Tag Archives: Indah Ruhaila

Video Muzik Rasmi Single Terbaru Indah Ruhaila Berjudul “PUDAR” Dilancarkan Malam Ini

Hampir dua tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi wanita bersuara mantap, Indah Ruhaila muncul dengan dengan single terbaharunya berjudul “Pudar”. Single terbaharunya ini turut diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri ‘Nur 2’, sebuah karya susulan kepada drama bersiri ‘Nur’ yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun lepas apabila mencapai rating tertinggi sebanyak 13 juta tontonan di TV3. Drama 15-episod lakonan pelakon-pelakon utama, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak 2 April 2019.

Sempena pelancaran video muzik rasmi “Pudar” malam ini, Indah bakal tampil dalam sebuah persembahan akustik istimewa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music Videos mulai jam 8 malam ini. Penonton bakal disajikan dengan  persembahan akustik istimewa 5-lagu diselangi dengan sesi soal jawab bersama penyanyi yang mesra disapa sebagai Indah ini dalam menyorot kembali sejarah kerjaya seninya. Video muzik rasmi “Pudar” bakal dilancarkan secara rasmi tepat jam 9 malam ini dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

“Pudar” merupakan single pertama penyanyi bervokal mantap ini di di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Kali terakhir graduan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) ini menerbitkan single pada tahun 2017 menerusi lagu ‘Kau Yang Satu’ yang pernah menjadi lagu OST untuk sebuah filem dengan judul yang sama. Sebelum ini, Indah pernah popular dengan lagu hits ‘Percayalah’ yang membawanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2015. Indah juga popular dengan lagu hit ‘Semua Untuk Cinta’ hasil ciptaan gandingan komposer hebat, Hael & Ezra Kong yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Lagu terbaru berentak balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan. Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik yang digarap penuh dinamik.  Disulam pula dengan bait-bait lirik yang mengangkat tema harapan yang disandarkan semakin menghilang, berjaya menambahkan lagi unsur melankolik ke dalam lagu ini. Diberi pula jiwa menerusi nyanyian penuh penghayatan dalam setiap hela nafas vokal mantap Indah sekaligus melengkapkan lagi “Pudar” sebagai sebuah karya yang bakal menjentik hati pendengar.

Baru sahaja dilancarkan pada 29 Mac lalu, “Pudar” sudah pun berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar striming muzik Joox. Mengulas tentang sambutan memberangsangkan peminat muzik tempatan dan penonton drama ‘Nur 2’, Indah berkata, “Alhamdulillah. Saya terharu dengan reaksi positif semua pihak. Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini. Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama ‘Nur’ edisi pertama. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini”.

Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu  Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut. Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,” ulas Indah tentang komen peminat yang menyifatkan persembahannya dalam lagu “Pudar” ini berjaya meninggalkan kesan kepada pendengar.

“Pudar”  merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 29 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi “Pudar” boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 8 APRIL 2019 jam 9 malam.

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)