Tag Archives: F&N

Maestro Entremet di Cabaran Bake Off F&N

Di tengah tengah ruang dipenuhi dengan aroma Entremet (kek lapis berasaskan mousse dengan pelbagai pelengkap perisa dan tekstur yang berbeza-beza) yang baru siap dibakar, 24 pelajar berkumpul berpasangan untuk bersaing ke arah mencapai gelaran yang diidamkan iaitu Maestro Entremet di Cabaran Bake Off F&N yang diadakan di Taylor’s University baru-baru ini.

Dianjurkan buat pertama kalinya, F&N dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari Taylor’s University telah melancarkan cabaran ini dengan matlamat untuk menyokong bakal-bakal cef dalam mencipta detik citarasa teristimewa dan menaikkan tahap kecemerlangan kulinari.

Cik Eileen Chan, Pengurus Pemasaran Kanan F&N Dairies berkata, “F&N berasa sangat teruja kerana dapat menghasilkan platform kepada pelajar cara-cara yang menarik dan inovatif di samping mencipta keterujaan dalam dalam bidang kulinari! Melalui cabaran ini, para pelajar telah menunjukkan kemahiran dengan menggunakan Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N dalam ciptaan mereka. Kami ingin menjadikan F&N sebagai pusat sumber pembelajaran dan kami komited untuk berkongsi pengetahuan bagi memberi inspirasi dan memupuk bakat cef-cef baharu supaya menjadi pemimpin dalam bidang seni kulinari.”

12 kumpulan peringkat akhir daripada  Jabatan Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari Taylor’s University bertanding untuk gelaran Juara  Cabaran Bake Off F&N baru-baru ini.
12 kumpulan peringkat akhir daripada Jabatan Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari Taylor’s University bertanding untuk gelaran Juara Cabaran Bake Off F&N baru-baru ini.

Pakar Resipi F&N , Encik Alric Tong menambah, “Sebagai bekas pelajar Taylor’s University,  kami berharap Cabaran Bake Off F&N akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar universiti – sesuatu yang saya pernah harapkan semasa menuntut di Taylor’s University dahulu. Kami memilih Entremet sebagai tema untuk cabaran kali ini kerana penyediaan kek ini dikenali sebagai suatu cabaran hebat di kalangan cef pastry moden. Dengan keupayaan Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N dalam menggabungkan pelbagai cita rasa enak, ini merupakan peluang terbaik bagi pelajar-pelajar mencipta hidangan simfoni timur bertemu barat, dengan pengaruh kepelbagaian kulinari Malaysia yang sangat kompleks.”

Selepas 4 jam masa penyediaan, para hakim yang terdiri daripada, Encik Alric Tong, cef-cef pensyarah Taylor’s University, Encik Karamvir Singh Godrei, Cik Patma Ghani Cik Najihah Salwana dan  pemenang MasterChef Selebriti Malaysia Musim Pertama, Chef Dato’ Fazley semuanya tesenyum apabila melihat para pelajar membawa masuk hasil kerja masing-masing.

Kelihatan dalam gambar ialah Adrian Chua dan Tang Yong Jie dari Team Nuts, yang memenangi tempat ke-2 dalam Cabaran Bake Off F&N baru-baru ini, membelek bahan-bahan untuk penyediaan Entremet.
Kelihatan dalam gambar ialah Adrian Chua dan Tang Yong Jie dari Team Nuts, yang memenangi tempat ke-2 dalam Cabaran Bake Off F&N baru-baru ini, membelek bahan-bahan untuk penyediaan Entremet.

Berkongsi semua maklum balas daripada semua hakim, Alric menambah, “Kami amat kagum dengan kepelbagaian gaya persembahan dan citarasa yang dihasilkan oleh para pelajar; daripada hidangan yang berasaskan kari, kepada kombinasi cendol dan keju. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu susu pekat manis dan susu sejat digunakan dalam penyediaan minuman sahaja, tetapi kini cef-cef baharu yang akan mewakili masa depan bidang kulinari telah berpeluang untuk mengetahui betapa versatilnya produk-produk F&N dalam dapur pastri. Sebagai bahan ramuan yang menepati citarasa untuk memasak, F&N membantu untuk merangsangkan idea-idea kreatif di kalangan pelajar-pelajar kulinari dan membawa resipi mereka ke tahap yang lebih tinggi.”

Ciptaan para cef muda dihakimi berdasarkan penyusunan ruang kerja, kemahiran kulinari, persembahan hasil kerja, dan yang paling penting adalah citarasa Entremet. Melinda dan Monica dari kumpulan ‘The Apron’ yang mencapai skor purata tertinggi telah muncul sebagai Juara dengan  EntremetBamboo Village’. Ciptaan mereka dilapisi dengan mousse pandan dan kek walnut epal, dengan dasar bertekstur kelapa dan glaze coklat putih yang dihiasi honeycomb dan meringue.

Ciptaan Entremet oleh Melinda dan Monica Augustin dari ‘Team Apron’, Entremet ‘Bamboo Village’ disediakan dengan kesempurnaan dan citarasanya diperkaya dengan Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N.
Ciptaan Entremet oleh Melinda dan Monica Augustin dari ‘Team Apron’, Entremet ‘Bamboo Village’ disediakan dengan kesempurnaan dan citarasanya diperkaya dengan Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N.

“Ini memang suatu kejutan dan pengalaman unik bagi kami kerana terdapat lagi ramai peserta lain yang berbakat turut berserta dalam cabaran ini! Kami menggunakan krimer sejat F&N dengan mousse pandan dan jeli, dan susu pekat manis F&N untuk bahagian glaze. Rasa lapisan Entremet kami menjadi bertambah enak dan glaze kami juga lebih berkilat dan stabil,” kedua-dua pemenang berkata dengan riang dan membawa pulang wang tunai RM 2,000, trofi dan satu set pisau kulinari.

Naib Johan jatuh ke tangan Adrian Chu dan Tang Yong Jie dari ‘Team Nuts’ dengan Entremet berkombinasi unik badam dan kari serta diperkaya dengan Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N.
Naib Johan jatuh ke tangan Adrian Chu dan Tang Yong Jie dari ‘Team Nuts’ dengan Entremet berkombinasi unik badam dan kari serta diperkaya dengan Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N.

Naib juara, Adrian Chua dan Tang Yong Jie dari ‘Team Nuts’ menunjukkan kombinasi unik Entremet yang disediakan dengan badam dan kari. ‘The Secret Garden of Eden’ pula yang berjaya menambat hati para hakim dari segi rupa dan juga citarasa, telah meletakkan Mah Jing Yi dan Kuan Su Wen dari ‘Team Sumi’ sebagai pemenang tempat ke-3. Mereka masing-masing menerima wang tunai RM 1,000 dan RM 600, trofi serta set pisau kulinari. 9 kumpulan di peringkat akhir ini juga menerima hadiah wang tunai RM 200 dan pengalaman membuat pastri yang tidak dapat dilupakan.

Photo #6 - F&N Bake Off Challenge 2016
Entremet “The Secret Garden of Eden”, diperkaya dengan Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N berjaya manambat hati para hakim dan menempatkan Mah Jing Yi dan Kuan Su Wen dari ‘Team Sumi’ di tempat ke-3 dalam Cabaran Bake-Off F&N.

Cabaran Bake Off F&N bersama Taylor’s University tahun ini merupakan permulaan, dan kami ingin terus membina perhubungan jangka panjang melalui detik citarasa teristimewa dengan lebih ramai pelajar kulinari sepertimana kami sentiasa mencari cara baru untuk berhubung dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dari pelbagai generasi.” Eileen mengakhiri perbualan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N serta Cabaran Bake Off F&N, sila layari www.fndairies.com.

 

Mohd Syaufiq Menangi Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!

F&N, jenama susu pekat manis dan susu sejat yang sentiasa menghidupkan detik citarasa teristimewa mengadakan peraduan akhir F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ di bilik pameran HABIB Jewels Ampang Point hari ini.

Sejak turun-temurun, Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N menjadi teman yang dipercayai dan memainkan peranan penting di dapur semua rakyat Malaysia dan pengusaha F&B. Produk tenusu yang terunggul F&N diperkaya dengan kebaikan yang lemak berkrim akan sentiasa menambah kelazatan ke dalam semua sajian makanan dan minuman. Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ merupakan komitmen F&N dalam meneruskan usahanya untuk memberikan nikmat sebenar dalam setiap majlis jamuan supaya rakyat Malaysia dapat menikmati detik citarasa teristimewa bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.

Photo 1

Acara kemuncak hari ini bermula dengan persembahan teh tarik yang menakjubkan oleh Norazlin Bin Mat Janus, Raja Tarik F&N, diikuti dengan 6 peserta akhir bersaing untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM 20,000 melalui Cabaran Teh Tarik dan “Pick Your Fortune”. Hos selebriti, Fizo Omar turut menghangatkan suasana sempena peraduan akhir sepanjang petang ini.

Antara semua peserta yang menghadiri peraduan akhir hari ini, Mohd Syaufiq Bin Mat Saad (28 tahun, dari Alor Setar) adalah peserta bertuah untuk membawa pulang baucar barangan kemas Habib yang bernilai RM20,000.

Photo 6

“Saya berasa amat bersyukur dan teruja kerana dapat memenangi hadiah utama hari ini. Terima kasih kepada F&N, isteri dan ibu saya berpeluang untuk membeli-belah dengan sesungguhnya di Habib Jewels dengan baucar barangan kemas ini!” kata pemenang utama, Mohd Syaufiq dengan penuh sukacita.

Selain daripada hadiah utama, lima peserta akhir yang lain juga membawa pulang baucar barangan kemas Habib yang bernilai RM5,000 setiap orang.

Photo 3

Mengulas mengenai peraduan yang meraikan detik citarasa teristimewa ’emas’, Cik Eileen Chan, Ketua Kategori dari Bahagian Susu Pekat, F&N Dairies Malaysia berkata, “Kami amat teruja kerana dapat menyaksikan para peserta bersaing untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM 20,000. Di F&N, kami sentiasa berusaha untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia dan peraduan ini adalah salah satu cara yang kreatif untuk melakukannya.”

Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ ini bertujuan untuk menunjukkan penghargaan serta memberikan ganjaran kepada pengguna F&N dari semua lapisan masyarakat yang setia menyokong F&N selama ini. Peraduan yang berlangsung dari 1hb Disember 2015 hingga ke 31hb Januari 2016 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dari seluruh Malaysia. Selain daripada 6 pemenang utama, peraduan ini turut menyaksikan 24 pemenang mingguan yang telah membawa pulang barangan kemas Habib.

Photo 5

“Berikutan dengan janji jenama kami sebagai satu jenama yang dipercayai oleh semua generasi, F&N komited untuk terus membina kepercayaan dan hubungan yang baik dengan sentiasa membawa detik citarasa teristimewa kepada rakyat Malaysia. Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ ini adalah satu inisiatif untuk meneruskan legasi ini”, tambah Eileen.

“Pengguna akan sentiasa dapat menikmati detik citarasa teristimewa dengan segelas Teh Tarik kegemaran mereka yang lemak berkrim, dibancuh dengan Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N”, Eileen membuat kesimpulan.

Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fndairies.com.