Tag Archives: KFC Malaysia

ZINGER DOUBLE DOWN Kembali…

KFC Double Down ‘semua isi, tanpa roti’ kini kembali sekali lagi atas permintaan ramai! Kali ini nikmati kelazatan dan keenakan berganda dengan pengenalan Cheezilla Double Down baharu yang akan dilancarkan esok bersama satu-satunya Zinger Double Down. Konsep luar biasa ‘semua isi, tanpa roti’ Zinger Double Down ini tidak perlu diperkenalkan lagi. 100% daging ayam dalam setiap gigitan yang menjanjikan 100% rasa hebat dengan dua filet Zinger Hot & Spicy yang mengapit kepingan ayam rangup, kepingan keju, mayonis dan curahan sos keju jalapeno.

KFC Zinger Double Down & Cheezilla Double Down

Cheezilla Double Down gergasi baharu menjanjikan keenakan dalam setiap suapan. Burger ini sememangnya salah satu hidangan unik KFC: lazat, tanpa roti dan disempurnakan dengan patty keju mozarella yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju dan lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal. “Salah satu ciptaan KFC yang tersendiri, Double Down kini kembali dengan lebih gah untuk peminat kami yang telah lama menunggu kemunculan burger hebat tanpa roti ini. Zinger Double Down ikonik pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 dan ia tidak pernah mengecewakan peminat setiap kali dibawa kembali. Kami teruja dengan pelancaran kali ini kerana peminat bakal meraih kelazatan berganda dengan Double Down! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Cheezilla Double Down baharu bersama Zinger Double Down, dicipta khas untuk kepuasan dalam hidangan anda,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.


Kedua-dua Double Down boleh didapati secara A la carte, Kombo atau Box Meal bermula esok di seluruh restoran KFC Semenanjung Malaysia sahaja, sementara stok masih ada. Dapatkannya secara mudah dan selamat melalui KFC Delivery, Self-collect dan Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

KFC Zinger Rice Wrap

pic 1KFC Malaysia kini menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang sentiasa menginginkan cara yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. Memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan di mana jua pada bila-bila masa, dengan harga yang sungguh menjimatkan, RM4.90!

“Produk terbaru ini adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan, KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan yang lazat dan sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Produk ini dicipta khas untuk remaja dan golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu yang enak dan mudah dimakan,” tambahnya.KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

pic 2Ahmad Taufek juga menyatakan bahawa produk ini “mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Protein daripada kepingan Zinger lazat kami, nasi Colonel untuk karbohidrat dan sayur-sayuran segar, kesemuanya dibungkus bersama menjadikan ia pilihan makan yang lazat pada bila-bila masa!”

Dengan harga yang tiada tandingan, KFC Zinger Rice Wrap semestinya satu sajian yang amat menjimatkan. Bagi mereka yang gemarkan hidangan yang lebih boleh memilih kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada harga hanya RM7.80 (harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi).

pic 3Selaras dengan promosi ini, KFC dengan kerjasama Fly & One FM juga akan melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Peminat KFC digalakkan untuk mengepos gambar ‘riak wajah kecewa’ mereka kerana tidak sempat makan tengah hari akibat jadual sibuk mereka, dan hashtag (#) gambar-gambar dengan kapsyen tersebut. Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan stesen-stesen radio tersebut.

KFC Zinger Rice Wrap boleh didapati bermula dari 5 Mac, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my