Tag Archives: Loudness

Loudness Kembali Demi Rise To Glory

Ketika era kegemilangan muzik rock di Malaysia pada 1980-an, nama Loudness tidak lekang daripada bibir peminat muzik rock tempatan.  Mereka telah mencetuskan fenomena dalam arena muzik rock tempatan terutama pada pertengahan 80-an kini akan beraksi sekali lagi di Malaysia.

Loudness yang kini dianggotai Minoru Niihara (penyanyi), Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram – pemain dram asal mereka, Munetaka Higuchi meninggal dunia pada 2008) ini cukup dekat dengan rocker Malaysia.

Meskipun ianya sudah memasuki edisi ketiga mereka mengadakan persembahan di Malaysia namun auranya masih kuat di sanubari peminat tegar kumpulan yang berasal daripada negara matahari terbit ini.

Kumpulan yang cukup dikenali di seluruh pelosok dunia itu akan mengadakan konsert Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 di The Bee, Publika Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam pada 10 November ini.

Kedatangan mereka adalah untuk mempromosikan album terbaharu berjudul Rise To Glory yang diterbitkan baru-baru ini dengan mengandungi 13 buah lagi termasuk dua lagu berentak instrumental.

Loudness dijangka akan menghiburkan peminat mereka dengan lagu-lagu daripada album terbaharu itu selain lagu-lagu klasik dipetik menerusi album terdahulu yang pernah menjadi kegilaan dan mempunyai kelas tersendiri.

Lagenda heavy metal Asia itu bakal menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman daripada album-album seperti Thunder In The East, Lightning Strike, Hurricane Eyes dan Spiritual Canoe.

Untuk rekod, kumpulan merupakan gergasi metal Jepun yang mula menempa nama menerusi Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 dan band Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.

Selain itu mereka turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden.

Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 dibawakan oleh Live Nation selaku ejen rasmi konsert dan The Bee adalah lokasinya manakala Lampu Neon selaku Promoter Konsert dan Galactix pula selaku penjual tiket rasmi.

Tiket-tiket yang akan dijual mengikut kategori iaitu early bird (RM178), advance(RM208) dan VIP (RM288) boleh didapati menerusi www.galactix.asia/loudnessKL bermula dari 3 Oktober 2019 yang lalu.

 

Malaysia Autoshow 2017 Tampilkan Kelainan

Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran apabila ia di gabungkan di bawah satu bumbung.  Malah ianya melakar sejarah tersendiri apabila sebuah festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival yang akan berlangsung selama dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.

Festival SoundValley ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

Pada hari pertama, peminat indie khususnya tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Bloc Party (UK) , kumpulan indie tempatan iaitu Hujan , Bunkface juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana festival muzik ini . Kumpulan daripada Indonesia, Barasuara  dan juga  elektro rock , The Otherside Orchestra akan beraksi pada 11 November.

Manakala pada 12 November peminat genre rock pastinya akan memenuhi pentas apabila  gergasi Heavy Metal daripada Asia iaitu Loudness akan beraksi buat kali ke dua di Malaysia. Tidak ketinggalan jentera rock yang sentiasa menjadi ikon di sanubari fanatika rock tempatan Wings dan May. Metalasia yang bertunjangkan genre Progresif Metal pastinya akan memberikan kelainan dalam konsert ini.  Cassandra dan kumpulan FiftyOne50  juga turut diberi ruang untuk beraksi di acara yang pastinya memberi impak kepada muzik dambaan mereka.

Persembahan artis tempatan dan antarabangsa ini adalah sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung 9 November hingga 12 November , para peminat yang datang bukan sahaja dapat menikmati festival muzik yang diadakan tetapi turut menikmati pameran kereta dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut .

TICKETS PRICE

PRICE CATEGORY Day 1

11th Nov 2017

Day 2

12th Nov 2017

2 Day

Passes

Remarks
VVIP

 

RM 588 RM 288 RM 836 – Chill Out Zone with Rooftop

– Light Refreshments & Finger Food

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

VIP

 

RM 348 RM 188 RM 496 – Rock Zone

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

Normal

 

RM 288 RM 128 RM 386 – Free Autoshow Ticket
Early Bird

 

RM 248 RM 98 – Free Autoshow Ticket

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 10 Okt sehingga 18 Okt 2017. Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM98 hingga RM836. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com 

 

*Kredit photo @lensaayid