Tag Archives: Kuala Lumpur

4 JUARA DINOBATKAN SERENTAK DALAM PERTANDINGAN RATU MALAYSIA 2025

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2025 – Buat julung kalinya dalam sejarah, empat gelaran ratu berprestij dinobatkan serentak pada satu pentas di Wyndham Grand Bangsar. Pertandingan ratu kali ini menyaksikan pemenang daripada Supermodel Universe International, Mrs Earth Malaysia, Mrs Classic Universe Malaysia dan Women of the Universe Malaysia 2025 diumumkan pada malam yang sama.

Risa Suzuki Jepun dan Vasan Malaysia menang Supermodel Universe International 2025

Sejarah ini dilakar apabila Risa Suzuki dari Jepun dan Vasan dari Malaysia muncul juara Supermodel Universe International 2025, sementara Mandy K Gondaara dinobatkan Mrs Earth Malaysia 2025. Dalam kategori lain, Ng Wee Mian (Miu Miu) memenangi Mrs Classic Universe Malaysia dan Shantinee Mahendran diangkat sebagai Woman of the Universe Malaysia.

Risa Suzuki Jepun dan Vasan Malaysia menang Supermodel Universe International 2025

KEGEMILANGAN ACARA RANTAU & ANTARABANGSA

Pertandingan melibatkan 20 delegasi dari Malaysia, Syria, Nigeria, Turkiye, Jepun, Seychelles dan Kenya. Mereka diuji dalam tiga pusingan utama – pakaian tradisional, pakaian renang dan gaun malam, diiringi perarakan fesyen JK Fashion serta koleksi VIMONO: Vintage Kimono Cardigans oleh Anastasia.

Risa Suzuki Jepun dan Vasan Malaysia menang Supermodel Universe International 2025

Selain pertandingan, peserta juga diuji melalui inisiatif alam sekitar, video advokasi dan kelas pembangunan diri. Delegasi kategori Mrs turut menjadi mentor kepada peserta muda, menjadikan edisi tahun ini unik dan penuh inspirasi  .


PEMENANG MRS EARTH & WOMEN OF THE UNIVERSE

Selain Risa dan Vasan, Malaysia turut menyaksikan kejayaan besar apabila:

  • Mandy K Gondaara dinobatkan Mrs Earth Malaysia 2025
  • Kasturi Muniandy membawa pulang gelaran Mrs Earth International Malaysia & Mrs Earth West Malaysia 2025
  • Datin Kelvin Dhillon muncul Mrs Elite Earth Malaysia 2025
  • Ng Wee Mian (Miu Miu) dinobatkan Mrs Classic Universe Malaysia 2025
  • Shantinee Mahendran diangkat sebagai Woman of the Universe Malaysia 2025
Risa Suzuki Jepun dan Vasan Malaysia menang Supermodel Universe International 2025

Semua pemenang menerima mahkota, selempang, trofi serta hadiah termasuk pakej kesihatan tajaan The Heal bernilai RM150,000  .


MALAYSIA JADI PUSAT PAGEANT DUNIA

Majlis turut diserikan oleh tokoh antarabangsa serta panel juri ternama. Pengarah acara, Ammetta Malhotra, baru sahaja dilantik sebagai Presiden Mrs Earth selama lima tahun – satu pengiktirafan yang dijangka melonjakkan kedudukan Malaysia dalam pelancongan alam sekitar global.

Risa Suzuki Jepun dan Vasan Malaysia menang Supermodel Universe International 2025

Final dunia Supermodel Universe akan berlangsung di China pada 12–16 November 2025. Sementara itu, Mrs Earth International bakal dihoskan di Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang serta Sabah/Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang  .

KONSERT IRENE & SEULGI BALANCE 2025 GEGARKAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2025 – Peminat Red Velvet di Malaysia bakal menikmati malam penuh magis apabila Irene & Seulgi membawa jelajah konsert sulung mereka, 2025 Irene & Seulgi Concert Tour [BALANCE] in Kuala Lumpur, pada 13 September 2025 di Mega Star Arena. Acara ini dianjurkan oleh FriedRice Entertainment dan ACO Media, menjanjikan persembahan bertenaga yang mempamerkan chemistry mantap duo ini.

selebritionline portal hiburan

Sub-unit pertama Red Velvet ini debut pada Julai 2020 menerusi “Monster” dan baru-baru ini kembali dengan mini album terbaharu TILT pada Mei lalu. Kuala Lumpur menjadi hentian terakhir di Asia Tenggara untuk siri jelajah ini, menjadikan persembahan kali ini lebih istimewa kerana peminat akan berpeluang menyaksikan lagu-lagu baru secara langsung buat pertama kali di Malaysia.

selebritionline portal hiburan

Pendaftaran Pre-Sale Keahlian ReVeluv (GL) menerusi Weverse dibuka dari 8 Ogos 2025, 12 tengah hari hingga 10 Ogos 2025, 12 tengah hari. Jualan Pre-Sale berlangsung pada 13 Ogos 2025, 12 tengah hari hingga 11.59 malam, manakala jualan umum bermula 14 Ogos 2025, 12 tengah hari di my.bookmyshow.com.

selebritionline portal hiburan

Harga tiket bermula dari RM298 (C4) sehingga RM888 (VIP), tidak termasuk caj tambahan. Maklumat lanjut mengenai faedah peminat akan diumumkan di media sosial rasmi FriedRice Entertainment.

selebritionline portal hiburan

Butiran Acara:
📅 Tarikh: 13 September 2025 (Sabtu)
🕒 Masa: 3.00 Petang (MYT)
📍 Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
🎟️ Tiket: my.bookmyshow.com

PARK BO GUM 2025 FAN MEETING KUALA LUMPUR BAKAL GEGAR PEMINAT

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2025 — Pelakon popular Korea Selatan, Park Bo Gum bakal kembali ke Malaysia selepas enam tahun untuk bertemu peminat menerusi acara PARK BO GUM 2025 FAN MEETING TOUR [BE WITH YOU] IN KUALA LUMPUR. Acara ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 13 September 2025, jam 5.00 petang di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

selebritionline portal hiburan

Dianjurkan oleh iMe Malaysia, fan meeting ini menjanjikan suasana mesra dan penuh momen istimewa bersama aktor yang dikenali sebagai “Nation’s Boyfriend” ini. Sejak debut, Park Bo Gum telah membintangi drama hits seperti Reply 1988, Love in the Moonlight, Encounter, dan terbaru When Life Gives You Tangerines yang menampilkan lakonan mantapnya sebagai “Yang Gwan-sik”.

selebritionline portal hiburan

Selain bakat lakonan, Park Bo Gum juga dikenali sebagai penyanyi dan hos berbakat dengan personaliti yang memikat hati peminat seluruh dunia. Keupayaannya berinteraksi mesra dan memberikan persembahan penuh aura menjadikan setiap pertemuan bersama beliau pengalaman yang sukar dilupakan.

selebritionline portal hiburan

Harga tiket bermula dari RM228 hingga RM768, dengan pakej BE WITH YOU menawarkan keistimewaan seperti tiket PS1, sesi foto berkumpulan (1:2), poskad bertandatangan, sesi Hi-Bye dan poskad mesej khas. Semua kategori tiket lain juga akan menerima sesi Hi-Bye dan poskad mesej khas.

selebritionline portal hiburan

Tiket mula dijual pada Selasa, 15 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari melalui BookMyShow dan Fantopia. Peminat dinasihatkan untuk membeli tiket melalui saluran rasmi sahaja bagi mengelakkan penipuan atau tiket tidak sah.

selebritionline portal hiburan

Maklumat lanjut dan kemas kini rasmi boleh diikuti melalui media sosial iMe Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, X/Twitter, YouTube dan Xiaohongshu.

HELLOWEEN LIVE KUALA LUMPUR 2025: SAMBUTAN 40 TAHUN POWER METAL DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2025 – Legenda power metal antarabangsa, Helloween, bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert mega Helloween Live Kuala Lumpur 2025 sempena sambutan ulang tahun ke-40 mereka. Konsert penuh sejarah ini dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2025 di lokasi eksklusif Zepp Kuala Lumpur, anjuran Rockstage Entertainment.

Konsert ini adalah sebahagian daripada “Helloween 40 Years Anniversary Tour” yang sedang menjelajah dunia dan menerima sambutan hangat di Eropah, Amerika Latin, serta beberapa negara Asia. Kini, giliran peminat di Malaysia pula meraikan warisan metal dunia dalam satu malam yang pasti meninggalkan memori abadi.

Helloween, yang ditubuhkan pada tahun 1984 di Hamburg, Jerman, dikenali sebagai antara perintis genre power metal dengan lagu-lagu ikonik seperti I Want Out, Eagle Fly Free, Forever and One, Power dan banyak lagi. Album seperti Keeper of the Seven Keys Part I & II telah menaikkan nama mereka ke pentas global.

Barisan pemuzik legenda termasuk Michael Kiske, Kai Hansen, dan Andi Deris bakal menyatukan semula tenaga klasik dan moden dalam satu persembahan yang menyentuh emosi peminat setia mereka. Konsert ini bukan sekadar pertunjukan — ia adalah satu penghormatan kepada empat dekad muzik metal yang terus hidup dalam jiwa penggemar muzik keras di seluruh dunia.

Zepp KL, sebuah venue bertaraf antarabangsa di tengah ibu kota, akan menjadi gelanggang rasmi konsert ini. Dilengkapi sistem bunyi canggih dan pencahayaan imersif, Helloween menjanjikan pengalaman audio visual luar biasa.

Tiket konsert boleh didapati di laman rasmi www.myticketempire.com dengan pelbagai pilihan bayaran fleksibel termasuk Atome, PayLater oleh Grab, dan SpayLater oleh Shopee. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan tinggi dijangka berlaku.

Ikuti laman sosial Rockstage Entertainment untuk pengumuman dan maklumat terkini mengenai Helloween Live Kuala Lumpur 2025.

TREC Bakal Jadi Hab Gaya Hidup Dan Hiburan Kuala Lumpur

Image 2

TREC, projek pembangunan terkini dan sedang meningkat naik di tengah-tengah Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan sebagai sebuah Zon Hiburan Terpilih di bawah Tourism EPP8 semasa majlis pelancaran rasmi TREC hari ini.

Image 6

Kementerian Pelancongan telah mengiktiraf TREC sebagai suatu penyumbang utama masa depan dalam usahanya untuk melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Pihak Kementerian mengiktiraf komitmennya untuk menarik paling kurang 1,000 orang pelancong sehari. Selain itu, sebagai suatu projek pembangunan penting di Kuala Lumpur, TREC juga akan mewujudkan lebih 1,800 pekerjaan dan menyumbangkan kira-kira RM140 juta kepada ekonomi tempatan setiap tahun.

Image 1

“Buat masa ini Tourism NKEA memberi tumpuan kepada bidang pelancongan berhasil tinggi yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga di negara ini,” kata YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. “Dengan mengesahkan projek-projek pembangunan penting seperti TREC, kita bukan sahaja dapat mencapai pertumbuhan bermakna dalam bidang-bidang ini, tetapi juga bergerak semakin hampir mencapai wawasan 2020 kita iaitu menarik 36 juta pelancong dan menjana RM168 bilion dari segi perolehan pertukaran asing.”

Image 1

Terletak di Jalan Tun Razak, TREC akan menjadi kawasan yang pertama dan satu-satunya dibina khas di Malaysia untuk F&B, gaya hidup dan hiburan – nadi hiburan bersepadu serenti seperti yang terdapat di Hong Kong “Lan Kwai Fong”, di Shanghai “Xin Tian Di” dan di Singapura “Clarke Quay”. Memandangkan Fasa 1 dijangka siap awal tahun 2015, TREC berhasrat menerapkan pelbagai suasana menerusi 5 zon yang menawarkan gabungan santapan, kafe indie, pub, kelab dan lounge, yang mampu menarik pelanggan tempatan dan juga antarabangsa.

Image 3

“TREC bertujuan menampilkan kepelbagaian tawaran Malaysia dari segi pengalaman gaya hidup,” jelas pengasasnya, Cher Ng. “Dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak kami yakin dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul sambil memperbanyak pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan, semuanya dalam suasana yang selamat dan terjamin.”

Image 5

TREC dibina atas sebidang tanah seluas tujuh ekar milik Kelab Golf Diraja Selangor di Jalan Tun Razak. Di sinilah juga lokasi baharu Zouk KL, pusat tumpuan pengunjung kelab terulung di kota raya, bakal menjadi pusat hiburan yang tiada bandingannya dalam kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

zouk

Untuk maklumat lanjut sila layari www.trec.com.my

AIRASIA Terbang 4x Seminggu Dari Kuala Lumpur – Kalibo

Photo1 (1)

Airasia semalam mengumumkan laluan terbaru iaitu penerbangan terus menghubungkan Kuala Lumpur ke Kalibo,Filipina yang akan mula beroperasi pada 18 April 2014.Kalibo adalah pintu masuk ke pantai dan Pulau Boracay di Filipina dan penerbangan 4x seminggu ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan ini juga merupakan laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu,AirAsia akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan surcai serendah dari RM77 sehala yang boleh ditempah menerusi laman web ww.airasia.com dari 12.00 tengah hari mulai 19 Februari 2014 sehingga 23 Februari 2014.

Selain dari tempat duduk percuma, program kesetiaan global AirAsia, BIG juga menawarkan keutamaan penebusan bagi ahli BIG bermula dari 0 BIG Points, bermula dari 0001 hingga 1200 (GMT+8) pada 19 Februari, terlebih dahulu dari orang awam. Tempoh perjalanan bagi tempat-tempat duduk percuma bermula dari tarikh bermulanya penerbangan sulung pada 18 April 2014 sehingga 31 Januari 2015. 

Selain dari laman web, tempat duduk percuma ini boleh ditempah menerusi applikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini platform telefon mudah alih Windows. Hanya cari AirAsia di app store platform mudah alih masing-masing untuk muat turun dan mula menempah.

Kalibo adalah pusat daerah Aklan dan juga dikenali sebagai pintu masuk utama ke pantai putih di Pulau Boracay dan pulau-pulau disekeliling dan pantai-pantai yang merupakan destinasi yang sesuai bagi masyarakat bandar yang inginkan percutian yang dapat merehatkan minda atau menikmati aktiviti seperti snorkelling dan menyelam. Kalibo juga adalah pusat pembuatan fabrik buatan tangan Filipina yang dikenali sebagai kain Pina yang diperbuat daripada fiber pokok nenas dan acara tahunan Ati-Atihan festival yang disambut setiap minggu ke-3 bulan Januari.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

 

Flight Schedule for Kuala Lumpur – Kalibo (Commencing 18th April 2014): Route  Flight No  ETD  ETA  Frequency 
Kuala Lumpur– Kalibo  AK 608 1040hrs 1435hrs Mon, Wed, Fri, Sun
Kalibo – Kuala Lumpur  AK 609 1505hrs 1850hrs Mon, Wed, Fri, Sun