Tag Archives: Habib Jewel

Kempen Rantaian Kasih HABIB Tahun Ini Bertemakan Anyaman

HABIB, jenama barangan kemas tempatan meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih. HABIB menjemput para pelanggan untuk menyelami koleksi-koleksi baharu sempena Hari Raya di bilik pameran HABIB serata Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Dalam pada kita meraikan hari lebaran, HABIB memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu. Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ianya tidak tenggelam ditelan zaman. Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”  

HABIB membawa kelainan pada Kempen Rantaian Kasih tahun ini dengan penampilan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza seperti Amyra Rosli dan keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny. HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta Raya HABIB merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih HABIB.     

Antara koleksi yang menjadi kegemaran setiap tahun adalah semestinya Koleksi Oro Italia 916, dengan rekaan terbaharu yang lebih moden dan kontemporari. Untuk gaya yang terkini dan lebih berwarnawarni, barangan kemas daripada Koleksi Clara adalah pilihan yang ideal. Menampilkan rona-rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau, koleksi ini pada masa yang sama masih mengekalkan nilai mutu emas 916. Selain itu, koleksi rantai leher labuh juga menjadi kegemaran di Aidilfitri dan sangat sesuai digayakan bersama hijab. Set sepadan ibu dan anak turut ditawarkan, untuk melengkapi gaya sedondon bersama keluarga di Hari Raya.

HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran. Memenuhi citarasa berbeza, koleksi anyaman ini turut tersedia dengan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai berwarna untuk memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik. Istimewa buat Hari Raya juga, HABIB menawarkan Koleksi Jejaka, yang terdiri daripada butang baju Melayu eksklusif HABIB serta cincin perak palladium bertatahkan berlian dan batu permata.

HABIB turut memperkenalkan rekaan baharu Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Anyaman, yang didatangkan dengan lima rekaan unik seberat 0.2gm bagi setiap keping yang berharga RM118 setiap satu atau RM628 untuk satu set yang didatangkan dalam kotak edisi terhad. Wafer Syiling Emas 999.9 ini juga sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah istimewa untuk yang tersayang.   

Tema kempen Rantaian Kasih 2024 menerapkan sentuhan seni anyaman yang melambangkan metafora dalam penceritaan gaya hidup tradisional sejak berabad-abad lalu. Dengan semangat ini, HABIB menciptakan koleksi yang diilhamkan oleh khazanah anyaman yang meraikan seni tradisional klasik ini. Hasil tangan yang bermutu tinggi dan elemen sentuhan kehalusan pada setiap sisi anyaman dapat dilihat indah di keseluruhan kempen ini, termasuk pada koleksi barangan kemas serta pada sampul Raya HABIB.

Kempen ini akan berlangsung di semua bilik pameran HABIB seluruh negara bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

Kempen Retro Raya HABIB 2015 Bersama Duta Selebriti

HABIB meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran Silaturrahim di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya sebagai tema kempen pada tahun ini, dengan sentuhan gaya dan suasana retro.

Bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, acara ini bertujuan untuk melancarkan koleksi barang kemas terbaru HABIB sempena Raya iaitu koleksi “Moghul” yang diinspirasikan dari rekaan seni dan reka bentuk pada zaman Empayar Moghul yang diperagakan oleh beberapa selebriti tanahair termasuk duta-duta kempen iaitu Siti Saleha, Elfira Loy dan Iqram Dinzly bersama penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar sebagai pengacara majlis.

Photo 1

Selepas pelancaran kempen oleh Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengarah Urusan HABIB, para selebriti dan model yang memakai busana Shelle Belle tajaan khas dari Azura Couture serta baju melayu moden ARATA oleh Ryzal Jaafar memperagakan koleksi Moghul yang sangat indah.

Menurut Dato’ Sri, “Inspirasi untuk Koleksi Moghul ini adalah daripada Empayar Moghul itu sendiri di mana rekaan dan gayanya datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Rekaan senibina Moghul yang bermula pada abad yang ke-16 masih boleh dilihat sehingga sekarang. Keunikkan serta kecantikkan hasil kerja yang masih bertahan sehingga kini menjadikan ia sebagai satu inspirasi buat kami untuk ditonjolkan pada koleksi kali ini. Koleksi ini adalah antara salah satu koleksi yang paling unik dari kami”.

Photo 7

Koleksi Moghul HABIB yang datang dengan rekaan yang cantik serta dihiasi permata beraneka warna terdiri daripada pelbagai berlian, delima, nilam serta zamrud yang sangat bernilai mampu menyerlahkan lagi segala jenis busana Raya.

Tambah beliau lagi, “Tema Rantaian Kasih adalah untuk memperingati hubungan sesama insan, dan ini telah diterapkan dalam kempen Raya HABIB pada setiap tahun. Dengan pelbagai rekaan jalinan, koleksi Moghul untuk Raya tahun ini dengan tepat sekali mencerminkan tema Rantaian Kasih dan ikatan kekeluargaan dan juga sesama sahabat.”

Koleksi ini juga amat sempurna untuk dipadankan bersama pakaian tradisional mahupun kontemporari, dan boleh diwariskan turun temurun kepada generasi yang akan datang.

Photo 6

Kempen tahun ini selari dengan cogan kata HABIB yang baharu, iaitu The Gift of Happiness, di mana HABIB menggalakkan para pelanggan setianya supaya tidak hanya membeli untuk diri sendiri, tetapi juga berkongsi kebahagiaan dengan memberikan barang kemas sebagai hadiah atau anugerah yang bermakna kepada orang yang tersayang.

Tambah Dato’ Sri Meer lagi, “Tema Raya HABIB ini juga adalah cara kami meraikan hubungan dengan para pelanggan. Kami amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan setia kami, dan ada di antara mereka yang telah membeli dengan kami dari generasi ke generasi. Acara ini memberi peluang untuk kami mengeratkan lagi hubungan ini dengan memberikan mereka kualiti terbaik, rekaan dan nilai hebat untuk barangan kemas yang boleh dihargai dan diingati sepanjang hayat.

“Di samping mencipta kenangan untuk para pelanggan, HABIB juga memainkan peranan dalam menyumbang semula kepada masyarakat. Pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat di bawah Yayasan HABIB, kami mendekati golongan ibu tunggal dan kanak-kanak untuk menyediakan mereka keperluan dan sokongan yang amat diperlukan.”

Photo 4

HABIB juga turut melancarkan Koleksi Raya yang beraneka untuk si jejaka pada tahun ini dengan Koleksi Butang Baju Melayu dan cincin yang diperbuat daripada palladium dan pilihan batu permata. Tambahan pula, HABIB turut menyediakan koleksi Raya untuk seisi keluarga, antaranya gelang kaki emas 916 dan koleksi khas untuk kanak-kanak, pelbagai pilihan reka bentuk emas 916 yang terdiri dari gelang, anting-anting, rantai leher dan loket, serta koleksi cincin bertindih Bloom.

Kempen Silaturrahim di Hari Raya berlangsung selama satu bulan bermula dari 18 Jun sehingga 19 Julai di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 70% untuk berlian dan batu permata dan potongan dari RM5 hingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999. HABIB turut menawarkan kadar tukar-beli tertinggi untuk barang kemas lama.

Photo 5

Para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak aktiviti dan tawaran menarik di Bazar Ramadhan HABIB yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2015 di 13 bilik pameran seluruh negara termasuklah di Ampang Point, Gurney Plaza Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor, Central Square Sungai Petani, East Coast Mall Kuantan, The Shore Melaka, Bandar Meru Raya Ipoh, Kuala Terengganu, Ayer Keroh Melaka, Kota Bahru Kelantan, Taman Saga Alor Setar, Seremban 2 dan Suria Sabah Shopping Mall.

Kempen tahunan Rantaian Kasih kali ini yang menggunakan konsep Retro Raya mencerminkan suasana kekeluargaan ketika sedang bersiap sedia untuk Hari Raya pertama, seperti menyediakan juadah Raya bersama-sama dan anak-anak memohon keampunan ibu bapa di pagi Syawal. Seringkali barang kemas yang diberikan sebagai hadiah akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan ia juga diberikan oleh seorang anak kepada ibu bapa sebagai penghargaan. HABIB amat bersukacita untuk menjadi sebahagian daripada anugerah kebahagiaan ini yang terus berkekalan sehingga tahun-tahun yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Silaturrahim Di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya, sila hubungi Jabatan Pemasaran dan Komunikasi HABIB di talian 03-4252 7777.

Kilauan Berlian Dan Bintang Di Pesta Berlian HABIB 2014

Photo 1

Bulan April ini, peminat berlian tidak perlu menunggu ‘bintang’ jatuh ke riba, mereka hanya perlu menggapai ‘bintang’ dan HABIB akan tunjukkan bagaimana caranya.

HABIB, jenama barangan kemas tempatan telah meraikan kehebatan dan keanggunan ratu segala permata dengan kempen Pesta Berlian tahun ini yang bertemakan “Shoot For The Stars” di acara pelancarannya di Bangsar Village II hari ini.

Kempen “Shoot For The Stars” oleh HABIB telah dilancarkan dengan penuh gaya apabila Dato’ Meer Habib, Pengarah Urusan di Habib Jewels Sdn Bhd memanah bintang menggunakan busur dan anak panah untuk menandakan perasmian acara ini. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ilaria Lanzoni, Pengarah Rekabentuk barang kemas di Hearts on FireÒ – The World’s Most Perfectly Cut DiamondÒ, yang cukup terkenal dengan potongan berlian paling sempurna di dunia dan merupakan jenama barang kemas yang diedarkan eksklusif di HABIB.

Tema “Shoot For The Stars” merupakan ekspresi untuk mengejar impian dan mencuba yang terbaik, dan di dalam konteks Pesta Berlian HABIB 2014, untuk mendapatkan yang terbaik – iaitu barang kemas berlian HABIB. Bagi mereka yang sudah lama mengidamkan untuk memiliki berlian pastinya teruja dan rambang mata dengan pelbagai pilihan barang kemas berlian HABIB sepanjang kempen yang diadakan selama sebulan ini dengan pelbagai aktiviti menarik di semua cawangan HABIB di seluruh negara.

Photo 2

Di antara koleksi HABIB yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen di acara pelancaran tersebut adalah barang kemas yang diilhamkan daripada bintang dan galaksi termasuklah barangan kemas berlian dari Hearts On FireÒseperti koleksi Illa dan Copley. Pertunjukan tersebut berlangsung dengan penuh glamor oleh peragawati yang turut menggayakan pakaian dari Dress Tale boutique.

Menurut Dato’ Meer Habib, acara tahunan pesta berlian ini telah menjadi acara yang paling dinanti-nantikan oleh para pelanggan HABIB dan peminat berlian sejak 15 tahun yang lalu di mana HABIB menawarkan koleksi terbesar dan rekaan terkini barang kemas berlian.

Tambah beliau lagi, “Setiap tahun kami sentiasa berusaha untuk membawakan kelainan pada Pesta Berlian HABIB dan kali ini, kami bertuah kerana Ilaria dapat turut serta kerana beliau adalah bintang yang sudah mencipta nama bersama Hearts On Fire, serta bertanggungjawab dalam menghasilkan koleksi yang penuh inspirasi. Kami juga beruntung kerana dapat memberi peluang kepada pelanggan VIP kami mendengar pandangan Ilaria tentang berlian serta trend barang kemas berlian terkini.

Photo 3

“Pesta Berlian HABIB memberi peluang kepada kami untuk menampilkan kepakaran dan minat kami terhadap berlian dengan semua dan tahun ini adalah satu lagi mercu tanda kejayaan bagi kami.  Kami mahu pelanggan kami menggapai bintang di HABIB kerana berlian adalah bintang untuk setiap bulan April.” ulas Dato’ Meer.

Dengan pengalaman dan sejarah pembabitan selama lebih dari 56 tahun, HABIB telah membina reputasi yang dipercayai dalam industri barang kemas dengan rekaan dan hasil pertukangan bertaraf dunia. Kempen Pesta Berlian ini adalah bukti kepada reputasi baik tersebut di mana setiap tahun lebih ramai pelanggan yang tertarik dan hadir untuk membeli berlian berkualiti pada harga berpatutan.

“Kami berharap seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini dapat dijadikan platform untuk kami berkongsi pengetahuan serta memberi nasihat kepada para pelanggan tentang cara untuk membuat keputusan yang bijak ketika membeli berlian, samada sebagai aksesori mahupun pelaburan. Ini juga merupakan peluang terbaik untuk kami berinteraksi dengan pelanggan lebih dari sekadar urusniaga jual beli”, jelas Dato’ Meer lagi.

Photo 6

Pesta Berlian HABIB 2014 berlangsung dari 1 April 2014 hingga 30 April 2014 menawarkan pelbagai aktiviti promosi termasuk diskaun hingga 70% bagi barang kemas berlian dan permata. Disamping itu, para pelanggan juga boleh mengunjungi pameran dan jualan HABIB di ruang legar utama Bangsar Village II dari 3 – 13 April 2014 dan juga bilik pameran HABIB di Alamanda sempena jualan relokasi mulai sekarang hingga 22 April 2014 untuk mendapatkan tawaran hebat bagi barang kemas emas, berlian dan permata HABIB.

Jangan lepaskan peluang yang mempersonakan ini hanya di Pesta Berlian HABIB 2014 dari 1 April – 30 April 2014 di semua 32 bilik pameran HABIB di seluruh negara.

HABIB TRULY MALAYSIA Di Suria KLCC

Photo 1

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia.

Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang telah dilancarkan pada hari ini, dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis dan jelitawan tempatan, yang menjadi pelengkap kepada permata-permata berharga yang dipamerkan. Kehadiran artis dan jelitawan yang lengkap dengan pakaian tradisional yang menunjukkan kepelbagaian budaya di Malaysia, turut memperagakan koleksi HABIB, yang diinspirasikan oleh sumber flora dan fauna yang ada dalam negara ini.

Photo 2

Antara koleksi HABIB yang diperagakan oleh Yasmin Hani, Thanuja Ananthan, Lee Yvonne, Zara Zya, Kaka dan Hunny Madu adalah keronsang, cucuk sanggul dan tali pinggang traditional emas yang merupakan sebahagian daripada koleksi warisan kebanggaan HABIB. Koleksi tersebut,yang sesuai disarungkan dengan pakaian tradisional, telah mendapat sentuhan kontemporari untuk menemani koleksi klasik intan HABIB.

Pengarah urusan HABIB, Dato’ Meer Habib, berkata, “Suri    a KLCC merupakan salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia adalah lokasi yang amat strategik untuk Pameran danJualan ini dan memandangkan tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia, HABIB ingin mengambil peluang mempamerkan koleksi yang tidak dapat dilupakan kepada pelancong luar negara dan juga dalam negara menerusi koleksi barangan kemas emas dan permata yang unik.”

“Sebagai jenama yang telah membangun bersama Malaysia selama 56 tahun, HABIB berbangga untuk memainkan peranan dalam mempromosikan keindahan negara di mata dunia. Jika Malaysia adalah Negara yang melambangkan keunikan Asia atau seperti tema ‘Malaysia Truly Asia’, HABIB pula adalah jenama yang jelas mewakili keunikan Malaysia’ tambah Dato’ Meer lagi. Turut dipamerkan pada majlis pelancaran itu adalah replika emas bangunan kebanggan Negara iaitu  Menara Berkembar Petronas buatan HABIB.

Photo 3

“Replika emas tersebut, yang bersaiz 1/1000 daripada saiz sebenar yang diperbuat daripada emas, berlian dan permata adalah seberat 6 kg dinilai RM1 juta pada masa ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2001. Pada hari ini, replika ini dianggarkan mempunyai nilai yang mencecah sehingga RM 2 juta mengikut harga semasa emas. Ini menunjukkan, peningkatan nilai emas yang telah meningkat sebagai satu pelaburan yang masih relevan dan menguntungkan”. katanya.

Pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ di Suria KLCC ini menawarkan pelbagai diskaun istimewa dan tawaran menarik, termasuk diskaun sehingga 70% ke atas semua koleksi berlian dan batu permata akan berlangsung dari 26 Februari 2014 hingga 11 Mac 2014 ini akan di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.