Tag Archives: Emma Maembong

Nazrief Nazri Bercinta Dengan Emma Maembong?

Jangan simpan perasaan benci terhadap orang kerana lambat-laun boleh membibitkan perasaan sayang dan cinta. Siapa pula sangka, masakan juga boleh menjadi senjata untuk memikat hati seseorang! Itulah yang terjadi dalam drama bersiri terbaharu Nasi Minyak Kuah Cinta lakonan Nazrief Nazri dan Emma Maembong menerusi slot Dahlia selepas drama Bibik-Bibikku.

Drama yang mengandungi 20 episod ini bakal menemui penonton pada setiap Jumaat hingga Ahad, bermula 9 Oktober 2016 pada jam 6.58 petang. Turut membintangi drama yang penuh dengan unsur lucu dan romantis ini ialah Aishah Ilias, Shah Jaszle, Anas Ridzuan dan Idzham Ismail.

Drama ini mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa.

nasi-minyak-kuah-cinta-4

Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

‘Drama’ antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

nasi-minyak-kuah-cinta-5

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.

Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.

nasi-minyak-kuah-cinta-7

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.

Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

nasi-minyak-kuah-cinta-6

Jangan lupa untuk menonton Nasi Minyak Kuah Cinta, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang di slot Dahlia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

Filem Werewolf Dari Bangladesh

IMG_8151

Selepas menghasilkan filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Ariabella Sdn Bhd mengambil langkah semakin besar dalam industri filem tanahair dengan Filem Werewolf Dari Bangladesh, yang akan menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 9hb Mac ini.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Zizan Razak, Usop Wilcha, Emma Maembong, Saiful Apek, dan ramai lagi, Werewolf Dari Bangladesh dihasilkan dengan kos sekitar RM 1.8 juta dan telah menjalani pengambaran sekitar Taiping dan Ipoh, Perak.

Mengulas mengenai filem terbaru ini, pengarah yang tidak asing lagi, Mamat Khalid berkata, “Filem abang kali ni, abang tampilkan sesuatu yang berbeza. Jika kome semua pernah nengok werewolf mat saleh, untuk kali ni, abang bawakan werewolf dari Bangladesh, yang pastinya kome akan ketawa tak kering gusi. Filem ni memang A.”

IMG_8152

“Alhamdullilah, abang bersyukur sebab semua artis berikan kerjasama. Untuk werewolf ni, memang kerja berat. Dengan teknik yamg digunakan dalam menghasilkan filem ni, abang boleh katakan, ini antara filem terbaik abang. Jadi buat peminat filem-filem abang, jangan lupa ke pawagam ya,” tambah Mamat Khalid lagi.

Bagi penerbit, Zairul Azman, Werewolf Dari Bangladesh merupakan satu kolabrasi yang cukup memberi kesan positif, dan diharap mampu membawa penonton ke pawagam apabila ditayang nanti.

di-pawagam
“Saya melihat, kombinasi di antara Mamat Khalid, Zizan Razak, Usop Wilcha juga pelakon-pelakon lain, mampu menjadi satu daya tarikan penonton ke pawagam. Mamat Khalid memang diketahui dengan arahan filem yang cukup memberi kesan dan Zizan Razak dikenali dengan lakonan komedi yang semestinya mencuit hati. Tambahan, ini gandingan pertama kali antara mereka,” kata Zairul pula.

Mula ditayangkan di pawagam pada 5hb Mac 2015, Filem Werewolf Dari Bangladesh, edaran TGV Pictures membariskan pelakon komedia terkemuka tanahair, Zizan Razak, juga Emma Maembong, Usop Wilcha, Saiful Apek dan ramai lagi.

IMG_8145

Sinopsis

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf) bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan.

Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

IMG_8150
Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia.

Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop.

Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

 

 

 

 

Barisan Telefilem & Filem Hebat Sepanjang Minggu Raya Pertama Di TV3

LogoAnugerahSyawal (2)

Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal. Seperti tahun-tahun lepas, TV3 meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik menerusi filem, telefilem, majalah & dokumentari, variasi, muzikal dan program kanak-kanak yang bertemakan ‘Anugerah Syawal’ sepanjang sambutan Hari Raya bermula 27 Julai 2014.

Istimewa buat tatapan penonton setia TV3, drama-drama eksklusif yang merupakan kesinambungan daripada drama bersiri popular akan menghiasi kaca TV sepanjang minggu raya pertama pada waktu perdana bermula 9.00 malam menerusi slot Fiesta Raya. Antaranya, Love You Mr. Arrogant Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Kampung Girl Raya dan Yes, Boss! Raya. Selain itu, TV3 turut menyiarkan telefilem baharu iaitu Spain Uools. Tidak ketinggalan juga filem blockbuster iaitu Balistik lakonan Dato’ Rosyam Nor yang merupakan tersebut merupakan siaran pertama menerusi TV3!

Poster Love You Mr Arrogant Raya

Fiesta Raya: Love You Mr Arrogant Raya

Menjelang Raya, 9.15 malam

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy.

Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Idris Md Diah, Mustafa Kamal, Fadillah Mansor, Norish Karman, Azizul Azman.

Poster SSID Raya

 

Fiesta Raya: Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya

Hari Raya Pertama, 9.00 malam

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?

Pelakon: Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi 

Kampung Girl Raya

Fiesta Raya: Kampung Girl Raya

Hari Raya Kedua, 9.00 malam

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam makanan yang pelik-pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Pelakon: Akim Ahmad, Nad Zainal.

 Poster Yes Boss! Raya

Fiesta Raya: Yes Boss! Raya

Hari Raya Ketiga, 9.00 malam

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena.

 

Fiesta Raya: Balistik

Hari Raya Keempat, 10.00 malam

Balistik menceritakan kisah Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Dengan keadaan hidup beliau yang berisiko tinggi telah memaksa Saga meninggalkan isterinya Salina dan anak mereka. Selepas enam tahun, semasa menjalankan misi, Saga kebetulan bertemu dengan Salina semula, tetapi dia kini isteri Inspektor Nizam, yang merupakan sahabat baik Saga ketika mereka berada di rumah anak yatim.

Tersepit di antara dua pilihan sama ada kawan baik ataupun tugasnya, Inspektor Nizam telah pun memutuskan untuk menangkap Saga, manakala Saga pula telah diperintahkan oleh ketua kongsi gelap untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menghalang kegiatan mereka.

Pelakon: Dato’ Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Gan Mei Yan.

Spain-Uoolss

Fiesta Raya: Spain Uoolss

Hari Raya Kelima, 9.00 malam

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya.

Pelakon: Nora Danish, Shaheizy Sam, Erma Fatima 

Pastikan anda menonton telefilem-telefilem tersebut pada minggu raya pertama di TV3. Layari laman web www.ramadanraya.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Emma Maembong Duta Maixara

DSC_7531edit

Pernah menjadi pilihan jenama kecantikan sebelum ini, Emma Maembong kini terus laris diburu jenama lain pula dalam mengabadikan dirinya sebagai wakilan dalam mempromosikan produk. Terbaru, Emma dilamar menjadi duta Maixara.

Sebelum ini, wajah Diana Rafar pernah dipilih untuk produk yang sama. Kini tanggungjawab itu beralih kepada Emma dalam mempromosikan rangkaian produk Maixara. Maixara terbentuk di bawah syarikat Mama Secret Industry (MSI) yang diusahakan pasangan suami isteri sejak 2009.

Di bawah MSI dan kendalian sepenuhnya oleh Azman bin Mohd Salleh selaku Pengarah Urusan dan Nor Ainna binti Ibrahim yang bertindak sebagai Pengasas produk jenama Maixara, beberapa projek dijalankan termasuk membuka Butik Mama dan restoran Yourgurt di Bangi. Yourgurt sebelum ini pernah menggunakan khidmat Aaron Aziz sebagai duta.

MSI mula berjinak-jinak dan maju setapak lagi dalam aktiviti pengilangan produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan menerusi jenama Maixara muncul sejak Disember 2013. Kini Maixara mempunyai lima rangkaian produk iaitu MAIXARA C SENTIAL, MAIXARA WHITE ESSENTIAL, MAIXARA Q BERRY, MAIXARA SLIM LOOK dan MAIXARA MIRACLE.

Menurut Emma, kontraknya buat permulaan bersama Maixara diikat untuk tempoh  setahun. Malah ketika perjumpaan sulung bersama pihak Maixara diadakan lagi, Emma turut ditemani orang kuat syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment seperti Zizan Razak, Marina Juki dan Faliq Jamadin.

“Selepas lebih sebulan mencuba produk Maixara, ia ternyata cukup serasi dengan Emma. Emma sudah mencuba Maixara C Sential, Maixara White Essential dan Maixara Q Berry. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang bukan saja untuk penjagaan kulit tetapi juga sebagai pemberi tenaga.

“Bagi kerjasama yang terjalin dengan Maixara ini ia semestinya wujud situasi menang-menang dan memberi keuntungan untuk kedua belah pihak. Paling penting produk ini dianggap sebagai keperluan dan kehendak semasa dalam dunia yang sibuk ini. Emma sendiri meyakini produk Maixara dan tiba masanya orang luar mencubanya pula.

“Apapun terima kasih kepada pihak Wire Fame dan Maixara atas kesempatan ini. Tak dilupakan buat orang kuat Maixara, Kak Ainna dan suaminya, Abang Azman,” katanya yang masih mempromosikan jenama Silky Girl dan Ali Cafe Kacip Fatimah.

Dalam perkembangan lain, Emma kini dalam fasa berehat. Kali terakhir dia berada di lokasi penggambaran telefilem Syurga Tanpa Cinta arahan Michael Ang.

“Emma berehat dan sambil-sambil itu Emma teruskan minat melukis di samping membantu ayahnya (Ismail Maembong, pelukis negara). Peluang berehat ini juga dapat Emma manfaatkan sebaik mungkin selepas sibuk di arena lakonan,” kata Emma yang tidak lagi berahsia mengenai kisah cinta bersama Zizan Razak.

Bagi Nor Ainna, pemilihan Emma dilihat sebagai seiring dengan penampilan wajah baru Maixara yang lebih segar. Produk Maixara kini juga berstatus di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan yang sama pernah dipikul Diana dulu kini diambil alih Emma pula.

“Kehadiran Emma selaras dengan perubahan baru Maixara. Bukan saja dari aspek pembungkusan semula, produk Maixara juga dirumus dengan formula baru dan pastinya produk kami mempunyai kandungan bahan asli. Semestinya tiada pengawet atau pewarna tiruan.

“Maixara dihasilkan daripada formula kami sendiri dan dikilangkan sendiri di kilang kami yang beroperasi di Ulu Selangor. Emma diharap mampu meneruskan kelangsungan survival Maixara di pasaran bukan saja di Malaysia tetapi negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei tak lama lagi,” katanya.

Tambah Nor Ainna lagi, pertemuannya dengan Emma berlangsung awal Mac lalu di sebuah hotel di ibu kota.

“Ketika pertemuan itu, saya ada berikan dia sampel produk kami untuk dicuba dan Alhamdulillah ia cukup serasi dengannya. Insya-Allah diharap juga pemilihan Emma akan meneruskan lagi fenomena Maixara di pasaran. Saya yakin dia mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

“Emma pun jarang dihimpit kontroversi. Bakat lakonannya juga kian menyerlah. Kontroversi atau gosip manja itu saya yakin lumrah di arena seni dan dia berjaya mengharungi sebaik mungkin. Semoga kerjasama Emma dan Maixara ini akan terus memberi persaingan dinamik dan positif untuk produk seumpamanya di negara kita,” kata Nor Ainna.

Sebarang info mengenai Maixara boleh didapati di akaun laman sosial rasmi Maixara iaitu di Facebook MAIXARA –

OFFICIAL FANPAGE serta Instagram @maixaraofficial atau pun dengan melayari www.maixara.com.my.