KUALA LUMPUR, 20 JUN 2025 — International Fashion Runway 2025 (IFR) kembali memukau pentas ibu kota dengan edisi ke-4 yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights pada 20–21 Jun 2025. Lebih 1,000 jemputan, termasuk editor fesyen, selebriti dan pembeli antarabangsa, hadir menyaksikan jelajah gaya yang menggabungkan warisan Asia dengan inovasi kontemporari.
Sorotan Pereka
Barisan kreatif tahun ini menonjolkan campuran estetika moden dan tradisi serantau. Antara nama yang mencuri perhatian ialah Jadore Atelier, Naéos by Boy Barjav, Angeline Teoh, serta kolaborasi Mahardika Fashion × Maddy dan Vietnam Iconic Runway × Linh Phuong. Siluet avant-garde, perincian songket digital, dan palet warna bumi menjadi tema utama, sekali gus memaparkan keupayaan pereka Asia menembusi pasaran global.
Platform Antarabangsa
Sejak diperkenalkan pada 2022, International Fashion Runway 2025 diiktiraf sebagai platform serantau penting bagi pereka baharu dan label mapan. Tahun ini, IFR menambah segmen “Sustainable Spotlight” yang mempamerkan fabrik lestari serta proses pengeluaran mesra alam — selari dengan usaha Pavilion Damansara Heights untuk menjadi destinasi luxury fashion rendah karbon di Asia Tenggara.
Menurut pengarah acara, kerjasama strategik dengan agensi pelancongan dan jenama gaya hidup tempatan meningkatkan nilai komersial pereka, sambil merancakkan ekonomi kreatif domestik bersesuaian agenda Malaysia MADANI. Sesi trunk show dan pertemuan B2B turut membuka peluang eksport ke Bangkok, Jakarta dan Hanoi.
Dengan liputan meluas media antarabangsa, International Fashion Runway 2025 sekali lagi meneguhkan reputasi Kuala Lumpur sebagai hab fesyen serantau.
Peningkatan sebanyak 21 peratus direkodkan untuk pakaian berinspirasikan Boho hingga Jun tahun ini, dengan trend menjelang hujung tempoh tersebut beralih ke jaket, skirt dan seluar berinspirasikan musim luruh/musim cuti 2022 di Shopee.
Kita mungkin fikirkan bahawa perbelanjaan fesyen rakyat Malaysia kini didorong oleh keperluan untuk beralih daripada pakaian kasual kepada pakaian untuk ke pejabat selepas pandemik. Namun, maklumat mengenai pembelian barangan fesyen di Shopee menceritakan kisah yang lain.
Trend menunjukkan bahawa daya tarikan Boho yang berwarna-warni yang kembali pada musim bunga/musim panas tahun 2021 berterusan hingga musim luruh/musim cuti tahun 2021 dan musim bunga/musim panas tahun 2022 di Shopee. Walau bagaimanapun, populariti fesyen Boho mungkin akan semakin menurun tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada gaya blok warna musim luruh/musim cuti tahun 2022.
Data Shopee¹ mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membeli 21 peratus lebih banyak pakaian bergaya ala Boho² dari 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2022.
Menurut Shopee, trend tersebut mengambil alih pakaian sukan yang lebih praktikal secara beransur-ansur bermula dari separuh pertama tahun 2021 apabila jualan untuk pakaian sukan menurun sebanyak 10.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini merupakan titik permulaan untuk pakaian luar yang berwarna-warni, blaus peasant, dress dan skirt labuh serta flowy, baju berbutang yang bersifat longgar dan ringan dengan corak retro, denim dan seluar slack.
Menurut maklumat pembelian pengguna Shopee, kemuncak trend ini bermula pada suku pertama tahun ini apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keinginan mereka untuk melancong dan beriadah dengan bercuti, meluangkan masa di kafe, pusat membeli-belah dan banyak lagi.
Jumlah seluar chino bertemakan Boho yang dibeli meningkat sebanyak 114 peratus, dress meningkat sebanyak 55 peratus dan skirt sebanyak 41 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sebaliknya, carian untuk pakain santai dan baju tidur terus menurun.
Dengan gaya inspirasi Boho mencapai titik optimumnya, trend pembelian pengguna Shopee Malaysia, sejajar dengan trend fesyen global, mula menunjukkan anjakan ke arah gaya blok warna dalam pakaian.
Antara bulan Mac dan Mei tahun ini, apabila label fesyen global mula memberi para pengguna gambaran koleksi musim luruh/musim cuti 2022 yang kebanyakannya terdiri daripada jaket kulit sintetik, baju tanktop dan seluar mason, kami mendapati para pengguna mula membuat pembelian yang beralih kepada trend tersebut untuk separuh kedua tahun 2022.
Palet warna neutral, ivory dan peachy beige secara beransur-ansur menggantikan gaya boho-chic berwarna-warni. Corak pembelian ini, menurut pandangan pengguna Shopee, bermula pada suku kedua tahun ini.
Antara bulan April dan Jun tahun ini, pengguna Shopee mula membeli 13 peratus lebih blazer dan kot berbanding suku sebelumnya dan trend yang kian meningkat ini dijangka kekal hingga hujung musim luruh/musim cuti tahun 2022.
Dengan peningkatan dalam permintaan untuk blazer dan kot, Shopee juga menyaksikan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam jualan baju dalam antara suku pertama dan suku kedua tahun ini.
Ekoran ini, permintaan untuk seluar – dengan bahagian pinggang yang berunsur fitted serta hem yang lebar – turut menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus.
Dengan peralihan secara beransur-ansur antara trend fesyen, rakyat Malaysia juga dilihat membeli kasut baharu untuk dipadankan dengan baju baharu mereka.
Rakyat Malaysia dilihat membeli sandal dan mules untuk dipadankan dengan pakaian bergaya ala Boho mereka manakala loafers, kasut high dan low top, kasut tumit tinggi dan kasut oxford dibeli sebagai persiapan untuk pulang ke pejabat mereka selepas sekian lama bekerja dari rumah. Oleh itu, barangan ini menyaksikan peningkatan dalam permintaan dan menggantikan selipar tahun ini berbanding tahun lepas.
Menurut Shopee, tingkah laku pembelian yang diperhatikan adalah petanda bahawa pembeli fesyen dalam talian Malaysia mula gemar menggayakan pakaian mengikut trend semula. Dengan Malaysia berada dalam fasa endemik, rakyat Malaysia juga bersiap sedia untuk menghadapi hari-hari yang lebih sejuk di pejabat berhawa dingin mereka selepas memenuhi keinginan yang terpendam untuk beriadah dan melancong.
#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei 2017.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai “AIR-FLEX”. Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.
Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.
Koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial
Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.
Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.
Mizz Nina
Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017.
Tiga elemen utama #AIFW2017 adalah:
Pertunjukan Dagangan Fesyen
Sebuah platform untuk rangkaian perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik yang mapan serta berkeuntungan. Daripada jenama mewah, hingga ke trend terkini dalam fesyen yang santun, #AIFW2017 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia yang menjadi nadi bisnes fesyen Islamik. Masuk adalah PERCUMA.
Pertunjukan Fesyen
Memperkenalkan trend terkini fesyen Islamik daripada pereka terkenal, peruncit terunggul, butik dan pereka fesyen bebas dari Malaysia, Brunei, Perancis, Netherlands, Amerika Syarikat,Jepun dan Arab Saudi. Persembahan di runway atau pentas peragaan adalah sesuatu yang wajib disaksikan.
Antara pereka fesyen dan jenama yang terlibat adalah DIAN PELANGI, COSRY, KARINA NG, EJA SHAHRIL, ADILA LONG, ANA ABU, SAWDAA BLACK LABEL, MUMU SCARVES, ASH &ANAS, PADUSI COUTURE, KHALIF BY EIRMA FATIMA, GENERAL PRODUCT OLEH AMY SEARCH, GAYA BY ADANIA, LA DIORA, NAFYANA OLEH LIANA GHAUS, CALACARA, V HIJRAH, DAANYA, RUMI, MARINAH YAZID, BLACK SWAN COUTURE (DUBAI), BARJIS (LONDON), CHENILLE DAN AMJADD (PARIS) DAN RAMAI LAGI.
Interaksi Fesyen
Memperkayakan orang Islam dengan pengetahuan tentang fesyen Islamik berasaskan nilai-nilai Islamik, menerusi sesi perbincangan interaktif oleh panel dari pelbagai bidang dalam industri fesyen dan perdagangan Islamik.
Dian Pelangi
AIFW 2017 dengan bangganya mengumumkan Penaung Kehormat kami iaitu YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ABDULLAB AHMAD BADAWI manakala Penasihat Antarabangsa kami adalah ALIA KHAN, PENGERUSI ISLAMIC FASHION & DESIGNER COUNCIL.
Kami juga turut berbesar hati dengan penglibatan ‘fashion influencer’ kami iaitu:
Dian Pelangi – pereka fesyen serba boleh dari Indonesia,
pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan
merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh
dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4
juta pengikut di laman Instagram.
Mizz Nina – salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi
dan dihormati kerana usahanya dalam
dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.
Melanie Elturk – salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap
untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat
untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan
pemakaian hijab di dunia.
Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”
Ujar Fuza Umar selaku pengasas AIFW 2017,”Buat perdana kalinya diadakan di Malaysia, kami tidak akan mampu melakukannya tanpa sokongan dan bantuan dari agensi kerajaan, organisasi antarabangsa, penaja korporat dan juga pereka fesyen dan jenama yang terlibat. Alhamdulillah.”
AIFW 2017 dibantu dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia, MATRADE, SME CORPORATION MALAYSIA. Turut berkerjasama ialah ISLAMIC FASHION & DESIGN COUNCIL (IFDC) serta:
YAYASAN AL BUKHARY- PENAJA BERSAMA
ZALORA- RAKAN E-DAGANG RASMI
WARDAH- SOLEKAN RASMI
MINI INGRESS AUTO- KERETA RASMI
HOTEL IMPIANA KUALA LUMPUR- HOTEL RASMI
INSTITUT PENGURUSAN HALA DAN SAINS, FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
H LIVE- MEDIA RASMI
MAJALAH W/M- MEDIA RASMI
Ujar Fuza lagi, “Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”
Melanie Elturk
“Sebagai destinasi online fesyen Asia, ZALORA komited untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan fesyen. Kerjasama dengan Asia Islamic Fashion Week 2017 ini membuka pintu serta peluang yang lebih besar kepada label seterusnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam fesyen Islam bagi rantau Asia,” ujar Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA.
Mengenai Industri Fesyen Islamik
Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.
Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.
Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.
Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tahun keenam berturut-turut hari ini mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda; AirAsia Runway Ready Designer Search, sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut dalam mengangkat bakat muda.
AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang. Kerjasama strategic ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif ini bertujuan bagi membantu memberi platform bagi bakat pereka muda dari dalam dan luar negara.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan pada sidang akhbar hari ini.
Aireen Omar berkata, “AirAsia percaya dengan pembangunan bakat muda. Kami sentiasa terlibat dengan usaha membangun bakat muda terutama dalam bidang sukan. Projek terbaru ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda dan mencungkil bakat hari esok, memberi ganjaran dan sokongan kepada mereka dengan pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri fesyen. Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur yang akan datang ini pada 16 Ogos 2015.”
“Sesetengah mungkin tertanya mengapa fesyen? Jawapan kami adalah mengapa tidak? Jaringan laluan meluas AirAsia, terutama di rantau Asean adalah batu lonjakkan bagi banyak pemain industri fesyen dalam terus memperluas pasaran bagi mereka; mendapatkan pelbagai fabrik; pertukaran idea bersama individu-individu lain; melawat bandar-bandar di rantau ini bagi mengalami pelbagai budaya dan mendapatkan inspirasi; kemungkinan yang tidak berpenghujung! Kami sangat teruja berkerjasama dengan pasukan KLFW RTW, dan AirAsia bersedia menjadi sebahagian dari perjalanan fesyen pereka muda ini dalam mencapai kejayaan,” tambah Aireen Omar.
Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week RTW berkata,”KLFW adalah platform penting bagi pereka yang sudah berada dalam bisnes fesyen. Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear telah dikonsepkan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C bagi pereka fesyen Malaysia bagi memperaga koleksi sedia pakai (Ready to Wear) dan mengetengahkan kekuatan dan kreativiti industri fesyen di Malaysia bagi para pelanggan tempatan dan antarabangasa. Dengan adanya rakan kerjasama dan menganjur bersama ‘AirAsia Runway Ready Designer Search’, membolehkan kami memberi pendedahan tambahan kepada pereka muda yang masih belum berada dalam bisnes ini, melalui platform kami yang telah mendapat perhatian media dengan lebih daripada 7 juta pelawat.”
10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.
Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka.
Tambahan kepada Aireen dan Andrew, pemain industri fesyen yang berpengaruh; Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia; serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH! diumum sebagai panel hakim bagi program AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang pertama kali diadakan ini.
Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak, dan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015. Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di muat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran mereka. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015.
Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.
AirAsia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan bakat muda dengan menyediakan peluang dan memberi platform bagi mereka mencapai kejayaan, mengenal pasti pontensi dan kekuatan mereka. Paling penting, AirAsia telah membolehkan banyak bakat muda merealisasikan impian mereka bagi bertanding di tahap yang lebih tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, penunggang MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.
Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).
405 meter merupakan pentas peragaan terpanjang di Malaysia, pengenalan untuk koleksi terbaru 2morrow dan pengumuman wajah rasmi untuk jenama 2morrow. Tiga elemen yang digabungkan dan lahirlah 2morrow Fashion Blast Fiesta 2015.
Ia satu- satunya fiesta yang menaikkan nama-nama pereka tempatan dimana mereka boleh meperagakan baju mereka di atas pentas peragaan terpanjang di Malaysia serta diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia’s Book of Records.
Pertunjukan ini juga merupakan satu-satunya dibuat di atas bumbung dengan berlatar belakangkan menara KLCC (Kuala Lumpur Convention Center). Pengarah Urusan 2morrow, En Shaheful Ardan berkata:
“Dunia fesyen semuanya berkenaan infiniti. Kasut yang elok buatannya akan menyerlahkan personaliti si pemakai dalam keadaan mereka tidak sedar. Paling seronok, seseorang memakai sepatu yang selesa dan sekaligus, dia akan berasa dihargai dan rasa sempurna”
Salah satu sebab utama fiesta ini dianjurkan adalah untuk membawa balik keriangan tentang berfesyen melalui kerja amal. Oleh sebab itu, 2morrow telah mengumpul dana sebanyak RM5000 dan Ikatan Ukhuwah sebanyak RM 5000 untuk diberikan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebagai tanda sokongan 2morrow terhadap berfesyen melalui kerja amal.
Rekaan 2morrow akan diperagakan oleh finalis-finalis Face of 2morrow dimana dalam pertandingan ini, ia dibahagikan kepada 3 kategori iatu kategori model lelaki, kategori model wanita, dan kategori hijabstar. 2morrow berniat untuk membantu model-model yang baru untuk diketengahkan dalam industry fesyen Malaysia. Pengarah kreatif 2morrow, Cik Ezza Yusof berpendapat:
“Dalam industri fesyen, untuk memperagakan rekaan kepada awam bukan sesuatu yang murah, dan kadangkala satu rekaan yang cantik tidak boleh diperagakan kerana kekangan kewangan. Oleh itu, saya ingin menjadi penyelamat mereka!”
dressingpaula melancarkan cawangan terbarunya hari ini yang berlokasi di tingkat 1 (Lot F-047) Mid Valley Megamall. Pelancaran ini juga bertepatan dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/ Panas 2015. Kedai baru ini merangkumi kawasan permukaan sebanyak kira-kira 1,100 kaki persegi yang didedikasikan khas untuk koleksi sedia pakai dan aksesori wanita.
Bercakap mengenai kemunculan koleksi terkini di cawangan dressingpaula yang baru dilancarkan, Kay Chow, Ketua Bahagian Merchandise berkata “Pembukaan kedai dan pelancaran koleksi Musim Bunga/ Panas 2015 ini adalah satu kebetulan yang sempurna. Apa cara yang lebih baik untuk memeriahkan suasana pembukaan kedai daripada dengan pameran koleksi! Kami berasa amat teruja dan gembira dengan pembukaan kedai di lokasi utama seperti Mid Valley Megamall. Kami yakin bahawa pembukaan kedai di sini akan mendorong jenama dressingpaula ke barisan hadapan dalam arena fesyen di Lembah Klang.”
Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, selaris dengan slogan dressingpaula iaitu ‘Women before Clothes’. Menggabungkan pakaian ruji dengan reka bentuk dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan bahan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna-warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.
Bertemakan musim Bunga, ciri-ciri koleksi terkini dressingpaula menampilkan corak flora timbul, paisley dan strok berus abstrak. Untuk gaya edgy, koleksi ini juga menggabungkan petak geometri dan cetakan tipografi metalik. Busana utama daripada koleksi ini termasuk pakaian klasik flora yang boleh disuai-padan untuk tampil sesuai waktu kerja atau kasual. Ia termasuk gaun A-line dan skirt dalam kedua-dua cetakan bunga dan cetakan berimpak yang lebih berani – potongan feminin yang sesuai untuk semua bentuk badan. Koleksi ini juga termasuk jaket serta top potongan lurus – yang sesuai dengan skirt A-line atau seluar; kemeja sifon berkolar – mesti ada untuk wanita celik fesyen; gaun simetri – untuk menayang sepasang kaki yang cantik; skirt A-line berlisu dengan bunga timbul, gaun panjang berlisu dan akhir sekali, seluar pendek jacquard – sesuai untuk bersiar-siar kasual di siang hari.
Koleksi musim Bunga/ Panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90. Pengunjung yang datang ke kedai yang baru dilancarkan pada hari pembukaan dapat menikmati diskaun 20% dan juga barangan terpilih pada harga istimewa.
Akhirnya saat dinanti tiba juga. Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk “SHOPPING” sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014.
Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH.
Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.
ZALORA, destinasi fesyen atas talian terulung di Asia memperkenalkan hasil kerjasamanya dengan salah seorang pereka fesyen terhangat Malaysia, Syomir Izwa, dengan suatu koleksi eksklusif yang diilhamkan daripada gerakan Art Deco, yang hangat di Eropah pada zaman 1920-an hingga 1930-an dahulu. Syomir Izwa for ZALORA boleh didapati di www.zalora.com.my mulai 30 Mei dan memberi peluang kepada fashionista di seluruh Malaysia dan Brunei untuk memiliki rekaan Syomir Izwa.
Konsep koleksi ini diilhamkan oleh rekaan seni bina zaman 20-an dan 30-an yang popular di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat bergelar gerakan Art Deco. Syomir Izwa mendapat ilham daripada perincian geometri gerakan ini yang ditonjolkannya dalam koleksi Hari Raya beliau yang terkini. Menggabungkan unsur-unsur vintaj daripada gerakan Art Deco ini dengan seni baju kurung tradisional, Syomir telah menyulamkan dua faktor ini untuk melahirkan rupa bergaya yang jitu bagi wanita moden.
Bersama dengan ciri-ciri lazim baju kurung, Syomir Izwa mengenakan sentuhan Eropah kepada rekaan-rekaannya. Koleksi tersebut juga menampilkan warna hitam putih yang klasik, dengan rona-rona mirip makarun seperti jingga kesumba, biru firus, biru, kuning, lime, serta perang dan juga nude. Kesegaran rekaan dikekalkan dengan merangkumkan lisu-lisu samar dan perincian blok warna untuk melahirkan ilusi Art Deco.
Sebahagian besar koleksi ini diperbuat daripada kapas buluh organik. Keselesaan dan kesejukan bahan tersebut membolehkan pemakainya merasa sejuk dan selesa semasa musim perayaan yang panas. Koleksi tersebut terdiri daripada set mini kurung, set baju kurung serta dress labuh.
“Gandingan kerjasama ini adalah hasil usaha berterusan ZALORA untuk membawakan fesyen terbaik kepada pelanggannya.” kata Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA. “Kolaborasi ini akan memungkinkan fashionista memiliki ciptaan Syomir Izwa dan mengenali lebih dekat akan perihal tokoh yang telah mencipta busana buat barisan wanita tercantik Malaysia, seperti Yuna, Marion Caunter, Vanidah Imran dan Aishah Sinclair”.
Koleksi ini akan diperagakan ketika pertunjukan fesyen Syomir Izwa x ZALORA bertempat di Hotel Ritz Carlton, menampilkan 15 daripada barisan koleksi pereka ini pada 29 Mei 2014.
KakaoTalk adalah penaja dan rakan kongsi eksklusif bagi koleksi ini. Gandingan kerjasama ini adalah pertama kali seumpamanya di Malaysia – dengan informasi fesyen menerusi platform KakaoTalk sebelum dan semasa pertunjukan fesyen, berkongsi glitz dan glamor di pentas peragaan serta di balik tabir pertunjukan dengan seluruh pengguna KakaoTalk.
Jovian Mandagie once again integrates his creativity in swapping the three-dimensional shapes, volumes and artful layers in unconventional ways that remind the women of JM on how wedding dresses could be translated through his latest bridal collection called as “Bridal Blossoms”.
The line engages a little switch by provoking the idea of sculptural silhouette, to be described as contemporary, playful, surreal, emotive and pure. The inspiration takes in by the transformation of flowers blossoming to their original motives.
The collection qualifies the combination of material such as crepe, tulle, duchess, Italian chiffon, French lace and organza silk with the undulating embroidery details, subtle approach of beadings and ruffles.
This fascinating array touches down with forty (40) looks featuring sumptuous mermaid dresses and gowns, white color family including ghost white, off-white and a splash of champagne color to maintain the traditionalistic emotion of a guiltless bride.
dressingpaula baru sahaja melancarakan Edisi Musim Panas, sambungan kepada koleksi Musim Bunga/Panas 2014 yang telah dilancarkan awal tahun ini.
Edisi Musim Panas ini memperkukuhkan lagi gaya dan dinamik yang ditampilkan, dengan pengenalan kepada keremajaan dan kepolosan cetakan floral yang dipancarkan daripada busana seorang wanita.
Koleksi terkini ini menampilkan cetakan floral cantik, renda dan blaus jarang serta gaun mini yang direka dengan warna-warni serta efek lapisan digital.
Warna-warna di dalam koleksi terbaru ini boleh dihuraikan kepada tema lembut dan girly. Ia terdiri daripada biru cair, buih ombak, putih, coral, raspberi dan ungu cair. Peminat jenama ini boleh menjangka untuk melihat banyak mainan renda, kaitan bertekstur dan jahitan tepi kontra yang dipadankan dengan rona gula-gula kapas untuk gaya lembut dan polos.
Bercakap tentang Edisi Musim Panas 2014, Tan Ai Lee, Ketua Pemasaran untuk dressingpaula, berkata “cetakan floral dari dulu lagi sentiasa buat wanita rasa lebih elegean dan anggun, sejajar dengan jenama kami. Jadi kami teruja dengan koleksi terbaru ini.”
Koleksi Musim Bunga/Panas 2014 mempersembahkan pakaian berinsipirasikan pakaian sukan-mewah yang menampilkan kemeja pendek, skirt berlisu, jaket tweed, skirt panjang bercetak, skirt panjang berlisu, jaket bercetak dan kemeja jarang dengan sentuhan gaya suka anggun.
Menyampaikan janji “wanita sebelum pakaian” dressingpaula menawarkan kepada pemakainya kebebasan dan tenaga dengan fabriknya yang selesa dipakai.