Tag Archives: ERA fm

ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar Kekal Momentum Dengan Sajian Menarik

Semenjak sedekad lalu, industri penyiaran radio telah dilihat sebagai suatu landasan yang menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu muzik di Malaysia. Kelebihan yang ada pada stesen radio pada masa kini adalah bergantung dengan keunikan sesebuah stesen radio.  Begitu juga pedekatan yang diberikan oleh stesen- stesen bahasa Melayu Astro Radio, ERA  fm, Sinar FM dan THR Gegar.

Selain menggalas tugas sebagai sebuah stesen radio yang memberikan muzik serta informasi berguna kepada pengguna, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar tetap bertungkus- lumus dalam menyusun strategi demi kepuasan pedengar. Maka, untuk terus bertakhta di hati pendengar mengikut fokus dan kumpulan yang disasarkan, ketiga-tiga stesen ini melaksanakan tugas mereka dengan menganjurkan beberapa program-program menarik sepanjang tahun khas buat pedengar.

Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan

ERA fm akan  terus menambat hati pendengar Melayu! Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Hit Terbaik’ ini  menyajikan hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini dan menjadi peneraju radio bahasa Melayu dengan 5.8 juta pedengar setiap minggu. Bermula April nanti, buatkali keduanya  pertandingan Juara JoHaRa dianjurkan. Johan, Haniff dan Ray menyeru para pedengar yang ingin mencabar diri mereka dengan menyertai pertandingan ini. Selama 2 minggu, JoHaRa akan bersiaran secara langsung di sekitar lokasi terpilih di seluruh Malaysia dan akan membawa satu cabaran baru. Cabaran-cabaran ini sangat menarik, peserta perlulah menggunakan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dan sememangnya menguji kesabaran mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Bagi merebuat gelaran Juara JoHaRa, para peserta yang berjaya ke peringkat akhir dikehendaki beraksi dihadapan orang ramai disalah sebuah pusat membeli belah di luar kawasan Kuala Lumpur.

Stesen nombor dua negara dengan 4.7 juta pedengar seminggu, Sinar FM kembali mengembara ke seluruh Malaysia sempena acara Jalan-Jalan Sepahtu Sinar 3. Bertemakan Duet Karaoke, Jep, Shuib dan Rahim selaku pengemudi Sepahtu Sinar akan memulakan jelajah mereka bermula April nanti untuk meneruskan misi pencarian juara Duet Karaoke. Siri jelajah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pedengar Sinar FM yang setiasa menjadi tulang belakang stesen ini.

Manakala, THR Gegar  yang perkasa di Pantai Timur dan menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar turut memberikan sajian menarik buat pedengar. Sebagai hadiah buat warga Pantai Timur, stesen ini bakal menganjurkan sebuah konsert pada 15 April 2017 nanti. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Khalifah, Projector Band, Azharina, Khai Bahar, Lovehunters, Wani Hasrita, Sherry Ibrahim, Ismail Izzani dan persembahan khas penyampai-penyampai THR Gegar. Konsert Pantai Timur ini  merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.

Gelombang Astro Radio ini ternyata bakal menggegarkan tanahair dengan hidangan –hidangan yang menarik demi memuaskan hati pedengar. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai  program-program yang bakal dilaksanakan, ikuti laman sosial ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar.

KAROK SELEBRITI

Bermula 20 Mac, penyampai radio yang bertugas  akan memainkan nyanyian lagu seorang selebriti yg terdiri dari host/atlit/pelakon atau selebriti yang tidak menyanyi secara aktif. Pendengar perlulah meneka siapakah nama selebriti tersebut. Laman sosial ERA fm akan mengaburkan wajah nyanyian artis tersebut dan pembayang akan diberikan. Pemanggil pertama yang berjaya mengenal pasti siapakah selebriti tersebut, bakal memenangi wang tunai RM 400! Jika tekaan pemanggil didapati salah, gandaan wang tunai akan di gandakan untuk segmen seterusnya. Selepas jawapan diumumkan, video nyanyian oleh selebriti tersebut akan disiarkan di laman sosial ERA fm.

SUARA AME 2017

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April, dan kali ini ERA fm ingin mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk pertandingan Suara AME 2017. Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi wang tunai RM 400? ERA fm akan mengeluarkan suara-suara para selebriti yang juga merupakan calon-calon akhir AME dengan menyebut huruf A , M , E, 1, 7. Bagi setiap pertandingan, penyampai bertugas akan memainkan suara 3 selebriti berbeza dengan menyebut  “A , M , E” dengan pelbagai gaya. Pemanggil pertama yang berjaya  meneka dengan betul bakal memenangi RM 400 tunai dan tiket untuk ke AME. Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, hadiah wang tunai akan digandakan.

DENGAR NGANGA ERA

ERA fm  akan merakam video di mana penyampai radio segmen ERA Solo, Danial akan berkata sesuatu contohnya buah-buahan, kereta atau haiwan , manakala Fad Bocey akan merekodkan sebuah lagu. Apa yang kelakarnya,  kedua-dua mereka perlu lakukan aktiviti ini dengan  memakai pelekap mulut dan di tayangkan di Instagram dan Facebook sebagai petunjuk peraduan. Pedengar perlu meneka apakah yang dikatakan oleh Danial dan apakah lagu yang Fad sedang nyanyikan. Pemanggil pertama yang berjaya memenangi hadiah wang tunai RM 300.

SEPAHTU JAMMING

Selain itu, Sepahtu Jamming turut di hidangkan sebagai salah satu misi untuk memikat hati pendengar. Pendengar hanya perlu meneka lagu-lagu yang dinyanyikan secara akustik oleh Sepahtu Sinar bersama artis undangan di studio dan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.

EmoSi-NAR

Pertandingan ini hanya memerlukan pedengar meneka ikon yang akan ditayangkan di lama sosial Sinar FM. Para pedengar perlu mendapatkan petunjuk di Facebook atau Instagram untuk mengenal pasti  tajuk lagu untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 500.

JONG KITE MAKEY

Jong Kita Makey merupakan satu dialek dari Terengganu. Kita – Kita (Pahang) dan Makey – Makan (Kelantan) yang mewakili ketiga-tiga negeri di seluruh Pantai Timur. Penyampai Ceria Pagi THR Gegar, Anna dan Shah  akan melawat ke rumah pendengar dan belajar untuk mengelai makanan makanan menarik Pantai Timur.  Selain itu, Anna turut mempelajari budaya budaya Pantai Timur di rumah pendengar pilihan.

TIRU GAYA SHAH

THR Gegar akan mengeluarkan gambar-gambar penyampai pagi THR Gegar, Anna dan Shah di laman sosial Facebook dan Instagram. Gambar-gambar Anna dan Shah pula merupakan gambar-gambar lucu dengan gaya yang pelik. Pedengar yang ingin memenangi hadiah wang tunai  perlulah meneka apakah gaya yang sedang kedua-dua penyampai ini laksanakan.

 

Danial (Lawak Solo) Kendali Segmen #ERASolo Di ERA fm

Bermula hari ini, juara sebuah program realiti komedi, Lawak Solo iaitu Danial, secara rasminya memulakan pekhidmatannya sebagai penyampai radio ERA fm dan mengendalikan segmen #ERASolo setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Program realiti komedi Lawak Solo yang pernah disertai Danial merupakan sebuah program yang ingin mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun stand-up comedy yang sememangnya mendapat perhatian para peminat komedi di Malaysia.

Danial, berasal dari Bayan Baru Pulau Pinang berumur 24 tahun mempunyai minat yang mendalam bidang seni. Beliau pernah menyertai beberapa ujibakat program-program realiti yang dikendalikan oleh Astro. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pengarah muzik video.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan celoteh Danial mengendalikan segmen baharunya di ERA fm! Dengarkan setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 1 tengahari bersama Danial di segmen #ERASolo. Ikuti segala cerita-cerita menarik mengenai penyampai ERA fm, kandungan terkini ERA fm dan macam macam lagi di laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram dan Twitter). Anda juga boleh layari www.era.fm untuk kandungan terkini yang disajikan oleh ERA fm

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar, Kekal No.1 di Hati Rakyat Malaysia!

Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.1 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2 , 2016 baru-baru ini. Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia.

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu. Dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar. Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

johara_2016

Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu. Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatatkan 2.6 pendengar seminggu. Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondoli kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang stesen ini diperlihatkan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata, “Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini. Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar. Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar. Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehidar trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial” katanya.

Juara ‘JoHaRockStar’ bakal membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan menjadi peserta AF 2016

Gelombang muzik rock yang melanda industri hiburan tanahair pada tahun ini sememangnya memberikan impak besar terhadap peminat- peminat muzik tempatan. Ternyata, muzik rock yang dihidangkan oleh bakat-bakat tempatan ini menjadi permintaan paling tinggi di corong stesen ERA fm.

JoHaRockStar merupakan sebuah program realiti berbentuk nyanyian anjuran ERA fm yang mencungkil bakat nyanyian rock dikalangan peminat muzik tanahair.

Menurut Pengurus Kandungan Kanan ERA fm, Nazri Noran,

“Kami cukup berbangga kerana dapat bekerjasaman dengan pihak Digi bagi menjayakan program sebegini. Memandangkan permintaan terhadap muzik rock menjadi fenomena di Malaysia, ERA fm buat pertama kalinya berganding bahu dengan lima (5) kumpulan rock popular tanahair bagi meneruskan misi pencarian seorang Penyanyi Rock Malaysia yang baharu menerusi pencarian JoHaRockStar! Antara kumpulan-kumpulan yang bakal terbabit untuk mencari juara JoHaRockStar adalah Hyper Act, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah. Peyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia dan Singapore berumur 18 hingga 35 tahun dan mestilah menghantarkan video nyanyian mereka menyanyikan apa jua jenis lagu dalam genre rock”

Peminat yang ingin menyertai JoHaRockStar rata-ratanya telah pun memilih dan menghantarkan rakaman video nyanyian rock di Instagram dengan menggunakan kata kunci (hashtag) #Joharockstar dan #jomlive. Sehingga kini hampir Kumpulan rock (Brader Rock) akan dibawa masuk sebagai mentor dan mereka masing-masing akan memilih 3 orang ahli untuk pasukan mereka daripada senarai penyertaan yang terpilih.

Hanya seorang peserta bagi setiap kumpulan akan dipilih untuk membuat persembahan di peringkat akhir.Pada konsert akhir, persembahan akan diadili oleh juri professional, dan kita akan memilih seorang yang terbaik sebagai pemenang. Lagu yang menang akan dimainkan di ERA dan di bakal dipromosikan.Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menjadi pelajar AF 2016 dan akan memulakan langkah sebagai pelajar AF 2016.

Rumah Terbuka JoHaRa Disambut Meriah

Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Isnin lepas, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun –tahun lalu.

Dr.Fazley bersama JoHaRa

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Wanie Kayrie dan Syamel AF

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!

Anak-anak yatim yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa

Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran,

“Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat. “

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!

24 Tahun Terpisah, ERA fm Satukan Keluarga Pendengar

24 Tahun Terpisah, ERA fm Satukan Keluarga Pendengar | Ikatan kasih sayang dalam sesebuah keluarga itu ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah kisah seorang pendengar ERA fm yang menyampaikan hasrat beliau melalui laman sosial ERA fm untuk bertemu dengan keluarga kandungnya yang kini berada di Sarawak. Nur Shahada Binti Adenan berumur 24 tahun, yang juga mempunyai 2 orang anak telah memberikan satu komen di instagram ERA fm seperti berikut :

Untitled

Permintaan yang dilakukan oleh Nur Shahada mendapat perhatian sepenuhnya oleh pihak ERA fm. Memandangkan beliau yang kini menetap di Kota Marudu Sabah, pihak ERA fm Sabah terpanggil untuk bergabung bersama ERA fm Sarawak untuk menghubungi Nur Shahada bagi mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai kehidupan yang terpisah dengan keluarga kandungnya yang kini berada di Sarawak selama 24 tahun.

Minggu lalu, pihak ERA fm Sabah akhirnya berjaya menemubual Nur Shahada di konti mereka. Suasana syahdu melanda konti ERA fm Sarawak apabila Nur Shahada mendapat kejutan dari pihak ERA fm Sarawak yang membawa keluarganya ke konti pada hari tersebut. Shahada seorang surirumah, merupakan anak bongsu dari 11 orang adik beradik , dan beliau kini sudah pun berkahwin dan mempunyai anak yang berumur 3 tahun dan 5 tahun. Kisahnya, sejak dari lahir Nur Shahada serta adik beradiknya yang lain telah berpisah dengan ibu bapa kandungnya yang mempuyai 11 orang anak disebabkan faktor keluarga yang tidak berkemampuan. Beliau yang selama ini dijaga oleh keluarga angkatnya sentiasa menyimpan hasrat untuk bertemu dengan keluarga kandungnya. Sebelum ayah angkatnya meninggal dunia, ayah angkatnya telah berpesan supaya Shuhada mencari bapa kandungnya.

DSCF5792

Pada hari Jumaat lalu juga, Shahada telah ditemukan dengan keluarga kandungnya semasa beliau sedang ditemubual oleh penyampai ERA fm Sarawak Osha dan Opie. Perasaan Shahada ketika itu sangat teruja dan terkejut apabila mendapat sebuah kejutan yang amat bermakna sepanjang hidupnya. Beliau mengucapkan jutaan terika kasih kepada stesen ERA fm S yang mengambil inistiatif untuk melangsaikan permintaannya itu yang hanya dilakukan melalui Instagram ERA fm.

Peranan ERA fm sebagai sebuah stesen radio yang memberikan informasi terkini serta memberikan hiburan dan isi kandungan yang menarik buat pendengarnya, mendapat pujian dari pelbagai pihak. Pihak ERA fm Sabah dan Sarawak juga menganggap perkara sebegini yang dilaksanakan tanpa ada perancangan pada awalnya, tetapi masih dapat memenuhi kehendak dan permintaan pendengar mereka.

SHAHROL, ADI & TAUKE (SATE) Kini Bergabung Dalam ‘SATE Sajian lawak TerBAEK!’

Gambar SATESecara rasminya sebuah rancangan baharu di ERA fm iaitu SATE, telah diumumkan baru-baru ini di  Anugerah MeleTOP ERA yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Jika sebelum ini, rancangan petang di ERA menggabungkan dua penyampai radio Adi Fashla dan Zahid dalam slot Petang di ERA Bersama Adi dan Zahid, terkini rancangan tersebut mendapat nafas baru dengan memperkenalkan SATE! Semalam, 23 Februari 2015, merupakan hari pertama Adi Fashla bergandingan dengan Shahrol dan Tauke bagi menemankan petang anda dalam segmen SATE, Sajian Lawak TerBAEK!

Nama rancangan SATE ini pula, adalah bersempena gabungan nama ketiga-tiga penyampai segmen tersebut Shahrol, Adi dan Tauke (SATE). Keserasian mereka bakal mencipta sebuah kelainan berbanding segmen sebelum ini. Tagline Sajian Lawak TerBAEK ini lebih cenderung untuk mengajak pendengar menjamu selera sambil bersantai mendengarkan pengisian terkini umpama menu-menu terbaik dalam segmen tersebut, sambil melayan kerenah ketiga-ketiga penyampai di rancangan petang ERA fm, SATE.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran , “Gandingan baharu yang mantap ini membuktikan bahawa segmen yang kami bawakan di stesen ERA fm bukan sahaja mementingkan pengisian berunsurkan komedi, malah pihak kami memilih SATE Sajian Lawak TerBAEK sebagai tagline baru bagi segmen petang di ERA bersama barisan penyampai baru, Shahrol dan Tauke bersama Adi kerana mengikuti gaya hidup dan kehendak pendengar masa kini yang lebih santai dan penuh jenaka. Matlamat stesen ERA juga adalah ingin menjadi  Rancangan Petang radio yang pertama di Malaysia fokus kepada golongan pendengar18 hingga 34 tahun. Selain itu, pemilihan Tauke dan Shahrol sebagai penyampai baharu bagi slot petang ini turut mendapat tindakbalas positif dari pendengar memandangkan mereka bedua juga merupakan pelawak terkenal di Malaysia.”

Bagi pendengar yang mungkin dalam perjalanan pulang pulang dari tempat kerja, berada di rumah, atau yang terpaksa meredah sesakan di jalanraya pula pasti akan kenyang dengan sajian terbaharu yang disajikan khas buat pendengar setia ERA fm bersama pengemudi baharu rancangan petang ERA fm, Shahrol, Adi dan Tauke (SATE).

Jangan lupa temujanji anda bersama SATE Sajian lawak TerbBAEK setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam bersama pelawak terkenal negara Shahrol , Adi dan Tauke!

ERA fm Kini Mencari Penyampai TOP Malaysia

ERAMencariTopDJMalaysia_header_1

Seperti yang sedia maklum, Khairil Azam Pilus atau lebih popular dengan panggilan Aril pernah mengendalikan segmen MeleTOP 40 ERA, telah pun mengambil keputusan untuk memberikan sepenuh tumpuannya dalam bidang nyanyian dan berundur diri dari ERA fm pada bulan lalu. Aril, yang pernah berkidmat hampir 2 tahun dan telah tamat kontrakya bersama ERA fm pada 30 September.

Bagi mengisi kekosongan untuk segmen yang pernah dikendalikan oleh Aril sebelum ini, pihak ERA fm telah mengumumkan sebuah kempen pencarian Penyampai TOP Malaysia sejak awal bulan lagi! Pelbagai kriteria yang telah ditetapkan bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluar ERA fm. Jika anda fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, mempunyai kebolehan bertutur dengan pantas, spontan dan teratur, juga mempunyai perwatakan yang menarik dan mampu menghiburkan pendengar.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm Nazri Noran,

“Sejak Aril telah meninggalkan kami untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian, kami memerlukan seseorang yang mempunyai bakat, kebolehan dan keberanian untuk menjadi salah satu dari ahli pasukan #ERAVENGERS. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan anda warga Malaysia yang memiliki kriteria-kriteria yang di tetapkan serta ingin mencuba nasib menjadi sebahagian daripada kami. Setakat ini, sambutan cukup hangat apabila kami menerima video-video serta profil yang kreatif. Pemilihan ke peringkat seterusnya akan dilakukan melalui sesi ujibakat selepas senarai pendek video terpilih di umumkan.” 

ERAMencariTopDJMalaysia_poster

Kepada anda yang berminat,  hantarkan profil anda ke laman web ERA di, http://era.fm/Home.aspx atau tunjukkan kebolehan anda dengan memuat naik video uji bakat anda ke Facebook, Twitter atau Instagram ERA fm dengan hashtag #PenyampaiTOPMalaysia. Video anda haruslah tidak melebihi 15 saat dan anda harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun. Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan bakat anda dan sertai pasukan #ERAVENGERS sekarang. Penyertaan ini masih terbuka kepada seluruh warga Malaysia sehingga akhir bulan ini!

Jadi, rebutlah peluang ini untuk menjadi Penyampai TOP Malaysia dan menjadi salah satu daripada ahli #ERAVENGERS!

Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)