Tag Archives: HANNAH DELISHA

Bulan Bintang Melancarkan Pertunjukan Fesyen “Sedekad Menyinar” Sempena Ulang Tahun Ke-10

Bulan Bintang telah menganjurkan pertunjukan fesyen bertema “Sedekad Menyinar” pada 2 Februari 2025 di KL Convention Center, Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama fesyen tersebut. Pertunjukan ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) yang komprehensif untuk seisi keluarga.

Koleksi terbaru ini merangkumi baju melayu dengan tiga pilihan potongan – Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit – yang direka menggunakan kain yang lembut, ringan dan sejuk. Sebagai jenama yang mengutamakan inklusiviti, Bulan Bintang menawarkan saiz sehingga 8XL dengan pelbagai pilihan kurta. Untuk wanita dan kanak-kanak pula, koleksi pakaian raya sedondon ditawarkan dalam lebih 70 pilihan warna.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menyatakan rasa syukur atas perkembangan pesat jenama tersebut selama sedekad dalam pasaran yang kompetitif. Beliau mengatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia dan komitmen syarikat dalam penambahbaikan kualiti serta khidmat pelanggan.

Pertunjukan fesyen ini diserikan dengan kehadiran barisan selebriti ternama seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Turut hadir sebagai duta istimewa ialah Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Pandangan Para Duta Jenam

Datuk Rosyam Nor, sebagai selebriti kelas A, memilih Bulan Bintang kerana tertarik dengan perkembangan jenama ini selama 10 tahun. “Bulan Bintang bukan sekadar terkenal seluruh Malaysia, tapi saya tertarik dengan usaha penambahbaikan selama 10 tahun ini. Tahun ini pula, Bulan Bintang memperkenalkan koleksi baharu yang lebih berkualiti, design modern dan klasik yang tidak menjejaskan nilai baju melayu,” kata beliau.

Shukri Yahaya, yang telah berkhidmat sebagai Duta Senior selama 5 tahun, memuji idea-idea kreatif dan asli Bulan Bintang. Beliau menekankan komitmen jenama dalam perkhidmatan pelanggan yang beroperasi 24/7.

Datuk Remy Ishak, yang kini memasuki tahun kedua sebagai duta, berkongsi bahawa beliau amat selektif dalam pemilihan jenama yang diwakilinya. “Sebelum saya setuju dengan Bulan Bintang, team mereka perlu hantar semua sample produk untuk saya teliti dahulu kualitinya dan saya nak tahu apa inisiatif mereka untuk memasarkan baju melayu ni,” jelas beliau.

Nadhir dan Mierul, dua personaliti yang dipilih menjadi duta jenama, berkongsi pandangan unik mereka tentang kerjasama dengan Bulan Bintang. Menurut mereka, pemilihan untuk menjadi duta Bulan Bintang adalah keputusan yang tepat kerana jenama ini sentiasa menghasilkan karya yang unik dan berbeza setiap tahun. “Beza Bulan Bintang dengan jenama lain adalah pada karya yang unik setiap tahun. Taklah mengulang benda sama je setiap tahun. Fabric yang digunakan pun bertukar setiap tahun, pilihan warna, cutting, inklusiviti sentiasa ditambah baik setiap tahun. Karya Bulan Bintang ni fresh, modern, nafas baru tapi masih original baju melayu, tak merepek,” jelas mereka.

Syafiq Kyle, yang dikenali sebagai muka ‘rare’ dalam arena duta jenama fesyen, menyatakan kekagumannya terhadap skala kerja Bulan Bintang dan komitmen mereka kepada pembeli. “Takdelah orang cakap ‘founder je yang kaya beli kereta’ kan? Bulan Bintang bagi berpuluh buah kereta pada pembeli! Sampai RM10 juta dibelanjakan untuk hadiah tahun ni,” tambah beliau.

Johan Ghazali, sebagai satu-satunya fighter dalam barisan duta, menjelaskan kepentingan baju melayu dalam kerjayanya sebagai wakil Malaysia di arena antarabangsa. “Setiap kali saya ada fight, saya mewakili negara saya, Malaysia. Secara tak langsung, saya akan mempromosikan negara dan budaya orang Malaysia di luar sana sampai ke US,” ujar beliau.

Hannah Delisha, yang mewakili Bulan Bintang Sisters, memuji evolusi koleksi raya tahun ini yang lebih segar dan kontemporari. “Design Bulan Bintang Sisters tahun ini dibuat untuk tak limitkan untuk dipakai pada hari raya je, sesuai untuk pelbagai majlis. Selain itu, design yang sama akan ada juga pilihan untuk ‘kids’ atau kanak-kanak dan warna yang ditawarkan semuanya ada padanan warna untuk baju melayu,” jelasnya.

Hadiah dan Promosi Istimewa

Sempena ulang tahun ke-10, Bulan Bintang menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM10 juta melalui kolaborasi dengan pelbagai jenama terkemuka. Antaranya termasuk 1kg jongkong emas dari GB Gold, tiket penerbangan percuma setahun dari AirAsia, wang tunai RM150,000 dari Hausboom, pakej haji dan umrah dari Tabung Haji dan Kahf, serta 120,000 voucher dari Tealive.

Turut diumumkan adalah pemenang pertandingan Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun dari kalangan orang awam. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian juri dan penonton yang hadir.

Koleksi Raya Sedekad Menyinar boleh didapati di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan platform TikTok sebagai rakan kerjasama strategik. Penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi. Azzim mensasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini.

HANNAH DELISHA Dilantik Sebagai Duta ELEGANT COSMETICS

Elegant Cosmetics yang merupakan antara jenama yang menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat Malaysia saban hari kini telah melantik Hannah Delisha secara rasmi sebagai Duta Elegant Cosmetics diwakili oleh pengasas Dato’ Al Amin serta pengasas bersama Tuan Fitri Khai yang juga merupakan penaja utama Drama Hangat karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan juga oleh Hannah Delisha sebagai watak utama drama tersebut di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. Visi – Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. Misi – Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya. Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysai, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Elegant Cosmetics yang juga telah melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu “Elegant Age Defiance Oilet Serum” atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan ” Adenosine” dan “Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract” atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu “Oilet Bubble” atau “Oil-Infused Water” dengan 3 warna yang berbeza iaitu “Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C” yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit. Jarang kita dengan tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.

Sehubungan dengan itu, menjadi satu kejayaan baharu lagi buat pihak Elegant Cosmetics yang sejurus menyambut ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang ke-3 tahun di pasaran semalam disambut baik yang dirasmikan oleh Pengasas Dato’ Al Amin dan Pengasas bersama Tuan Fitri Khai semalam. Berikut juga yang menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran yang bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka. Pada tahun 2023 ini Elegant Cosmetics juga menjadi penaja utama rancangan Final Konsert Famili Duo 2023 dan turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.

Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.

Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq , Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.