Tag Archives: Luca Sickta

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta ‘Perlu’ Bekerjasama

Ketiga-tiga nama bintang HipHop ini sudah tidak asing lagi di dalam kalangan industri muzik Malaysia. Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu, nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka keluarkan nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir, Dato Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi.

Terbaharu, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya istimewa berjudul ‘Perlu’. Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis.

“Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini.

Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelaskan bahawa demo versi pertama ‘Perlu’ sebenarnya telah dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii, digubah kembali untuk mendapat kesimbungan kami berdua. 

“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023 setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo.

Untuk lagu ‘Perlu’ ini juga saya dan dan Kmy keluar dari zon selesa kami dan kami bayangkan kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian. Walaupun memakan masa yang agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana initipati lagu ‘Perlu’ sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” jelas Luca Sickta.

Semestinya lagu ini turut ditampilkan bersama sebuah video muzik menarik untuk menghangatkan lagi kehadiran karya ini. “Konsep untuk video muzik lagu ‘Perlu’ ini adalah lebih ke arah penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter terbabit yang ingin menceritakan perjalanan masing-masing. Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa hidup dalam dua watak yang berbeza. Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap hasil usaha,” tambah Kmy Kmo tentang video muzik lagu ini.

Menurut mereka bertiga terdapat banyak lagi karya yang bakal dikeluarkan dan mereka sangat berharap supaya semuanya sempat dilancarkan tahun ini. “Apa yang saya harapkan adalah, semoga lagu ‘Perlu’ ini dapat diterima ramai khususnya berkat sokongan kuat pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong karya kami. Saya juga hara, para pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,” tambah Kmy Kmo menutup bicara.

Perlu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th April 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Kmy Kmo pada 26th April 2024.

Konsert Ulang Tahun CUCKOO Bersama Duta Jenama, LEE MINHO Dan DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah mengumumkan anjuran konsert ulang tahun berjudul Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th yang akan menyaksikan penampilan duta jenamanya, Lee Minho dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 1 Oktober ini di Axiata Arena, Bukit Jalil!

Bukan itu sahaja, konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 ini juga akan mementaskan artis terkemuka seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Dato’ Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menggegarkan lagi pentas konsert CUCKOO.

“Dalam situasi pandemik yang terkawal ini, kami berasa ini adalah masa yang tepat bagi kami untuk menganjurkan sebuah konsert untuk meraihkan semangat teguh Rakyat Malaysia dalam menentang pandemik. Selain daripada itu, konsert ini juga diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan CUCKOO Family, pelanggan-pelanggan dan peminat-peminat kami selama ini. Tiadanya anda, tiadanya CUCKOO. Dengan itu, konsert ini boleh dikatakan bukan sekadar konsert ulang tahun sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah konsert penghargaan dan merupakan sebuah hadiah dari kami kepada semua. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda,” berkata pengasas dan ketua pegawai eksekutif CUCKOO International, En KC Hoe (Hoe Kian Choon).

Tiket Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th boleh didapatkan dengan penyertaan Peraduan  CUCKOO Appreci8th sebelum 14 September 2022 atau dimenangi menerusi peraduan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh rakan media rasmi konsert – Era, Gegar, Sinar, and Zayan.

Pada awal tahun ini, CUCKOO International telah melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Minho sebagai duta jenama terbaharunya di samping mengekalkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai dutanya bagi mewakili CUCKOO untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Maklumat lanjut tentang Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th Anniversary Concert boleh didapatkan menerusi pautan ini: https://www.cuckoo.com.my/appreci8th .