Tag Archives: Fiza Sabjahan

3,000 Pengunjung Mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah. Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini. Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin. Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, “Ini merupakan tahun kedua acara Jom Masjid diadakan di mana kami menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respon yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada hari Ahad lalu kerana sokongan mereka semua amat bermakna buat kami.”

Rakaman Program Moreh – artis jemputan – Luqman Hafidz

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Daerah Temerloh yang membantu kami untuk menjayakan acara ini. Insya Allah acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujar beliau lagi.

Dibawakan khas oleh Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid telah bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz. Acara diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk oleh ahli jawatankuasa di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang. Di sekitar pukul 3.00 petang pula, sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik ‘Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Setelah mendirikan solat Asar, sesi pengagihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid telah dilakukan. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti. Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, telah menyampaikan sumbangan daripada TV3 & TV9 kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh. Para pengunjung juga bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isya’. Acara ini telah diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Inginkan akses mudah kepada video eksklusif daripada program popular Raudhah seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Raudhah yang membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, dan senarai masjid dan restoran halal berdekatan mereka. Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah pula, anda masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.

 

Nur Fazura Lancarkan Supplemen Sendiri ‘Fazfit’

IMG_3438Selepas mencatat deretan kejayaan dalam laluan seninya, aktres dan jelitawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura menambah satu lagi cabang profil kariernya apabila menawarkan supplemen pelangsingan badan dengan jenama Fazfit, menerusi syarikat miliknya Doll Domination Sdn. Bhd.

Tiada yang lebih membanggakan buat teraju utama filem, Manisnya Cinta Di Cappadocia itu apabila dapat berkongsi rahsia mengekalkan kelangsingan bentuk badannya bersama para peminat setia dan orang ramai. Itu adalah antara keterujaan sebenar Fazura yang sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sangat mesra dan dekat di hati para pengikutnya.

Satu majlis pelancaran produk ini telah diadakan oleh Fazura selaku Pengarah Urusan Doll Domination Sdn. Bhd. yang diadakan di Bilik Bintang 1 & 2, Tingkat 3, Hotel J.W. Marriott, di sini hari ini.

Pengambilan FazFit selama 30 hari secara sihat akan membantu proses pembakaran kalori dan lemak dalam 10 hari pertama diikuti dengan pengawalan selera makan serta proses penurunan berat badan dalam 20 hari berikutnya. Tiga peringkat ini berserta amalan cara hidup sihat berpotensi mengembalikan bentuk tubuh langsing.

Gambar FazFit 1Formulasi FazFit ini turut memperoleh kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

FazFit menggabungkan variasi ramuan berkualiti yang telah digunakan secara tradisional dalam membantu mengurangkan berat badan dan membuang angin. Antara kandungan utama supplemen ini termasuklah herba-herba seperti Trigonella foenum-graecum, Acorus calamus, Alpinia galanga, dan Piper nigrum yang setiap satu mempunyai khasiat tersendiri.

Ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM119 untuk Semenanjung Malaysia, RM129 (Sabah dan Sarawak) dan $51 (Singapura dan Brunei) untuk satu botol supplemen Fazfit yang mengandungi 30 biji kapsul itu boleh didapati daripada stokis yang dilantik bermula 2 Februari 2015.

IMG_3434

Majlis pelancaran yang dihoskan oleh Fiza Sabjahan ini turut diserikan dengan gimik pelancaran oleh Fazura dan persembahan nyanyian oleh Nadia Aqilah.

Fazura baru sahaja berjaya menamatkan program realiti TV, Facing Up To Fazura yang disiarkan di E! Channel Asia baru-baru ini dimana kisah hidupnya dikongsi bersama para peminat serantau. Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini bakal muncul dengan filem terbarunya, Langit Cinta yang dijadualkan tayangannya tidak lama lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai FazFit, boleh terus menghubungi Encik Rozam Abdul Rahman di 019-2538057 atau melayari lawan sesawang www.dolldomination.com.my.