Tag Archives: Hafidz Roshdi

Teater Lela Manja

LELA MANJA mengisahkan Lela dan Manja, dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan memaksa mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa diberi makan secukupnya. Pada ketika bapa mereka, Sang Naka belayar ke Pasai kerana perintah Sultan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Megat Sura. Perkara ini diketahui oleh Lela dan Manja.

Dang Suri mengugut Lela dan Manja supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Megat Sura terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Sang Naka. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Megat Sura telah membunuh bapa Sang Naka.

Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri ke sebatang sungai dan cuba menaiki perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.

Sultan memerintahkan Megat Sura dan Dang Suri dibunuh. Megat Komeng, anak kepada Megat Sura berdendam dengan Sultan walaupun bersahabat baik dengan Raja Muda (Tengku Dewa). Megat Komeng dan rakannya Panglima Harimau Berantai, berpakat penghulu-penghulu luak yang menyokong mereka untuk menyerang Istana.

Manja yang telah dewasa, mula terpengaruh dan menyangka Megat Komeng adalah di pihak yang benar. Manja bersama kekasihnya, Mawar, menyertai angkatan orang kampung untuk menakluki Istana setelah kemangkatan Sultan. Namun, Raja Muda yang sayangkan rakyatnya, telah melarikan diri ke hutan.

Manja dan Mawar masuk ke hutan, mencari dan memujuk Raja Muda untuk kembali ke istana demi menyelamatkan nyawa rakyat yang dikorbankan oleh Megat Komeng selagi dia tidak berjumpa dengan Raja Muda. Manja bertemu kembali dengan kakaknya Lela yang telah dipelihara oleh Sultan selama ini. Akhirnya Raja Muda bersetuju untuk kembali ke istana dan berlaku pertempuran. Megat Komeng terkorban. Lela dan Manja kembali hidup bersama dan negeri Gangga Negara kembali aman.

Teater Lela Manja_zpsvullqp8u

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 38.15, RM 80.55, RM 112.35, RM 165.35, RM 218.35 & RM 271.35

Setiap 2% dari pembelian ticket akan disumbangkan ke rumah kebajikan/sekolah anak-anak yatim yang terpilih.

Ticketing Hotline: +603 87754666
Online Booking: www.airasiaredtix.com

Ticket Outlets:

The Gardens, Mid Valley – +603 22014893
Subang Parade – +603 56131139
The Curve – +603 77331139
Bangsar Village – +603 22021139

Victoria Music Outlets:

Sg Wang – +603 21487208
Amcorp – +603 79560592
Tropicana – +603 77222955

Penang Outlets:

Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall

Istana Budaya, KL – +603 40265558

“Aku Pilih Kamu” Isi Slot Samarinda Bermula 3 Disember

“Aku Pilih Kamu” Isi Slot Samarinda Bermula 3 Disember | Di hari pernikahan, hatinya berkata, dengan nama Allah, dia tetap akan memilih Rizman, iaitu abang angkat yang terlalu membenci dirinya untuk menjadi imamnya. Demi Allah, Qasya tetap dengan pilihannya itu walaupun perlu berdepan dengan kebencian dari suaminya sendiri mahupun keluarga angkatnya.

Menyusuli “Dhia Sofea”, nantikan drama bersiri baharu “Aku Pilih Kamu” lakonan Hafidz Roshdi (Rizman), Dayana Roza (Qasya Azara), Fazreen Rafi (Adam), Ryzal Jaafar (Farouk), Elizad Sharifuddin (Nadiya), Sasqia (Isabel), Zila Bakarin (Datin Rosnaida), Arash Mohd. (Dato’ Mizal), dan Rahhim Omar (Tan Sri Zainal), setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam, bermula pada 3 Disember 2015. Drama bersiri 15 episod arahan oleh Zul Huzaimy Marzuki ini merupakan hasil nukilan skrip oleh Rozie Rashid.

Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.

Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Poster Aku Pilih Kamu

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? Saksikan “Aku Pilih Kamu” menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam bermula 3 Disember 2015.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.