Tag Archives: Lisa Surihani

CETAPHIL SKIN HEALTH Festival Meraikan Para Peminat Penjagaan Kulit

Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee.

Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik. Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia.

Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “Kami perhatikan ramai orang sedang mengalami tekanan hidup dan norma baharu yang mula kita sedari. Objektif kami adalah untuk menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai, supaya mereka meningkatkan kesihatan kulit dan melindungi kulit daripada 5 Tanda Kulit Sensitif, iaitu Pelindung Kulit Lemah, Kekeringan, Iritasi, Kekasaran, dan Ketegangan.”

Cetaphil Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah menjemput perunding dermatologi untuk sesi Q&A menerusi Ask A Derm IG Stories secara mingguan. Ianya diadakan di laman Instagram Cetaphil Malaysia pada setiap hari Jumaat sejak Oktober. Hal demikian telah dilaksana berdasarkan tinjuan Cetaphil Skin Health Survey 2021 yang dijalankan pada April 2021. Seramai hampir 7,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengalami 5 Tanda Kulit Sensitif dan didapati:

  • 62% merasa kepedihan selepas menggunakan alat solek atau produk penjagaan kulit, menandakan pelindung kulit lemah.
  • 73% mengalami kekeringan. Peserta mendapati terdapat tompok-tompok kulit kering yang muncul pada muka, tangan, kaki dan bahagian badan yang lain.
  • 68% memaklumkan kulit mereka mudah mengalami iritasi, kegatalan dan kemerahan.
  • 86% sedar mereka mengalami masalah kulit tidak sekata dan kusam pada sesetengah bahagian muka dan tubuh, dan ini adalah petanda kekasaran pada kulit.
  • Yang terakhir, 68% merasa kulit menjadi tegang selepas membersih.
  • Lebih daripada 50% rakyat Malaysia pernah mengalami salah satu tanda kulit sensitif.

Tambahan pula, para peminat pasti menyedari bahawa DOLLA telah mengambil alih laman rasmi Instagram Cetaphil untuk sesi IG LIVE bersama Dr Liyana. Para peminat amat berpuas hati dengan kemunculan mengejut DOLLA, menjadikan sesi IG LIVE kali pertama Cetaphil Malaysia sebuah perkongsian yang menarik. Selain itu, lebih daripada 20,000 sampel produk percuma telah diberikan melalui Facebook dan TikTok Cetaphil melalui trivia dan permainan mengenai 5 Tanda Kulit Sensitif. Para peminat penjagaan kulit boleh merasa teruja kerana Cetaphil bersedia memberi promosi seperti diskaun hebat, baucar dan hadiah untuk sesi siaran langsung di masa akan datang.

Galderma dan Cetaphil sedar bahawa untuk memperoleh kulit yang cantik dan sihat bukanlah bergantung kepada produk semata-mata. Sebab itulah, syarikat ini dengan bangganya ingin mengumumkan Clear Skies, sebuah inisiatif impak sosial keberlanjutan dengan komitmen jangka masa panjang demi menuju persekitaran lebih sihat, dengan mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menggunakan pembungkusan yang lebih baik. Selama lebih sedekad, Cetaphil telah maju dalam usaha mengurangkan jejak alam sekitar. Ini menandakan arah tuju global syarikat dalam menerapkan sikap bertanggungjawab di dalam perniagaan seiring matlamat untuk mencapai penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui di kilang miliknya menjelang 2022, dan mempunyai kemudahan pengeluaran karbon neutral.

Jessica Chan turut berkata, “Pencemaran udara dan air lagi perubahan cuaca faktor persekitaran yang mempengaruhi kulit semua orang. Sebagai peneraju dalam merawat kulit sensitif selama lebih 70 tahun, penting untuk kita peka terhadap keperluan alam sekitar serta memastikan adanya perubahan positif agar pelanggan, pekerja dan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Cetaphil Skin Health Festival LIVE pada 10 November jam 8 malam nanti di Facebook dan Shopee, layari completecarewithcetaphil.com  dan ikuti media sosial kami di https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia atau https://www.instagram.com/cetaphilmy/

KJ Bikin Filem Pendek Berjudul ‘Teguh’

KJ_teguhMenteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) buat pertama kali menceburi bidang pengarahan apabila terlibat di belakang kamera bagi mengarah sebuah filem pendek yang dijadual ditayangkan pada Jumaat.

Khairy merupakan antara 18 pengarah yang menyumbang kepada Ikal Mayang iaitu projek filem pendek bagi membantu golongan wanita.Projek ini merupakan cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

Presidennya, Low Ngai Yuen berkata, pada awal penggambaran sekitar Oktober tahun lalu, Khairy kelihatan agak gementar namun beliau berjaya menyesuaikan diri.”Daripada pemerhatian saya, beliau sangat selesa melakukan kerja pengarahan.

“Malah beliau sendiri berjalan sejauh 50 meter untuk memberi arahan kepada pelakon tanpa menggunakan alat pembesar suara,” katanya.Khairy mengarahkan filem pendek berjudul Teguh yang ditulis oleh pelakon Ida Narina.

Teguh mengisahkan tentang seorang pemain skuasy profesional yang dilakonkan oleh pemain skuasy negara, Sharon Wee yang pulih daripada kemalangan serius dan kemudiannya mendapat inspirasi daripada seorang perenang paralimpik.”Ida membantu Khairy untuk menulis jalan cerita filem pendek tersebut, namun idea asalnya ialah daripada beliau sendiri selepas bertemu dengan kedua-dua atlet itu sebelum ini,” katanya.

Menurut Low lagi, dia mempelawa Khairy yang ketika ini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi selepas ahli politik itu berlakon dalam filem pendek berjudul Inspektor Mastura arahan Elaine Daly menerusi projek Ikal Mayang 2013.

“Beliau sangat peka dengan isu wanita dan sentiasa menyokong projek kami. Beliau sangat terbuka dan tahu apa yang diperkatakannya,” ujarnya.Sebelum ini, Khairy juga pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam filem pendek berjudul Meter arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff pada 2009.

Selain Khairy, pengarah lain yang turut terlibat dalam projek Ikal Mayang 2015 ialah Lisa Surihani, Pete Abdullah, Afdlin Shauki, Kavita Sidhu, Vince Chong, Carmen Soo, Davina Goh, Wak Doyok, Kang Zetty Anis, Soosan Hoh, Tan Chui Mui, Michael Cooke, Elza Irdalynna, Rachael Malai Ali Lee Yve Vonn dan Adibah Nor.

18 filem pendek itu akan mula ditayangkan bermula Jumaat hingga 8 Mac ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

sumber : mStar online & MalaysianDigest

Filem SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10

Stills_000037

Bagi membuka tirai tahun 2015, Astro Shaw dan Global Station bakal menampilkan sebuah filem terbaru berjudul ‘SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!’ (“SEP10”) yang akan menemui para penonton di layar perak pada 22 Januari 2015. Satu majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media diadakan di Golden Screen Cinema (GSC), Pavilion, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh ramai penggiat industri perfileman tanah air selain selebriti terkenal.

Filem yang diadaptasi dari novel ‘Suamiku, Encik Perfect 10!’ ini telah mendapat sentuhan dari pengarah berkaliber, Mohamed Feroz Abdul Kader dan nukilan skripnya pula oleh PGR’s Team, Sako Jr dan Chinta Nadeesha. Kemunculan filem bergenre romantik drama ini menggabungkan barisan pelakon mantap seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid dan Jehan Miskin.

Stills_000072

Filem ini merupakan gandingan kedua Aaron Aziz dan Lisa Surihani, selepas filem blokbuster, “Ombak Rindu” yang ditayangkan pada tahun 2011 dan juga menamatkan penantian buat peminat Aaron Aziz yang merindukan lakonan beliau dalam filem bergenre romantis di layar perak.

Padat dengan lakonan mantap dan dendangan lagu yang cukup merdu, filem ini dijangka dapat menghilangkan dahaga penonton tempatan yang merindukan filem romantis lagi membelai jiwa. Sebuah lagu gandingan hebat Dato’ Siti Nurhaliza dan penyanyi dari seberang, Cakra Khan bertajuk “Seluruh Cinta” telah dipilih menjadi lagu tema filem SEP10. Menariknya lagi, kedua-duanya sanggup hadir memeriahkan Malam Tayangan Perdana bagi menghiburkan tetamu undangan dengan lagu terbaru mereka ini. Selain itu, lagu ciptaan Aepul Roza dan nyanyian Drama Band, “Cubaan” turut mewarnai filem romantis ini sebagai latar muzik bagi beberapa babak.

Stills_000063

Sinopsis Pendek

Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief Danial (Aaron Aziz) bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief bagi meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua. Keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama. Mungkinkah kemesraan mereka akan berkekalan selamanya atau bersifat sementara?

Sinopsis Lengkap

Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Zizan Berkolaborasi Dengan KRU Dalam “Adiwira”

ADIWIRA2

Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015.

Adiwira” merupakan lagu tema bagi filem Cicakman 3 yang menggabungkan dua ikon popular tanah air iaitu Kumpulan KRU dan Zizan Razak, ZizanKRU. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang bergenre hip-hop ini turut mendapat sentuhan daripada pelawak nombor satu negara iaitu Zizan yang turut sama dalam penulisan lirik. Kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama bersama KRU dalam penghasilan lagu tersebut. Ternyata kolaborasi vokal dua ikon terkenal tanah air ini dapat dan berjaya menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi terkini.

ADIWIRA

Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop/rnb identiti KRU. Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, meyakinkan kami bahawa projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat. Kami juga berharap konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu,” ujar Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim .

“Adiwira” diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox pada 28 November 2015. MTV “Adiwira” diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang Youtube pada tarikh yang sama. Tentu para peminat tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua ikon gergasi tanah air ini beraksi bersama sebagai satu kumpulan.

Kajol Meriahkan Majlis Pelancaran Saluran BollyOne HD

IMG_0915

Pelakon terkenal Bollywood Kajol hadir dimajlis pelancaran saluran baru Astro iaitu BollyOne HD (Saluran 251) di J.W.Marriot malam semalam.Turut hadir sama adalah pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Saluran yang berdefinisi tinggi ini bakal memulakan siarannya pada 1 September ini.Mulai 1 September 2014 sehingga 18 September 2014 ia merupakan pra-tonton kepada semua pengguna Astro HD.

Untuk pelanggan HD yang sedia ada,boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM5 sebulan.Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Saluran BollyOne HD iaitu www.bollyonehd.com.

Kajol Bakal Hadir Di Pelancaran Saluran BollyOne HD

BollyOneHD

Selebriti terkenal Bollywood Kajol akan berada di Kuala Lumpur bersempena dengan pelancaran saluran baru Astro yang diberi nama Saluran BollyOne HD. Turut bersama pada hari pelancaran tersebut adalah pelakon terkenal Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Saluran 251 , BollyOne HD  ini merupakan saluran pertama yang mempamerkan filem-filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD. Saluran ini turut tersedia untuk pelanggan dekoder Astro Beyond bermula dari 1/9/2014 dan seterusnya.

kajol

Maklumat mengenai Saluran 251, BollyOne HD : : www.BollyOneHD.com

Saluran Filem Terkini Bollywood Pertama Berkualiti HD

·         Bermula dari 1/09/14, pra-tonton tersedia untuk semua pelanggan HD hingga 16/09/14

·         Menayangkan 4 hingga 5 tajuk filem baru dalam sebulan pada setiap hari Khamis.

·         Dua Sarikata – Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

·         Hiburan tanpa had untuk seluruh kaum keluarga.