Tag Archives: Kool FM

Kool FM perkukuh barisan hadapan tahun baru 2018

Stesen radio Kool FM telah memperkukuhkan barisan hadapan dengan kemasukan Andy Hakim atau pemilik nama sebenar Ishak Ibrahim yang berpengalaman dalam bidang penyiaran radio. Andy Hakim akan bergandingan bersama Liza dalam Petang Kool, segmen petang Isnin hingga Jumaat dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, manakala Muaz akan menerajui segmen Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool) bersama AG dan Haiza bermula Januari ini, Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Pengurus Program Kool FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata “Barisan baharu ini diharap dapat memperkukuhkan lagi empayar stesen radio Kool FM itu sendiri sekali gus meletakkan ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan di dalam industri penyiaran radio di Malaysia”.

“Penambahan Andy Hakim serta pertukaran Muaz melengkapkan barisan yang sedia ada adalah antara strategi untuk menjadikan Kool FM sentiasa menjadi pilihan utama pendengar. Kami menerima maklum balas yang positif ketika menggandingkan mereka pada pertengahan Oktober lalu”

“Ini juga selaras dengan misi kami untuk terus tampil dengan pembaharuan dan perubahan serta memberi fokus utama yang meliputi muzik dan hiburan yang sejajar dengan sasaran pendengar di Kool FM,” tambahnya lagi.

Penyertaan Muazanazzudin Mohamed atau Muaz, pada Februari lalu yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi segmen Petang Kool bersama Liza, kini ditukarkan ke segmen PHD Kool. Sementara kehadiran Andy Hakim yang cukup sinonim kerana kepakaran tentang lagu dan filem Bollywood yang sebelum ini mengendalikan segmen Mega Hindi Kool FM, kini menggalas tugas bersama Liza di Petang Kool.

Selain itu, Kool FM turut membariskan AG, Haiza, Rea, Liza serta Ezaq. Barisan hadapan baharu ini akan memulakan tugas mereka secara rasmi bermula Januari ini.

Info lanjut :

WAKTU  SEGMEN PENYAMPAI
6.00 pagi – 10.00 pagi Pagi Hari di Kool AG, Haiza dan Muaz
10.00 pagi – 3.00 petang Muzik Kool Tanpa Henti Rea
3.00 petang – 7.00 malam Petang Kool Liza dan Andy Hakim
8.00 malam -12.00 tengah malam Malam Kool Ezaq

 

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Kool FM di Youtube : Kool TV / Instagram / Twitter : @koolfmmy / Facebook : Kool FM / Whatsapp : 017-276 5656.

Kool FM BAGI DUIT RAYA, HANYA SERTAI WARNA WARNI KOOL

Bersempena sambutan Hari Raya, sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang tidak henti memberi sokongan, stesen radio Kool FM ingin memberi duit raya kepada pendengar yang bertuah. Untuk menang duit raya, bermula pada 26 Jun hingga 9 Julai 2017, anda hanya perlu melayari laman Facebook Kool FM dan Kool FM akan berkongsi foto mengenai ‘Warna Warni Kool’ seterusnya pendengar perlu berkongsi cerita tentang apa yang anda paling suka dan sayang mengenai raya dengan menggunakan #WarnaWarniKool dan #SayangRaya. 10 kisah pendengar yang paling kreatif dan tulus akan membawa pulang duit raya berjumlah RM500.

Kool FM akan memilih 10 pemenang utama untuk menerima duit raya dan akan diumumkan pada 10 Julai 2017 di segmen PHD Kool bersama AG dan Haiza. Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan ini dengan layari laman Facebook Kool FM serta teruskan sokongan anda bersama kami di Kool FM, Temanmu Muzikmu. Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen radio Kool FM di YouTube: Kool TV / Instagram / Twitter: @koolfmmy dan Facebook: Kool FM