Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Bakal menghangatkan pentas Sunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 Februari 2020 jam 10.30pm
Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telah ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotai oleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekan muzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso. Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran “King of Stage”.
Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini, XPDC akan membuat persembahan istimewa dalam 2 segmen untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti HambaAbdi, Ntahapapantah, Penyakit Gatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + Hentian Ini + Aku & Sesuatu – Medley Slow Ballads, Hidup Bersama, Kabus Semalam, Senapang Patah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang Hilang. Dengan harga tiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. Untuk sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.
Para peminat muzik tanah air khasnya peminat irama rock dan ekstrim metal tempatan berpeluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yang kini sering meniti di bibir para peminat yang dahagakan persembahan hebat mereka.. Sofea/SYJ, Suffercation dan Farasu bakal disatukan di atas satu platform di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini.
Ianya merupakan konsert yang dianjurkan khas oleh Garam Gula Production untuk menyatukan ketiga-tiga jentera yang rata-rata mempunyai fanatika tersendiri. Kegemilangan kumpulan Sofea/SYJ yang cukup dikenali di pentas arena muzik tempatan satu ketika dahulu pastinya bakal mengimbau nostalgia buat peminat yang membesar dengan alunan lagu-lagu daripada Sofea/SYJ. Mereka pernah hadir dengan lima buah album iaitu Kembali (1987), Anak Liar (1988), Boneka Pentas (1989), Khudrat (1990) dan Mimpi & Airmata (1992).
Sofea
Sofea/SYJ yang pernah mendapat jolokan ‘Motley Crue Malaysia’ juga sukar dilupakan oleh pelbagai syarikat rakaman malah ramai yang masih berminat untuk menerbitkan album baru selepas lebih 20 tahun mereka tidak muncul dengan sebarang lagu mahupun album baru.
Sofea/SYJ kini dianggotai oleh Amir (vokalis), Man Rani (bass), Shamil (dram) dan Sham (gitar) adalah individu yang cukup luas pengalaman muzik dalam bidang masing-masing. Kumpulan yang pernah popular dengan lagu seperti Debu Khayalan, Hujan, Kembali, Orang Timur dan Anak Liar ini mula diperkenalkan dalam album kompilasi dan konsert bergerak Battle of the Bands pada tahun 1985.
“Kami cukup teruja kerana diberi peluang dan ruang untuk tampil di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, malah kami berjanji untuk memberikan sesuatu yang cukup istimewa untuk peminat yang tidak pernah jemu untuk menyokong perjuangan kami”, ujar Amir selaku vokalis kumpulanSofea/SYJ.
“Apa yang lebih membanggakan showcase di HRC Kuala Lumpur ini turut menampilkan 2 buah kumpulan yang berlainan genre dengan konsep yang berbeza. Ianya sedikit sebanyak bakal mempengaruhi persembahan kami. Pastinya dengan genre yang berlainan serta penggemar yang berbeza akan mengoptimumkan persembahan kami nanti”, tambahnya.
Jika sebelum ini pentas Hard Rock Café Melaka pernah di digegarkan oleh kumpulan Farasu dan Suffercation. Namun atas permintaan peminat yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan mereka tempohari maka pihak penganjur sekali lagi membariskan Farasu dan Suffercation untuk beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
Farasu yang bermula pada penghujung tahun 2002, ditunjangi oleh Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin tampil dengan album pertama yang berjudul “Menongkah Arus” (2010). Album yang bernadikan eastern metal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penggemar muzik berat tempatan. Album kedua “Against Tyranny” telah diterbitkan pada tahun 2015 terus membuka ruang dan peluang buat Farasu untuk pergi lebih jauh.
Farasu
“Sebelum ini kami cukup teruja kerana dapat beraksi Hard Rock Café Melaka malah keterujaan itu terus menyemarakkan semangat kami untuk tampil dengan semangat yang lebih jitu di Hard Rock Café Kuala Lumpur nanti”, ujar Nahak
“Kami akan memberikan kelainan untuk persembahan di Hard Rock Café Kuala Lumpur nanti, apatah lagi kami dapat beraksi dengan 2 lagi jenama hebat yang ternyata cukup dikenali di persada muzik bawah tanah amnya dan industri muzik rock khasnya”.
Bagi peminat muzik underground sudah tentu anda mengenali nama Suffercation. Penyatuan anggota asal kumpulan Suffercation pastinya sentiasa dinantikan oleh penggemarnya. Jeff, Ly, Rob, Wan Kamal dan Loli adalah tulang belakang yang memantapkan muzik Suffercation itu sendiri. Album pertama “Day Of Darkness” keluaran Valentine Sound Production pada tahun 1992 sentiasa menjadi bualan peminat dari dulu sehingga kini.
Setiap album yang dilahirkan pastinya menjadi bualan serta tampil dengan konsep yang berlainan. Malah ada di kalangan peminat yang memberi reaksi negatif apabila Suffercation tampil dengan album melayu yang di lihat cukup bertentangan dengan konsep Suffercation itu sendiri.
Suffercation
Sehingga kini Suffercation telah hadir dengan 6 buah album, Day Of Darkness, Cryptic Existence, In Sufferance, Karisma..Rialiti..Abadi.., Pendekar dan As We Breathe..
Farasu, Suffercation dan Sofea/SYJ bakal di satukan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini. Dengan tiket serendah RM60.00 anda bakal disajikan dengan santapan muzik yang sentiasa malar segar seraya mengembalikan nostalgia sewaktu anda membesar dengan muzik-muzik mereka. Showcase eksklusif ini akan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang.
Pastikan janji temu anda bersama mereka, sebarang pertanyaan boleh hubungi Hard Rock Café Kuala Lumpur di talian 03-2715 5555atau datang sendiri ke Hard Rock Café Kuala Lumpur. Bagi peminat setia Sofea/SYJ anda boleh lawati fb:www.facebook.com/sjy@sofeafanclub.Sofea untuk mengetahui informasi terkini.
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR THINKS OUTSIDE OF THE BOX WITH NEW ROCKBOX GIVEAWAY
A brand new electric guitar? Check. Epic stay at an all-inclusive Hard Rock property? Of course! Guests now have tons of chances to win every day at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. As part of the new ROCKBOX promotion, starting on Monday April 4 through Sunday, May 15, two lucky winners at Hard Rock Café Kuala Lumpur will be chosen daily to receive a ROCKBOX — a sleek, black Hard Rock box filled with exciting prizes. To win big, fans can visit Hard Rock Cafe Kuala Lumpur or hardrockbox.com to receive a special code to get in on the fun.
ROCKBOX prizes are available to both in cafe guests and those entering online –prizes are delivered instantly to their table at the cafe or to the winner’s home address. Prizing options include:
ROCKBOX – Two boxes a day at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur will be awarded to guests, which include a ROCKBOX T-shirt and Hard Rock gear.
Epic ROCKBOX – One box at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur will be given away during the length of the promotion, which includes an Electric Fender Guitar, two Hard Rock bathrobes, queen sheet set, two beach towels, jet-set scarf, picture frame and two golf polos – one male and one female.
Legendary ROCKBOX – Five lucky winners throughout the promotion will receive an all-inclusive, six-night getaway for two at a Hard Rock Hotel property of their choice, as well as an additional USD$1,500 (RM 6,000) spending money Total value of USD$15,000 (RM 60,000) – all for visiting Hard Rock Cafe Kuala Lumpur!
“Our guests want interactive and shareable experiences, with that in mind we’ve created the ROCKBOX promotion to take Hard Rock’s immersive dining experience beyond our four walls,” said Antonio Bautista, SVP of Franchise Cafe Development & Operations for Hard Rock International. “The ROCKBOX program gives fans the opportunity to engage with us in cafe or from their homes. This is our way of rewarding them for their passion for our brand.”
For more information, guests can stop by Hard Rock Cafe Kuala Lumpur or visit us at www.hardrockbox.com now through May 15 for a chance to win.
Must be 18-years-or-older to enter; ROCKBOX promotion is not open to cafes located in, or residents from the U.S., Russia or Canada and other select markets: refer to full rules & regulations online at www.hardrockbox.com