Tag Archives: Fazura

Namewee sertai Shane Filan dan Fazura sempena Elmina Lakeside Concert

Buat julung kalinya konsert di tasik iaitu ‘Elmina Lakeside Concert’ bakal berlangsung pada 19 Januari 2019 di Elmina Central Park, terletak di kawasan Bandar Elmina (City of Elmina) yang memenangi anugerah bandar di Shah Alam. Konsert yang diadakan secara percuma kepada orang ramai itu dibawa secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan oleh Universal Music Malaysia.

Sewaktu majlis sidang akhbar yang diadakan pada November lalu, diumumkan bahawa penyanyi Shane Filan, vokalis utama kumpulan Westlife dan penyanyi serta pelakon jelita Malaysia, Fazura akan menghibur para penonton. Untuk memeriahkan konsert tersebut, seorang lagi bintang sensasi tanah air akan turut serta iaitu pembikin filem dan pemuzik terkenal Namewee.

Namewee yang popular dalam media sosial itu dikenali kerana berjaya membuat beberapa kolaborasi lagu dengan artis daripada beberapa buah negara. Beliau amat dikenali kerana sering tampil dengan gaya yang tidak konvensional dari segi muzik dan filem yang dihasilkan sehinggakan Namewee tercalon dan menerima beberapa anugerah di tanah air dan peringkat antarabangsa.

Penyanyi terkenal antarabangsa, Shane Filan yang sebelum ini popular melalui kumpulan pop Westlife. Beliau yang meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya.

Fazura memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama pada tahun 2017 yang menerima anugerah emas.

Konsert percuma yang terbuka kepada semua itu sempena meraikan penduduk di Bandar Elmina dan kempen jenama Bandaraya Elmina yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup luar biasa dalam pembangunan penting sepanjang Koridor Guthrie.

Acara akan bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk keluarga seperti belon udara panas, Cinema 12D, perlumbaan go-cart, acara memanjat dinding, permainan laser dan trak makanan. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8 malam. UNIVERSAL MUSIC SDN. BHD. (51112-M) G.01 Ground Floor, Wisma Academy, 4A Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor D.E., Malaysia Tel: (60) 3 7958 7433 Fax: (60) 3 7954 6198

Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert. Kawasan ini juga merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019. Setelah siap dibina, ia akan membolehkan kanak-kanak termasuk yang kurang upaya bermain bersama sambil mencipta peluang interaksi antara generasi dan keluarga selain meluaskan perpaduan sosial dalam komuniti yang luas.

Selain memaparkan Elmina Central Park yang seluas 300 ekar, Bandar Elmina mempunyai trek berbasikal dan joging sepanjang 90km iaitu satu daripada trek terpanjang di negara ini. Bandar Elmina dirancnag dan dibangunkan sejajar dengan Kajian Kualiti Mercer, satu piawaian pengiktirafan antarabangsa yang mengukur keselamatan, pendidikan, kebersihan, penjagaan kesihatan, budaya, persekitaran, rekreasi, kestabilan politik dan ekonomi serta pengangkutan awam.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila ikuti @SimeDarbyProperty di Facebook atau Instagram. Muat turun App Mobile Property Sime Darby melalui App Store atau Google Play untuk perkembangan terkini Sime Darby Property.

‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif kepada anda oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY sebagai rakan media rasmi. Cari kami dengan menaip ‘Elmina Central Park, Shah Alam’ di Waze atau Google Maps. Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat).

Fazura Bakal Lancar Single Berkembar iaitu Bisa Apa dan Bangun

Sebaik mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia yang diberi kepercayaan untuk mengurus karier beliau sejak beberapa bulan lalu, nampaknya Fazura tidak mempersiakan ruang dan ‘rezeki’ yang diberikan.Hal ini kerana pada saat khalayak masih lagi menikmati lagu-lagu kolaborasinya bersama Estranged (Hancur Aku), Jason Dy (Nothing Like Pag Ibig / Nothing Like Cinta), Dan terbaru bersama Fattah Amin untuk lagu “Cinderella”, Fazura kini bersedia melancarkan  koleksi singlenya sendiri.

Bukan satu, tetapi beliau memilih untuk melancarkan dua single secara serentak yang akan dapat dinikmati khalayak pada 16 Jun ini.Dua single tersebut adalah Bisa Apa dan Bangun. Menariknya, kedua-dua hit tersebut memiliki keistimewaan dan kisah tersendiri.Bisa Apa merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksi sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering yang dihasilkan di Bandung.

Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian fenomena Hero Seorang Cinderella, Bisa Apa dibikin khusus buat Fazura yang terkesan boleh didengar pada penyampaian dan lenggok vokalnya.Dibalut dalam ritma balada yang cukup indah dengan permainan banyak instrumen termasuk gesekan cello dan biola, Fazura mendendangkan lagu ini dengan cukup baik dan Bisa Apa dapat ‘dirasa’ menusuk ke dalam hati.

“Pertama kali mendengar material ‘raw’ yang dihantar, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.

“Bisa Apa seperti mempunyai satu tarikan yang tersendiri dari segi susunan muzik dan liriknya,” ujar Fazura teruja.

Berbeza dengan Bangun yang dihasilkan sepenuhnya oleh karyawan Malaysia, single ini berentak ‘catchy’ dan berbaur inspirasi.Dihasilkan oleh Ilyahida selaku komposer, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair pada posisi produser, Bangun begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura yang begitu positif.

“Bangun merupakan sebuah lagu yang melambangkan kekuatan. Sebuah kejayaan itu boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun dari setiap kajatuhan. Kajatuhan itu pada saya ada tersembunyi hikmah istimewa.”

“Jadi saya harap, semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berhadapan dengan banyak hal yang buruk dalam kehidupan,” ujar Fazura.

Untuk melengkapkan ‘kelahiran’ Bangun, sebuah klip video akan dihasilkan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Merupakan duta kepada telefon pintar Neffos, tentulah jenama terkenal ini turut serta bertanggungjawab menjadikan klip video yang dihasilkan Fazura menjadi lebih menarik; di mana pemenang-pemenang dipilih akan membuat penampilan istimewa dalam klip video tersebut bersama Fazura.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong melahirkan rasa teruja dengan perkembangan positif dalam pengurusan karier nyanyian Fazura  yang disifatkan sebagai agak ‘laju’.

“Kita baru menjalinkan kerjasama, namun pihak Universal bersama Fazura tidak hanya mengikat kontrak di atas kertas tanpa memberi sebarang hasil. “Malah dalam tempoh tersebut, Fazura telah menjalin kolarasi dengan Jason dari Filipina dan kini muncul dengan sebuah single yang dibikin karyawan Indonesia iaitu Bisa Apa dan Bangun dari Malaysia.

“Sesungguhnya saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang sangat positif kerana dia sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja tidak kira dari dalam atau luar negara juga orang baharu atau lama, asalkan ia membuahkan hasil yang baik,” jelas Kenny Ong.