undian boleh dilakukan melalui laman sesawang : http://player.lemonadebox.com/peaceloverindutour .

Ella yg terkenal dgn persembahan bertenaga akan membuat persembahan diatas trak sambil mendendangkan rangkaian lagu lagu lama dan baru.Siri jelajah Ella ini akan bermula dari 24/10/2017 ini di Teluk Cempedak Kuantan.

Datuk Ramli Sarip berbicara tentang misi KONSERT GALA PELARIAN

Konsert Gala Pelarian bakal diadakan pada 25 Ogos ini bertempat di Dewan Merdeka, PWTC bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip, Ella serta Kumpulan Raihan.Ia konsert amal dalam mengumpul dana dalam meringankan derita Rohingya yang kini ramai menjadi pelarian akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan Myanmar .

Walaupun ia adalah konsep makan malam , Datuk Ramli Sarip tidak melupakan peminat setia beliau dan menyediakan tiket tambahan yang berharga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .

Menurut Datuk Ramli Sarip, lagu-lagu yang bakal dipilih pada malam ini adalah lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dimainkan. Ia bukan hanya sekadar hiburan malah mempunyai mesej dan erti perjuangan.

“Setiap lagu ada jiwa , roh dan semangat , Jarang artis kita ada tema tertentu . Jika kita dengar seperti lagu ‘Ufuk Nurani’ yang ramai tak pernah dengar , lirik mengenai perjuangan purba , ayat purba . Jarang saya gunakan lirik tu . Ia bagaikan satu identiti , berat . Ia puisi nukilan oleh A Samad Said”

“Band mainkan peranan penting dalam konsert ini , susunan kebanyakkannya band tapi mereka kena monitor sikit dan saya sebagai Excutive Producer dan saya menekankan dalam persembahan . Saya pasti tidak ada masalah mengenai lagu , kerana 80% yang datang memang tahu muzik saya macamana”

 

“Persedian semua dah cukup , saya dah nampak character untuk show ini . Saya pun tak boleh expect sangat . Penonton yang power,mereka yang meletakkan anda dimana”

Konsert Gala Pelarian bakal diadakan pada 25 Ogos ini dengan Tiket-tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dengan harga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .

Ella Kembali Dengan Konsert Berskala Besar

Ratu Rock Negara Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Setelah lebih 20 tahun beliau tidak hadir dengan konsert yang berskala besar.

Apa yang menarik mengenai konsert yang bertemakan anti dadah itu adalah Ella atau nama sebenar Norzila Haji Aminuddin akan tampil dengan menaiki helikopter, itu antara gimik yang dirancang untuk pembukaan konsertnya.

pc konsert ella 053

“Gimik ini adalah untuk mengimbau kembali nostalgia yang pernah Ella lakukan sewaktu konsert yang pernah Ella lakukan pada tahun 1994 dulu”, ujar Ella ketika sidang media mengenai konsert tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang semakin berleluasa, RM 2 dari setiap penjualan tiket akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan.

Konsert yang bertemakan anti dadah ini akan menyaksikan kelainan dimana semua penonton-penonton yang bakal hadir akan diminta untuk mengenakan pakaian bewarna putih kerana putih melambangkan kesucian umpama kelahiran semula bekas-bekas penagih dadah.

pc konsert ella 134

Bakal menyampaikan lagu lagu hitsnya dari era Ella & The Boys hingalah yang terbaru, Istimewah. Konsert yang bakal diterajui oleh gitaris handalan Man Kidal sebagai Pengarah Muzik tersebut akan turut menampilkan artis artis jemputan selaku pembuka tirai acara dan juga berduet bersama samanya nanti.

Konsert anjuran Atlas One Events sudah pun mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 2000 keping tiket telah dijual dalam masa seminggu setelah pengumuman rasmi mengenai konsert. Peminat yang ingin menyaksikan kehebatan Ratu Rock ini boleh membeli tiket yang berharga RM 78 – Kategori 1, RM 108 – Kategori 2, RM 158 – Kategori 3, RM 78 – Kategori 3 (OKU sahaja), RM 228 – RockZone (berdiri di hadapan pentas) dan RM 288 – VVIP (termasuk cenderahati ELLA).

Pembelian melalui online boleh di buat dengan melungsuri www.ticketpro.com.my atau dengan mengunjungi outlets Rock Corner, Guitar Store dan Victoria Music.

Minggu Setiausaha Ella 2016

ELLA, Ratu Rock Negara suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lebih tiga dekad mengharungi kehidupan seni sehingga diangkat sebagai Ratu Rock Negara sudah cukup membuktikan kehebatan ELLA sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara. Gelaran Ratu Rock Negara amat bersesuaian dengan populariti dan kemasyhuran yang diraihnya sepanjang 30 tahun berkecimpung sebagai anak seni. Pelbagai pengiktirafan diterima baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

EZA_1040
Walaupun dilihat sinonim dengan genre muzik rock, tiada siapa yang boleh menyangkal bahawa penyanyi popular ini amat berbakat dan berani bereksperimentasi dengan pelbagai jenis muzik. Itu membuktikan si jelita ini penghibur berbakat dan tidak pernah mengecewakan. Kejayaan demi kejayaan sepanjang penglibatan dan kemampuan bertahan hingga ke saat ini membuatkan ELLA terpanggil untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat-peminat setia yang sentiasa menantikan kemunculan beliau.

Kelahiran single ‘ISTIMEWAH’ juga mendapat penerimaan baik di kalangan pendengar dan peminat ELLA. Namun sesuatu yang lebih istimewa bakal menemui peminat setia beliau. ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment akan meraikan Minggu Setiausaha buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.

EZA_0997

Tidak pernah sesekali muzik rock ELLA berkumandang merentas pentas Minggu Setiausaha. Pertama kali menerima cabaran menghiburkan setiausaha adalah sesuatu yang amat mengembirakan. “Ini merupakan kali pertama ELLA mengadakan Minggu Setiausaha. Tidak pernah terlintas langsung difikiran ELLA untuk beraksi di Minggu Setiausaha dan kini sampai masanya untuk ELLA menyahut cabaran ini. Lebih istimewa, cabaran itu datang dari suami ELLA sendiri.”

Janji ELLA ialah acara itu bakal disusun dengan rapi dan eksklusif buat peminat dan terutamanya para setiausaha yang bakal diraikan. Menurut ELLA atau nama sebenarnya Norzila Binti Aminuddin, “Kawan-kawan rapat ELLA juga ramai yang memujuk, menyokong dan memberi galakkan untuk membuat persembahan di minggu setiausaha, usaha ini. ELLA juga berharap mendapat sokongan daripada orang ramai, peminat, dan juga syarikat-syarikat yang ingin turut serta memberikan hadiah kepada warga kerja terutamanya para setiausaha mereka.”  
ELLA akan membawakan lagu-lagu hits dan juga pelbagai genre muzik untuk menghiburkan mereka dalam sesi dua jam yang penuh santai dan intim. ELLA ingin mengambil kesempatan ini untuk berada lebih dekat dan beramah mesra dengan mereka secara lebih peribadi.

EZA_1010

ELLA juga ada kejutan istimewa kerana ELLA akan menjemput beberapa artis lain untuk turut serta menjayakan Minggu Setiausaha ini. ELLA mahukan sesuatu yang dapat meninggalkan impak tersendiri bukan hanya untuk diri ELLA malah juga untuk industri.  Walaubagaimanapun persiapan dan maklumat terperinci hanya dapat ELLA kongsikan nanti, “ tambah ELLA.

ELLA pernah mencatat nama dalam ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai `Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak’ pada tahun 1998. ELLA turut melakar sejarah apabila beliau merupakan satu-satunya artis Malaysia pertama merakam album penuh di Amerika Syarikat (1992).

Tiket Minggu Setiausaha ELLA akan mula dijual bermula pada Januari 2016.   Meletakkan harga tiket serendah harga RM400 sementara tiket termahal RM800 seorang, merupakan percaturan paling rock dan eksklusif yang pernah dilakukan oleh ELLA. Tiga jenis tiket yang dijual ialah Platinum (RM400/seorang), Diamond (RM600/seorang) dan VIP (RM800/seorang). Tiket-tiket boleh ditempah secara individu atau kumpulan menerusi tempahan meja, di talian hotline +60 11 1633 4041. Harga yang tawarkan adalah termasuk GST.

EZA_1050

Selain dari itu, ELLA juga membuka peluang kepada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu yang berminat untuk menaja konsert Minggu Setiausaha ELLA. ELLA juga berbesar hati sekiranya ada syarikat-syarikat korporat atau individu-idividu yang berminat untuk menaja Minggu Setiausaha ELLA ini. Pengurusan ELLA ada menyediakan pakej-pakej istimewa untuk penaja-penaja berminat dan mereka boleh berurusan secara terus dengan pengurusan ELLA untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej istimewa itu. Tiga pakej yang diperkenalkan iaitu pakej Emerald, Sapphire dan Topaz.,” tambah ELLA.  EZA_1102

Nantikan tarikh `istimewah’ Minggu Setiausaha bersama ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), selama dua jam tanpa henti bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.

RM300,000 Dan PROTON IRIZ Milik AZMIL Dan DAYANG NURFAIZAH Dalam MENTOR Legend

DEX_5514Program realiti nombor satu negara telah melabuhkan tirainya buat kali terakhir dengan penobatan mentor Dayang Nurfaizah dan protégé Azmil sebagai Juara Mentor Legend. Mereka merupakan pasangan yang berjaya membawa pulang wang tunai RM 300,000 dan dua buah Proton Iriz 1.6 Premium CVT serta Trofi Mentor Legend. Pasangan mentor Ella dan protégé Aina pula meraih tempat kedua dan berjaya membawa pulang wang tunai RM 200,000 serta Trofi. Manakala, pasangan Amy Search dan Sarah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM100,000 serta Trofi.

Konsert Akhir Mentor Legend malam tadi masih mengekalkan juri profesional mingguan, saudara Azmeer dan Adlin Aman Ramli. Cuma, Mentor Legend menampilkan Chakra Khan sebagai juri jemputan menggantikan Datuk Ramli MS. Turut menjadi panel juri selaku juri awam adalah Falisha Crossley, Amaris, Zarul Umbrella, Arora Salwa, Nonnie dan ramai lagi.

DEX_4924

Menurut penerbit eksekutif Mentor Legend, Encik Sufian Isa, “Mentor Legend berjaya melabuhkan tirainya malam ini dengan jayanya. Selama 13 minggu, Alhamdulillah Mentor Legend telah berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh penonton setia TV3. Mengenai persembahan protégé kita malam ini pula, mereka telah membuat persembahan yang paling hebat selama mereka berada dalam program ini. Pada saya, mereka semua adalah juara. Oleh itu, mereka semua berhak merakamkan sebuah ‘single’ dengan peruntukan yang telah disediakan oleh pihak produksi Mentor Legend ini. Dengan cara ini, bakat mereka tidak akan disia-siakan.

DEX_5046Berikut adalah senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh ketiga-tiga protégé Mentor Legend, malam semalam.

Persembahan duet bersama Mentor ketiga-tiga protégé telah menampilkan lagu-lagu hebat seperti:

  • Sarah : Medley Isabella & Pawana
  • Azmil : Medley Aku Jatuh Cinta & Menceceh
  • Aina : Layar Impian

Selesai pusingan pertama itu, mereka telah mempersembahkan persembahan solo mereka dengan lagu-lagu seperti:

  • Sarah : Medley Dangerously In Love & Tanpa Kekasihku
  • Azmil : Menanti Sebuah Jawapan
  • Aina : Medley Menghitung Hari & Mencintaimu

Pertaruhan terakhir mereka telah berduet bersama artis jemputan dengan lagu-lagu seperti:

  • Sarah & Atilia : Medley Ikut Rentakku & Mercy
  • Azmil & Mimi O.N.E : Naluri Lelaki
  • Aina & Mila Jirin : Fallin’

Menerusi kesemua persembahan mereka itu, markah yang berjaya diperoleh mereka adalah seperti berikut:

PROTEGE JURI AWAM JURI TETAP SMS JUMLAH
SARAH 17 37 7 61
AZMIL 20 50 16 86
AINA 17 44 7 68

Berdasarkan jadual diatas, Azmil telah dinobatkan gelaran juara secara sebulat suara oleh ketiga-tiga kategori juri Mentor Legend. Azmil telah memberikan persembahan sebaik habis dalam ketiga-tiga persembahannya, terutamanya dalam persembahan solonya dengan lagu ‘Menanti Sebuah Jawapan’ yang dikatakan mencuri perhatian juri jemputan Mentor Legend, Chakra Khan.

DEX_4995

Menurut Chakra Khan selaku juri jemputan Konsert Akhir Mentor Legend, “Suara kami serupa, saya dan Azmil. Ianya satu anugerah dari Allah S.W.T dan saya amat gemar ketika Azmil menyanyikan Chorus lagu Menanti Sebuah Jawapan, kerana suaranya dan mesej lagu itu seiring dan saling melengkapi.”

Persembahan akhir para protégé pada malam itu diakhiri dengan sebuah lagu bonus. Di bawah bimbingan penasihat persembahan, Sazlan dan garapan tunjuk ajar penasihat vokal, Azmeer, tirai Konsert Akhir Mentor Legend malam tadi ditutup dengan persembahan lagu medley ‘Senyum & Malam ini Kita Punya’ nyanyian asal Aziz Harun dan Bunkface.

DEX_5448Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend. Selain itu, Michelle Wee akan bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas menggantikan Zuan Bikin Panas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Program Mentor Legend ini pasti tidak akan berjaya tanpa penaja bersama Mentor Legend iaitu One City, Proton, dan K-Colly. Para protégé Mentor Legend ini telah menginap selama 13 minggu dan penginapan mereka ditaja sepenuhnya oleh One City, USJ 25. Hadiah Utama Mentor Legend pula, Proton telah menyumbangkan dua buah Proton Iriz 1.6 Premium CVT sebagai hadiah untuk Protégé dan Mentor bergelar Juara selain mendapat wang tunai RM300,000 dan Trofi dari pihak penganjur. Manakala kedua-dua protege dan Mentor naib juara telah membawa pulang wang tunai RM200,000 serta Trofi. Tempat ketiga pula, mentor dan protege telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

DEX_5486

Pihak produksi Mentor Legend dan TV3 mengucapkan jutaan terima kasih untuk segala bentuk sokongan yang telah diberikan oleh penyokong setia TV3 serta pihak penaja. Namun Mentor Legend 2014 tidakk akan terhenti begitu sahaja, sebarang perkembangan protege Mentor Legend akan di muat naik dalam laman Facebook rasmi Mentor Legend (www.facebook.com/mentorlegend). Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my).

*Kredit Photo – TV3 Malaysia

Album kompilasi “Ella #Throwback

ELLA #THROWBACK

Sebagai Ratu Rock Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah lagi album kompilasi Ella yang menggabungkan lagu-lagu terbaik Ella sepanjang beliau bergelar sebagai seorang penyanyi yang berjudul “Ella #Throwback”. Perkataan throwback dipilih sesuai dengan trend semasa yang sering diguna pakai oleh penggemar media sosial untuk mengimbau kenangan atau memori yang lepas. Lagu-lagu di dalam album ini juga pastinya akan menggamit semula kenangan kita semua terutama sekali kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella.

Ella yang mula menempah nama di industri muzik tanah air sejak tahun 1990-an telah menghasilkan banyak lagu-lagu hits rock terbaik seperti ‘Permata Biru’, ‘Layar Impian’, ‘Kesal’, dan ‘Sembilu’. Memulakan karier nyanyiannya sejurus menamatkan alam persekolahan, Ella menyertai kumpulan The Boys dan merakamkan suara buat pertama kali pada tahun 1986, di saat kegemilangan muzik rock di Malaysia bermula. Selepas menghasilkan 2 buah album bersama The Boys, Ella mengambil langkah berani untuk muncul sebagai penyanyi solo pada tahun 1989 dan tampil dengan album hit pertama bertajuk “Pengemis Cinta” yang menampilkan lagu-lagu hit seperti ‘Pengemis Cinta’ dan ‘Permata Biru’.

Zaman kemuncak populariti Ella bermula pada tahun 1992, dimana Ella menerbitkan sebuah album bersama EMI yang berjudul “30110” dimana album tersebut telah berjaya mencipta sejarah sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa yang singkat. Pada tahun 1994 pula adalah tahun yang paling bermakna dalam karier Ella selepas hampir sedekad bergelar anak seni dimana beliau telah berjaya merakamkan sebuah album iaitu “Ella USA”. Album “Ella USA” adalah album yang dirakamkan penuh di Amerika Syarikat. Ia sekaligus telah menjadikan Ella sebagai penyanyi Malaysia pertama yang berjaya merakamkan album penuh di sana. Sepanjang kariernya juga, Ella pernah bergandingan bersama beberapa nama penyanyi besar seperti Datuk Ramli Sarip, Deddy Dores, Awie, Tam Spider, Slash dan ramai lagi. Bakat Ella bukan sahaja terpamer di pentas-pentas atau pun di corong-corong radio, bahkan Ella pernah mengembangkan sayap bakatnya di layar perak.

Salah satu kehebatan Ratu Rock Malaysia ini juga boleh dilihat pada tahun 1998 apabila Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara Sukan Komanwel 1998 dan Ella telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk acara tersebut yang bertajuk ‘Standing In The Eyes Of The World’. Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema tersebut.

Album kompilasi “Ella #Throwback” ini mengandungi lagu-lagu yang hebat seperti ‘Mendung Tak Bererti Hujan’ nyanyian bersama Deddy Dores, ‘Tiada Tangis Lagi’, ‘Gemilang’, ‘Terminal Cinta’ dan juga mempunyai hasil karya dari penulis lirik dan komposer yang termahsyur di tanah air seperti Ajai, Fauzi Marzuki, Datuk M Nasir, Habsah Hassan, dan ramai lagi.  Untuk lagu ‘Gemilang’ ia telah dikarang oleh Kyoji Yamamoto di mana Ella telah bergabung dengan komposer Jepun untuk menghasilkan lagu tersebut.

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak album kompilasi Ella yang sudah dipasarkan sebelum ini, namun atas permintaan yang amat memberangsangkan dan Ella sendiri mempunyai banyak lagu hits, pihak Warner Music Malaysia dengan berbesar hati menerbitkan satu lagi album kompilasi yang lain dari sebelum ini.

Album ini merupakan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu hit Ella dengan menampilkan 32 buah lagu yang diambil daripada album pertama beliau sehinggalah single terbaru beliau yang telah dirakam pada tahun 2013 seperti ‘Mereka Di Depan Kita’, ‘Permaisuri’ nyanyian bersama Ajai dan ‘Chinta Dulu Kala’ nyanyian bersama Azlan Typewritter.

Album “Ella #Throwback” ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd dan boleh didapati dengan harga RM29.90.

Senarai lagu CD 1

  1. Permata Biru
  2. Layar Impian
  3. Kesal
  4. Mereka Yang Di Depan Kita
  5. Hati Di Padu
  6. Dunia Kehidupan
  7. Kau Yang Pertama
  8. Sembilu
  9. Semarak Cinta
  10. Rama Rama
  11. Puteri Kota
  12. Aku Tetap Wanita
  13. Cinta Selembut Sutera
  14. Kembara Kita – Bersama Datuk Ramli Sarip
  15. Prinsip
  16. Anak Patung

Senarai Lagu CD 2

  1. Mendung Tak Bererti Hujan – Bersama Deddy Dores
  2. Cinta Dusta
  3. Tiada Tangis Lagi
  4. Ku Penanti Setia
  5. Di Percintaan Itu
  6. Gemilang
  7. Pengemis Cinta
  8. Terminal Cinta
  9. Standing In The Eyes Of The World
  10. Permaisuri – Bersama Ajai
  11. Cinta Mawar Putih
  12. Sepi Sekuntum Mawar Merah
  13. Chinta Dulu Kala – Bersama Azlan Typewriter
  14. Di Perlumbaan Ini
  15. Puteri Kota (Remix)
  16. Permata Biru (Remix)

12 Protege Berentap Dalam MENTOR LEGEND

Aina dan Putera bersama Ella. 

Keenam-enam Mentor Legend berjaya menemui dua orang protégé setiap seorang sepanjang sesi pencarian bakat baru Mentor Legend yang diadakan sejak 5 September hingga 2 November lalu. Krew penerbitan Mentor Legend telah menjelajah ke negeri bawah bayu dan bumi Kenyalang sewaktu misi pencarian protégé ini dijalankan. Ujibakat terakhir diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, selama enam minggu untuk memberi peluang kepada Mentor Legend seperti Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ella, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Amy dan Sarah bersama Amy Search
Amy dan Sarah bersama Amy Search

Berakhir dengan uji bakat protégé Amy Search minggu lepas, genaplah 12 orang protégé yang akan diperkenalkan pada Showcase Mentor Legend, 15 November di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya nanti.

Azmil dan Sandra bersama Dayang Nurfaizah
Azmil dan Sandra bersama Dayang Nurfaizah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Encik Izham Omar, “Showcase yang akan diadakan pada 15 November nanti di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan protégé yang telah menempuhi sesi ujibakat selama dua minggu di kepulauan Borneo dan enam minggu di Sri Pentas. Kesemua 12 protégé telah membuktikan bakat mereka dan telah membuktikan kelayakan mereka untuk bergelar protégé Mentor Legend ini.”

Fahmi dan Mal Imran bersama Ajai
Fahmi dan Mal Imran bersama Ajai

12 protégé yang terpilih yang telah disenarai pendekkan oleh Mentor Legend adalah :

Mentor Legend

Protégé

Umur

Asal

Dayang Nurfaizah

1.    Azmil Bin Karim (Azmil)2.    Alessandra Dianne Ampuria
(Sandra)

22 Tahun

20 Tahun

Tawau, Sabah

Sabah

Ajai

  1. Mohd Zulfahmi Bin Esmail (Fahmi)
  2. Mohamad Akmal Bin Mohamed Imran (Mal Imran)

26 Tahun

23 Tahun

Shah Alam, Selangor

Kuching, Sarawak

Mas Idayu

  1. Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Paan)
  2. Muhammad Firdaus Bin Mohd Mustapha (Daus)

22 Tahun

19 Tahun

Sungai Petani, Kedah

Kuantan , Pahang

Ella

  1. Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
  2. Putera Muhammad Bin Shamshull Kamar (Putera)

21 Tahun

22 Tahun

Seremban, Negeri Sembilan

Cheras, Kuala Lumpur

Zainal Abidin

  1. Wan Shuhada Binti Md Amin (Wada)
  2. Farah Nadeera Binti Zaini (Nadeera)

18 Tahun

21 Tahun

Cheras, Kuala Lumpur

Mersing , Johor

Amy Search

  1. Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
  2. Zulhilmi Bin Muhamad Tahir (Amy)

19 Tahun

24 Tahun

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

 

Pencarian bakat baru program realiti ini kini kembali untuk musim ketujuh. Atas kejayaan Mentor musim keenam yang berjaya meraih lebih 3 juta penonton ini, telah membuatkan TV3 mencetuskan idea menghasilkan Mentor Legend. Ini merupakan persaingan paling sengit abad ini kerana keenam-enam mentor tersohor diberi tanggungjawab untuk mencari protégé terbaik bagi menguasai pentas Mentor Legend.

Paan dan Daus bersama Mas Idayu
Paan dan Daus bersama Mas Idayu

Pastinya Mentor Legend 13 episod ini menjadi program paling menyengat kerana keenam mentor yang ditampilkan ini merupakan penyanyi legenda dan telah mencipta sejarah dalam bidang seni tanahair. Siapa pula protégé bertuah yang akan bersama mereka? Semuanya terjawab dalam mentor Legend yang akan menemui penonton semua pada setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula pada 16 November ini.

Wada and Nadeerah bersama Zainal Abidin
Wada and Nadeerah bersama Zainal Abidin

Untuk mendapat maklumat lanjut, layari www.tv3.com.my/mentor legend serta akaun twitter rasmi Mentor Legend iaitu @MentorLegendTV3 dan Facebook/MentorLegend.