Angka 30 tahun bukan satu tempoh yang singkat buat Haiza, penyanyi versatil tanah air yang kekal relevan sejak muncul dengan album sulung Dag Dig Dug… Mana Tahan pada tahun 1995. Kini, sebagai simbolik tiga dekad bertahan dalam industri hiburan Malaysia, Haiza melancarkan Dag Dig Dug 3.0 dengan susunan muzik lebih segar dan moden.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Rakaman semula ini dihasilkan di Bandung, Indonesia dengan kolaborasi bersama Dedi Abdul Kadir Nughra, Diki Suwarjiki (arranger) dan Ari Yujeng (mixing & mastering). Menariknya, versi baharu ini menggabungkan elemen koplo moden namun masih mengekalkan identiti dangdut yang sinonim dengan Haiza.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Menurut Haiza, idea merakam semula lagu popularnya tercetus daripada permintaan peminat dan rakan-rakan industri yang mahu mendengar versi vokal lebih matang seiring dengan perjalanan seninya.
“Saya bersyukur dapat meraikan tiga dekad dalam bidang seni. Dag Dig Dug 3.0 ini hadiah istimewa buat semua yang sentiasa menyokong saya sejak awal,” kata Haiza ketika majlis pelancaran di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Sambutan ulang tahun ke-30 Haiza turut dimeriahkan dengan tayangan dokumentari khas bertajuk 3 Dekad Dag Dig Dug Haiza yang boleh ditonton di YouTube Kool 101 mulai 21 Jun. Beberapa rakan strategik seperti Geo Resort & Hotel, Peterana Chenta, Alpha Sound & Light, FKZ Picture, NR Cosmetic, Adabi, Pop Meals, Super Coffee, By Qiss Bawal Exclusive Kuantan, Jaja Ishak Channel, dan NMR Sports turut bersama-sama menjayakan projek istimewa ini.
Haiza meraikan 30 tahun kerjaya seni
Untuk rekod, Dag Dig Dug 3.0 boleh dinikmati di semua platform digital bermula 20 Jun manakala video muzik rasmi ditayangkan menerusi YouTube Indigital Music.
TENTANG HAIZA
Dilahirkan di Benut, Pontian, Haiza memulakan kerjaya seni seawal usia 15 tahun melalui pertandingan Bintang Remaja RTM / Utusan pada 1993/1994. Meskipun tidak bergelar juara, bakatnya terus bersinar dengan pelbagai album, lakonan filem & drama, menjadi pengacara rancangan hiburan popular dan kini penyampai radio Kool 101.
Sempena persediaan menyambut Aidilfitri, Berqat Media Sdn Bhd dengan Kerjasama MARDI Corp menganjurkan Nostalgia Retro Raya yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April 2023 sehingga 16 April 2023 di Dewan D,MAEPS Serdang, Selangor.
Bertemakan ‘Menggamit Memori Indah’, acara 10 hari ini akan membawa anda mengimbau kembali suasana menyambut Aidilfitri di era 70, 80 dan 90an dengan pelbagai reruai jualan dan aktiviti menarik.
Lebih 60 peniaga akan menyertai acara ini yang menawarkan pilihan barangan, pakaian dan kuih-muih untuk para pengunjung membuat persediaan Aidilfitri.
Terdapat juga jualan oleh para artis dan selebriti yang turut memeriahkan sepanjang acara berlangsung , antaranya – Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin yang menjual pelbagai persiapan raya dari pakaian hingga kuih raya.
Nostalgia Retro Raya bukan sahaja menawarkan suasana yang menggamit memori, penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli belah, kemudahan awam yang baik seperti tandas , surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menawarkan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.
Apa yang pasti, Nostalgia Retro Raya mahukan pengunjung membeli belah dengan ceria dan selesa.
Sebuah konsert yang mengumpulkan penyanyi-penyanyi popular era 70an-90an dari pelbagai genre muzik bakal diadakan pada 28 September 2018 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Banquet Menara FELDA, Kuala Lumpur.Bersesuaian dengan dengan temanya, Konsert Fenomena D’POP bakal dijayakan oleh 9 artis popular dan terhebat tanah air seperti Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Amelina, Haiza, Zamani SLAM dan Siti Nordiana.
Konsert yang dianjurkan buat julung kalinya oleh syarikat pengurusan acara Wide Lane Event & Management itu, dijadualkan berlansung selama 3 jam tanpa henti bakal dan bakal di hoskan oleh penyampai radio Kool FM, Muaz. Peminat-peminat yang hadir pada malam tersebut bakal menikmati persembahan dari artis-artis pujaan mereka sambil menikmati hidangan makan malam eksklusif yang disediakan oleh pihak D’Saji. Selain dihiburkan, peminat-peminat bertuah yang membeli tiket untuk konsert pada malam itu bakal membawa pulang hadiah cabutan istimewa yang berupa tiket penerbangan ke destinasi-destinasi luar negara.
Menurut Pengarah Strategik Wide Lane Event & Management, Encik Rashid Ramli, pihaknya akan memastikan konsert pada malam tersebut berjalan lancar dan berjaya. Menurutnya lagi, sebahagian kutipan dari jualan tiket konsert pada malam itu akan disalurkan kepada tabung dana Majlis Kanser Malaysia (MAKNA).
Menepati kehendak ramai, eksklusif serta seiring dengan tujuan konsert ini diadakan bagi mengumpul dana bagi MAKNA, pihak Wide Lane Event & Management menawarkan pakej harga tiket yang berpatutan bermula dari RM1000 (Platinum), RM500 (Gold), RM300 (Silver) dan RM200 (Emerald). Tiket- tiket boleh di dapati mulai hari ini melalui wakil jualan di DEWAN KACH’e yang beralamat di No 36, Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-3977830 atau semak maklumat di :
Facebook: fenomenadpop
Instagram: @fenomenadpop
Twitter: fenomenadpop
Emel: fenomenaoiii.18@gmail.com
Stesen radio Kool FM telah memperkukuhkan barisan hadapan dengan kemasukan Andy Hakim atau pemilik nama sebenar Ishak Ibrahim yang berpengalaman dalam bidang penyiaran radio. Andy Hakim akan bergandingan bersama Liza dalam Petang Kool, segmen petang Isnin hingga Jumaat dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, manakala Muaz akan menerajui segmen Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool) bersama AG dan Haiza bermula Januari ini, Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pengurus Program Kool FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata “Barisan baharu ini diharap dapat memperkukuhkan lagi empayar stesen radio Kool FM itu sendiri sekali gus meletakkan ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan di dalam industri penyiaran radio di Malaysia”.
“Penambahan Andy Hakim serta pertukaran Muaz melengkapkan barisan yang sedia ada adalah antara strategi untuk menjadikan Kool FM sentiasa menjadi pilihan utama pendengar. Kami menerima maklum balas yang positif ketika menggandingkan mereka pada pertengahan Oktober lalu”
“Ini juga selaras dengan misi kami untuk terus tampil dengan pembaharuan dan perubahan serta memberi fokus utama yang meliputi muzik dan hiburan yang sejajar dengan sasaran pendengar di Kool FM,” tambahnya lagi.
Penyertaan Muazanazzudin Mohamed atau Muaz, pada Februari lalu yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi segmen Petang Kool bersama Liza, kini ditukarkan ke segmen PHD Kool. Sementara kehadiran Andy Hakim yang cukup sinonim kerana kepakaran tentang lagu dan filem Bollywood yang sebelum ini mengendalikan segmen Mega Hindi Kool FM, kini menggalas tugas bersama Liza di Petang Kool.
Selain itu, Kool FM turut membariskan AG, Haiza, Rea, Liza serta Ezaq. Barisan hadapan baharu ini akan memulakan tugas mereka secara rasmi bermula Januari ini.
Info lanjut :
WAKTU
SEGMEN
PENYAMPAI
6.00 pagi – 10.00 pagi
Pagi Hari di Kool
AG, Haiza dan Muaz
10.00 pagi – 3.00 petang
Muzik Kool Tanpa Henti
Rea
3.00 petang – 7.00 malam
Petang Kool
Liza dan Andy Hakim
8.00 malam -12.00 tengah malam
Malam Kool
Ezaq
Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Kool FM di Youtube : Kool TV / Instagram / Twitter : @koolfmmy / Facebook : Kool FM / Whatsapp : 017-276 5656.
Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama bakal mengegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.Konsert ini dianjurkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd.
Konsert ini bakal menampilkan gandingan artis-artis hebat seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Datu Ramli Sarip, Dato’ Nash, Dato’ Hattan, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Beto Kusyairy, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Vokal Bukan Sekadar Rupa, Kudeen 3 Juara dan Aniq Ceria Pop Star.Para pemuzik yang turut terlibat adalah seperti Edrie Hashim, Yan Lefthanded, Kudin Headwind, Sham Guitarist, Lola, Pae, Rodi Kristal, Hamzah Percussion, Fly dan Adi.
Tujuan konsert ini adalah bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.Ia juga untuk mengumpulkan persatuan-persatuan seperti Karyawan,Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak-anak seni yang tidak pernah berubah.Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid dari Kumpulan Search.
Harga tiket bermula daripada RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh dibeli melalui secara Online di website www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019-2932436 (Ejat) atau 019-2975260 (Sam).Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.