Tag Archives: Konsert Metal Legends

Konsert Metal Legends Janjikan Sistem Bunyi Canggih

Dua kumpulan yang berlainan genre bakal di satukan di atas sebuah pentas menerusi konsert “Metal Legends Live In Concert” yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pukul 8.30 malam pada 3 Februari depan.

Pastinya sebuah konsert yang di nantikan oleh peminat genre thrash metal dan rock apatah lagi ianya dibarisi oleh jentera yang cukup berpengalaman dalam memacu muzik yang dibawa.  Cromok dan XPDC seakan sudah memaku peminat setia mereka untuk memenuhi dan melayari ritma serta melodi yang bakal di persembahkan nanti.

Menariknya, konsert berskala besar ini bakal memberikan impak kepada peminat yang hadir apabila pihak penganjur akan menggunakan sistem bunyi yang cukup canggih malah ianya di import khas untuk konsert itu nanti.  Pastinya ianya bakal meninggalkan nostalgia buat peminat kedua-dua kumpulan itu nanti.

XPDC

Penggunaan sistem bunyi berkuasa tinggi yang cukup mantap dengan sejumlah 64 sub bass dijangka mampu memberi kepuasan kepada peminat di samping dapat menampung situasi lokasi penganjuran konsert.

Usia penubuhan Cromok yang kini memasuki tangga 31 tahun mengukuhkan kredibiliti mereka untuk sentiasa dirindukan peminat.  Band yang di tubuhkan secara rasmi di Australia ini kini dibarisi oleh Sam selaku pemain bass dan vokal, Karl (gitar) serta Miji (dram), Cromok cukup dikenali melalui lagu-lagu seperti Another You, Journey, Misty dan Memories.

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan cukup teruja untuk beraksi bersama dengan Cromok. Biarpun berhadapan kemelut perbalahan antara vokalis XPDC, Mael dan bekas ahli mereka.

Cromok

Selain Mael, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran ‘Raja Funfair’ turut dianggotai oleh Zuar selaku bassis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Tiket konsert kini dijual menerusi www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (Thrash Zone), RM120 (Hardcore Zone) dan RM250 (VIP & Backstage Zone).

Tiket-tiket juga dijual di kaunter XPDC Kita Peng Yu Shop di Uptown Kota Damansara dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

 

Konsert Metal Legends Cromok – XPDC Live In Concert

Buat kali pertama, dua kumpulan rock lagenda tempatan, XPDC dan Cromok akan berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yand akan diadakan di Maeps, Serdang pada 3 Februari 2018 bermula pukul 8.30 malam .

Cromok adalah kumpulan yang dianggap sebagai perintis muzik thrash metal tempatan dan kini sudah 31 tahun berada dalam industri muzik.

Dianggotai oleh Sam selaku pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok cukup dikenali dengan lagu mereka seperti Another You, I Do Not Belong Here, Misty dan Memories.

Menurut Karl, mereka menganggap konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap muzik Cromok.

“Dah lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami sahaja yang dapat mengubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat sama-sama mengenang kembali memori lama mereka bersama Cromok,” katanya.

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan sempat menyatakan keterujaan mereka untuk beraksi bersama dengan Cromok.

“Pastinya XPDC akan memberi persembahan terbaik untuk konsert ini. Kami sendiri tidak sabar untuk beraksi bersama-sama dengan Cromok,” kata Zuar yang juga merupakan pemain bes kumpulan XPDC.

Selain Zuar, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran King of Stage ini turut dianggotai oleh Mael selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Bukan sahaja XPDC dan Cromok sahaja yang akan menjadi tumpulan pada malam itu, sebaliknya konsert malam itu turut menampilkan sistem bunyi yang cukup mantap dengan penggunaan sejumlah 64 Subbass.

Konsert ini juga menelan kos sebanyak lebih RM500,000. Konsep untuk konsert pada malam itu direka oleh Karl Cromok yang pastinya akan membuat penonton terbang dalam arena muzik metal kedua-dua kumpulan.

Tiket sudah mula dijual di www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket-tiket juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Pembelian tiket menerusi agen juga boleh dilakukan dengan menghubungi Yazid (011-35030241), Faizal (016-2598872), Azhar (017-2630437) dan Bro (01136076678).