Tag Archives: konsert Malaysia 2025

AFGAN KEMBALI DENGAN ‘RETROSPEKTIF SHOWCASE’ DI ZEPP KL 2025


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, akan menghiburkan peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur

Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album baharu Retrospektif, yang mencerminkan perjalanan hidup dan kerjaya Afgan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

MAKNA ‘RETROSPEKTIF’ & ARAH MUZIK

Afgan menyifatkan “retrospektif” sebagai momen melihat kembali masa lalu untuk terus berkembang sebagai insan yang lebih baik. 

Album ini juga album penuh bahasa Indonesia pertama beliau selepas tujuh tahun, menandakan “comeback” ke Indonesian Pop yang membesarkan namanya. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

“MALAYSIA RUMAH KEDUA” & PEMILIHAN LOKASI

Afgan menegaskan Malaysia sangat istimewa dengan sokongan peminat yang luar biasa, justeru memilih Kuala Lumpur untuk berkongsi perjalanan baharunya ini. 

Zepp Kuala Lumpur dipilih bagi mencipta suasana kasual dan intim, seiring muzik album yang lebih organik dan “raw”. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

APA YANG BOLEH DIJANGKA DI SHOWCASE

Peminat akan menikmati perdana langsung lagu-lagu baharu Retrospektif dengan susunan asal, di samping rangkaian lagu popular Afgan. 

Afgan berjanji memberi persembahan terbaik agar setiap lagu meninggalkan memori bermakna buat peminat Malaysia. 

TIKET & PENGANJUR

Showcase ini dianjurkan oleh Renjana Idea, yang menyifatkannya sebagai refleksi perjalanan seni Afgan untuk peminat setia. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

Jualan tiket bermula 1 Oktober di laman GoLive Asia, dengan harga: RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing), RM358 (General Standing)

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi Renjana Idea

POP UP MUZIK 2025 SATUKAN ARMADA DAN BATAS SENJA DI KUALA LUMPUR



Kuala Lumpur, 11 September 2025 – Konsert Pop Up Muzik 2025 bakal menggegarkan ibu kota dengan persembahan istimewa dari Armada dan Batas Senja. Acara ini dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2025, menjanjikan sebuah malam yang bukan sekadar konsert, tetapi juga pengalaman intim bersama artis kegemaran.

Pop Up Muzik 2025 Armada dan Batas Senja Zepp Kuala Lumpur

Dianjurkan oleh Hype Live bersama Black Sky Enterprise, Pop Up Muzik muncul sebagai platform penghubung budaya muzik rentas negara. Menerusi edisi perdana ini, peminat berpeluang menikmati persembahan artis Asia secara lebih dekat melalui sesi Meet & Greet serta peluang bergambar eksklusif.


ARMADA DAN BATAS SENJA TARIKAN UTAMA

Band popular Indonesia, Armada, bakal membawakan lagu malar segar seperti Asal Kau Bahagia dan Pergi Pagi Pulang Pagi yang pasti mengundang nyanyian bersama. Tidak ketinggalan, kumpulan Batas Senja tampil dengan karya penuh emosi seperti Nanti Kita Seperti Ini dan Menceritakanmu yang kian mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Pop Up Muzik 2025 Armada dan Batas Senja Zepp Kuala Lumpur

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hype Live, Dipta, konsert ini diwujudkan untuk memenuhi kerinduan peminat tempatan yang ingin berinteraksi secara lebih dekat dengan artis luar negara.


PENGALAMAN MUZIK LINTAS NEGARA

Bagi wakil Black Sky, Willy Dozan, gabungan dua band ini adalah percaturan berani yang diyakini akan mencetuskan memori manis buat semua pengunjung. Pop Up Muzik hadir bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai pengalaman komuniti muzik yang lebih personal, interaktif dan penuh makna.

Pop Up Muzik 2025 Armada dan Batas Senja Zepp Kuala Lumpur

Dengan kombinasi artis hebat, Pop Up Muzik 2025 bakal mengukuhkan lagi hubungan budaya antara Indonesia dan Malaysia.


INFO LENGKAP & TIKET RASMI

📍 Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

📅 Tarikh: 17 Oktober 2025

🕢 Masa: 7.30 malam (Pintu dibuka)

🎶 Lineup: Armada & Batas Senja

🎟️ Tiket Rasmi: hypelive-my.tixr.com/POPUPMUZIK

Tiket kini sudah mula dijual. Rebut peluang untuk jadi sebahagian daripada malam magis yang menyatukan ribuan peminat muzik Asia di Kuala Lumpur.

SEKAI NO OWARI Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Oktober Ini!

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Buat julung kalinya, kumpulan muzik popular dari Jepun, SEKAI NO OWARI, akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi SEKAI NO OWARI ASIA TOUR 2025「Phoenix」in KUALA LUMPUR yang dijadual berlangsung pada 8 Oktober 2025, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini dibawakan khas oleh iMe Malaysia, menjanjikan pengalaman audio visual yang luar biasa kepada para peminat tempatan yang telah lama menantikan kehadiran kumpulan unik ini.

Sejak kemunculan sulung mereka pada tahun 2010, SEKAI NO OWARI yang terdiri daripada Fukase (vokalis), Nakajin (gitaris & komposer), Saori (pianis), dan DJ LOVE (DJ), telah menawan hati pendengar dengan gaya muzik mereka yang puitis dan penuh imaginasi. Persembahan mereka sering dihiasi dengan visual pentas imersif serta lirik yang menyentuh perasaan, menjadikan setiap persembahan seperti dunia fantasi yang hidup.

Antara lagu hits mereka termasuklah ‘RPG’, ‘Starlight Parade’, ‘Habit’ dan ‘Dragon Night’ yang bukan sahaja meletup di carta muzik Jepun, malah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kumpulan ini turut pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti Clean Bandit dan Owl City, sekaligus mengukuhkan reputasi mereka di pentas global.

Konsert ini merupakan penampilan pertama SEKAI NO OWARI di Malaysia, dan pasti menjadi detik bersejarah buat peminat mereka di sini. Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk merasai sendiri magis muzik mereka secara langsung!

Harga tiket konsert SEKAI NO OWARI ASIA TOUR 2025「Phoenix」in KUALA LUMPUR adalah seperti berikut:

  • VIP BOX (untuk 8 orang) – RM4,624
  • PS1 (Berdiri) – RM658
  • PS2 (Duduk) – RM458
  • PS3 (Duduk) – RM358
    Semua harga belum termasuk caj pemprosesan RM4 dan SST 8%.

Tiket akan mula dijual pada Rabu, 23 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari melalui platform rasmi:

Peminat dinasihatkan untuk membeli tiket hanya melalui saluran rasmi bagi mengelakkan penipuan.

Maklumat lanjut dan pengumuman terkini boleh diikuti melalui saluran rasmi iMe Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, X, YouTube dan XiaoHongShu.

ART OF SPEED 2025 BAKAL GEGARKAN MAEPS SERDANG PADA 26 & 27 JULAI

KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2025 – Festival tahunan terbesar negara yang meraikan budaya Kustom Kulture dan gaya hidup alternatif, Art of Speed 2025, bakal kembali menemui peminatnya pada 26 dan 27 Julai ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Acara yang telah menjadi penanda aras dalam kalendar automotif dan seni jalanan ini menjanjikan pengalaman luar biasa sepanjang dua hari penganjurannya.

Dengan keluasan dewan tertutup 452,084 kaki persegi serta kawasan luar seluas 320 ekar, penganjuran tahun ini tampil dengan lebih banyak segmen, lebih ramai tetamu antarabangsa serta kolaborasi menarik yang menjadikan AOS 2025 lebih meriah. Antara nama besar yang bakal hadir termasuk Shige Suganuma dan Wildman dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey dari Hot Wheels Amerika Syarikat, serta pembina kustom terkenal seperti Yuichi Yoshizawa, Ben Forster dan Masa Sugihara. Mereka akan mempamerkan motosikal modifikasi khas seperti BMW R18 “Ground 0”, Harley-Davidson Knucklehead, serta Flathead Kustom yang belum pernah dilihat sebelum ini di Malaysia.

selebritionline portal hiburan

AOS 2025 turut memperkenalkan segmen baharu dinamakan World of Wheels (WOW) hasil kerjasama dengan MotorTakaful.com, membawakan persembahan “Show & Shine” lebih eksklusif dan pengalaman fotografi profesional kepada pemilik kereta serta motosikal. Di samping itu, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti dari luar negara, antaranya “BEETLE BATTLE” bersama Volkswagen Beetle Club Indonesia, dan Collectible Alley yang mengetengahkan jualan barangan diecast serta koleksi edisi terhad.

Tahun ini juga menyaksikan kolaborasi eksklusif seperti Art of Speed x Hot Wheels, Art of Speed x High Cultured, dan Art of Speed x MOONEYES bersempena ulang tahun ke-10 kerjasama mereka. Dalam masa yang sama, AOS 2025 akan menjadi tuan rumah kepada edisi ketiga Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM), yang bakal menghimpunkan kolektor dari seluruh rantau dengan aktiviti seperti zon aktivasi, pameran koleksi langka, sesi jual beli, serta pertandingan kustom Hot Wheels.

selebritionline portal hiburan

Bagi peminat muzik pula, suasana festival tahun ini bakal digegarkan dengan SoundCircus Takeover yang akan berlangsung di Dewan A sepanjang dua hari. Barisan artis terkenal seperti Noh Salleh, Ruffedge, Romantic Echoes, Luqman Podolski, Sabda Alam, Chronicalz dan ramai lagi bakal menghiburkan pengunjung dengan persembahan secara langsung. Elemen gaya hidup turut diserlahkan melalui pertandingan B-Boy Respect Culture SEA, serta forum Kustom & Koffee Talk yang membincangkan tren industri bersama tokoh-tokoh antarabangsa.

Kemudahan dan zon khas seperti Zon Test Ride, Flea Market Automotif, Payung Kopi, medan selera serta pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe menjadikan AOS lebih daripada sekadar acara automotif, tetapi satu festival menyeluruh gaya hidup kontemporari. Tambahan pula, pemenang kategori terbaik untuk kereta dan motosikal akan menerima ganjaran istimewa — mewakili Malaysia ke acara Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 di Jepun, satu penghargaan tertinggi dalam dunia kustom.

selebritionline portal hiburan

Tiket Early Bird kini boleh dibeli menerusi laman rasmi www.artofspeedmy.com dengan harga serendah RM35 untuk Weekend Pass dan RM40 untuk Sunday Pass (tidak termasuk caj pemprosesan RM3). Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU diberi kemasukan percuma. Tahun ini turut memperkenalkan VIP Valet Parking Ticket berharga RM30 untuk kemudahan parkir khas berhampiran Dewan D.

Menurut Asep Ahmad Iskandar, selaku Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, tahun ini merupakan simbol kejayaan dan kesinambungan semangat kustom di Malaysia. “Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah HWCCM buat tahun ketiga berturut-turut. Kehadiran pembina motosikal terkemuka Jepun serta pelbagai kolaborasi ikonik menjadikan AOS 2025 sebagai platform utama peminat automotif dan gaya hidup bersatu.”

selebritionline portal hiburan

Maklumat lanjut serta permohonan vendor dan korporat boleh dibuat melalui laman web rasmi atau menghubungi Rafiq di talian +6012-2620405. Untuk media sosial, ikuti perkembangan di Instagram dan TikTok rasmi @artofspeedmy, serta saluran YouTube dan Facebook mereka.