Tag Archives: Kilafairy

“Lipsmate keluaran UFORA rasa seperti tidak memakai lipstik” – Kilafairy

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipstik dan blusher.

Menurutnya, apabila diberikan lipstik keluaran UFORA, dia mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.”Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.”Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.”Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya.

Menurutnya tekstur lipstik ini yang lembut sememangnya tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.”Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik UFORA.”Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Dua tahun lalu Kilafairy tampil dengan jualan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit.Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.Sebagai public figure, Kilafairy turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Ini mencetuskan antara dia dan pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.”Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.”Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.”Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

Tambahnya lagi, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.”Apapun produknya memang meletup dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu.”Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan.Buat masa ini kami akan ‘test market’ terlebih dahulu.”Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun yang bekerja secara profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.”Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah push produk ini untuk bagi orang cuba, orang suka dan beli.”Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan,” katanya.

Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di buat secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ pada jam 9 malam Sabtu (13 Februari).Mengulas perkembangan seninya, Kilafairy akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.”Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.”Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain.Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya.”Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.”Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya yang sudah 10 tahun mengenali pemuda ini.

Kilafairy Temui Cinta Sejati Di Agra

babak romantis

Tanpa ada gosip yang bertiup kencang benarkah pelakon cantik Kilafairy khabarnya sudah menemui cinta sejatinya? Tetapi betulkah jejaka pilihannya itu berada jauh nun di negara India? Namun semua ini hakikatnya hanya berlaku dalam sebuah drama bersiri terbaharu bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Cinta Agra” di TV2.

Mengisi slot Galeri Famili mulai 17 Mac depan, setiap Isnin – Rabu, pukul 2.30 petang, drama konflik cinta tiga segi ini turut menampilkan pelakon Shah Iskandar, Narenth Rao, Ezzaty Abdullah, Hairi Safwan dan Raja Ema.

13 episod drama bersiri arahan Jamal Khan bertemakan Bollywood yang membabitkan lokasi di sekitar New Delhi dan Kashmir, India ini mengetengahkan watak gadis bernama Aleeya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta kemewahan oleh ibu bapanya Dato Hafiz dan Datin Marlia. Oleh kerana terlalu sayang semua kehendak Aleeya diturutkan. Dato Hafiz adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan pembinaan yang terkenal di Malaysia. Oleh kerana kesibukan Datin Marlia dengan perniagaannya menyebabkan Dato Hafiz mempunyai seorang kekasih yang bernama Iza tanpa pengetahuan orang lain.

Aleeya masih menuntut di sebuah kolej terkenal di Ibu Kota di dalam bidang Pengurusan Perniagaan bersahabat baik dengan dua orang teman baik di kolej iaitu Nadya dan Sem. Aleeya kerap berkunjung di rumah Nadya dan Sem begitu juga dengan Sem dan Nadya kerana kedua orang tua Nadya dan Sem juga sibuk dengan kerja.

pelakon di lokasi

Dato Hafiz mempunyai seorang rakan kongsi bernama Dato Zakuan yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Aril. Aril seorang yang suka berfoya-foya dan tidak mahu membantu di dalam menguruskan syarikat ayahnya. Selepas tamat pelajaran dari Amerika. Aril lebih suka menghabiskan masa dengan berhibur dan melepak dengan kawan-kawannya di kelab malam.

Ketika Dato Hafiz dan Dato Zakuan keluar untuk bermain golf, Dato Zakuan telah memberitahu masalahnya mengenai Aril kepada Dato Hafiz. Dato Hafiz mencadangkan agar Dato Zakuan membawa Aril ke syarikatnya dan membenarkan Aril bekerja di syarikatnya buat sementara waktu. Dato Zakuan bersetuju dan berharap dengan cara ini dapat mengubah perangai Aril.

Aril yang pada mulanya tidak berminat dengan tawaran itu akhirnya berubah fikiran setelah melihat Aleeya yang datang ke pejabat untuk berjumpa dengan ayahnya. Aril berpura-pura fokus terhadap kerjanya bila di depan Dato Hafiz. Dato Hafiz tidak perasan tindakan Aril adalah semata-mata hendak memikat Aleeya. Dato Hafiz dan Dato Zakuan amat gembira dengan perubahan Aril dan dalam diam mereka mula mengaturkan rancangan untuk menyatukan kedua-dua anak mereka iaitu Aril dan Aleeya. Selepas pulang dari pejabat tanpa pengetahuan Dato Zakuan. Aril kembali kepada perangai lamanya suka berpoya-poya dan menghabiskan masa dengan perempuan.

Aleeya terdengar perbualan antara Dato Hafiz dan Datin Marlia mengenai rancangan mereka untuk menyatukan Aleeya dan Aril. Aleeya mula memikirkan bagaimana cara untuk menghalang rancangan Dato Hafiz dan Datin Marlia. Aleeya telah meminta pendapat dengan Nadya dan Sem.

pelakon drama ini

Cuti semester telah bermula. Aleeya, Nadya dan Sem telah membuat rancangan untuk pergi bercuti. Setelah lama berfikir mereka telah bersepakat untuk pergi ke India. Mereka begitu gembira apabila sampai di sana dan telah meminta pihak hotel untuk menyediakan seorang pemandu pelancong bagi membawa mereka pusing-pusing India.

Mereka diperkenalkan dengan seorang pemandu pelancong bernama Syameer yang berasal dari Malaysia. pelbagai insiden berlaku yang kemudiannya membuatkan berputik rasa cinta dalam diri Syameer terhadap Aleeya. Namun di sebalik itu dia menyedari kekurangan diri dan perbezaan agama dan taraf hidup mereka ibarat langit dengan bumi.

Hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Aleeya. Sebaliknya mereka mengaturkan mahu mempercepatkan pernikahan Aleeya dengan Aril. Aril pula mula menunjukkan belangnya bila Aleeya terang-terangan menolak cintanya dan mahu mengambil kesempatan terhadap gadis itu.

Lalu berjayakah cinta Aleeya dan Syameer bersatu? Bagaimana pula dengan nasib Aril yang bersembunyi di sebalik kebaikan sedangkan hakikatnya dirinya tidak sebaik yang disangka.