Tag Archives: Kristal

KONSERT KRISTAL OG 25 TAHUN HIMPUNKAN SEMUA AHLI ATAS SATU PENTAS

Selepas dua dekad lebih mewarnai industri muzik tanah air, Konsert Kristal OG 25 Tahun tampil sebagai malam bersejarah yang bakal menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu pentas epik. Konsert ini dijangka menjadi antara momen paling emosional buat peminat setia yang membesar bersama muzik Kristal.

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

Perjalanan 25 tahun bukan sesuatu yang biasa. Dari gig kecil hingga ke pentas besar, Kristal membuktikan mereka bukan sekadar band, tetapi sebuah legasi yang hidup dalam jiwa peminat.

PERSEMBAHAN NOSTALGIA SATUKAN SEMUA ERA

Konsert ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei, membawa konsep “25 Tahun Dalam Satu Malam”.

Menurut Lan Solo, konsert ini akan tampil berbeza daripada persembahan sebelum ini.

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

“Konsert kali ini kami akan all out. Saya akan menyanyikan lagu daripada album pertama hingga album ke-13,” katanya.

Lebih menarik, lagu-lagu tersebut turut melibatkan pelbagai barisan ahli lama seperti Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol dan Rijal, menjadikan konsert ini benar-benar menyatukan seluruh ‘keluarga’ Kristal di atas satu pentas.

25 TAHUN PERJALANAN, JATUH BANGUN TANPA HENTI

Sepanjang 25 tahun, Kristal melalui pelbagai fasa – dari zaman underground hingga menjadi nama yang dikenali ramai.

Walaupun ahli kumpulan silih berganti, identiti muzik mereka kekal konsisten.

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

“Jatuh bangun, cabaran, sedih dan gembira, semua kami lalui. Tapi ia tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berkarya,” jelas Lan lagi.

Dengan 13 album yang telah dihasilkan, Kristal membuktikan ketahanan mereka dalam industri yang sentiasa berubah.

SOKONGAN INDUSTRI DAN PENGANJURAN BERSKALA BESAR

Konsert ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event.

Ia turut mendapat sokongan daripada MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif dan Dana Persembahan Muzik.

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

Menurut Khai, idea konsert ini tercetus selepas melihat potensi besar perjalanan seni Kristal yang belum pernah diraikan dalam skala besar.

“Ini bukan sekadar konsert, ini jenama dan sejarah,” ujarnya.

Tiket kini boleh didapati melalui platform rasmi dan dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Konsert ini bukan sekadar hiburan — ia adalah penghormatan kepada sebuah perjalanan seni yang panjang, penuh makna dan tidak pernah padam.

Juara ‘JoHaRockStar’ bakal membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan menjadi peserta AF 2016

Gelombang muzik rock yang melanda industri hiburan tanahair pada tahun ini sememangnya memberikan impak besar terhadap peminat- peminat muzik tempatan. Ternyata, muzik rock yang dihidangkan oleh bakat-bakat tempatan ini menjadi permintaan paling tinggi di corong stesen ERA fm.

JoHaRockStar merupakan sebuah program realiti berbentuk nyanyian anjuran ERA fm yang mencungkil bakat nyanyian rock dikalangan peminat muzik tanahair.

Menurut Pengurus Kandungan Kanan ERA fm, Nazri Noran,

“Kami cukup berbangga kerana dapat bekerjasaman dengan pihak Digi bagi menjayakan program sebegini. Memandangkan permintaan terhadap muzik rock menjadi fenomena di Malaysia, ERA fm buat pertama kalinya berganding bahu dengan lima (5) kumpulan rock popular tanahair bagi meneruskan misi pencarian seorang Penyanyi Rock Malaysia yang baharu menerusi pencarian JoHaRockStar! Antara kumpulan-kumpulan yang bakal terbabit untuk mencari juara JoHaRockStar adalah Hyper Act, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah. Peyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia dan Singapore berumur 18 hingga 35 tahun dan mestilah menghantarkan video nyanyian mereka menyanyikan apa jua jenis lagu dalam genre rock”

Peminat yang ingin menyertai JoHaRockStar rata-ratanya telah pun memilih dan menghantarkan rakaman video nyanyian rock di Instagram dengan menggunakan kata kunci (hashtag) #Joharockstar dan #jomlive. Sehingga kini hampir Kumpulan rock (Brader Rock) akan dibawa masuk sebagai mentor dan mereka masing-masing akan memilih 3 orang ahli untuk pasukan mereka daripada senarai penyertaan yang terpilih.

Hanya seorang peserta bagi setiap kumpulan akan dipilih untuk membuat persembahan di peringkat akhir.Pada konsert akhir, persembahan akan diadili oleh juri professional, dan kita akan memilih seorang yang terbaik sebagai pemenang. Lagu yang menang akan dimainkan di ERA dan di bakal dipromosikan.Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menjadi pelajar AF 2016 dan akan memulakan langkah sebagai pelajar AF 2016.