Tag Archives: M Nasir

GENDANG PATI, KALI INI DI KUALA LUMPUR!

Ini bukan sembarangan ‘gendang’. ‘Gendang’ yang satu ini auranya sejak dulu dahulu dan sampai bila pun tetap sakti nan tergoyah. Lewat persembahan yang digelar Gendang Pati, figura penuh sakti ini mahu menjadikan ia sebuah pesta rakyat yang mengisi bukan sahaja kegembiraan luaran tapi diikuti jiwa sekali.

Malam itu nanti ‘roh’ dan jiwa jiwa segenap pelusuk dewan plenary bertebaran kegembiraan,
berbahagia menyambut lalu meraikan pesta muzik yang bakal dipersembahkan oleh sang legenda,sang meastro dan sang sifu nan tiada gantinya, Dato M. Nasir.


Keraian muzik yang mengisi seluruh kecanduan pesta Gendang Pati yang telah memberi kesan saat dipersembahkan tempoh hari di Singapura kini mahu dikongsi dan diserapkan ke dalam jiwa sekalian penggemarnya di Kuala Lumpur.
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur— begitu nama persembahan yang bakal menyapa penggemar di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023, bermula 8 malam.
Tapi percayalah tidak pernah ada yang sederhana dalam pesta dari sang M. Nasir yang selalu berjaya mengajak jiwa menyanyi dan menari di sepanjang pesta.

Di pesta Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur yang dibawakan oleh MND SPORT &
EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa.
“Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.


“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan
mendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.


Buat M.Nasir, Gendang Pati diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan
penggemar yang sentiasa mahu melihat beliau beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambang
kelangsungan kariernya yang sentiasa ‘hidup’ tak lapuk dek zaman.


“Saya perlu bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentas, masih seorang M.Nasir sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya yang ada secara langsung.


“Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang
sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.
“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi
persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir.

Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman , keyboard Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe . Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan. Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia. Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet). Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di support@myticket.asia atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.

Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent Temui anda di Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, sebuah pesta keraian muzik dan jiwa untuk seluruh rakyat.

INFORMASI Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur

LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE

TARIKH: 18 NOVEMBER 2023

MASA: 8.00 MALAM

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENERBIT: ROMAN ABADI SDN BHD

TIKET: RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet)

PEMBELIAN : support@myticket.asia / HUBUNGI TALIAN 03 8605 0195.

MEDIA SOSIAL : INSTAGRAM : @mndsportnevent
Hashtag: #gendangpatiKL

Nostalgia Filem “Kembara Seniman Jalanan” Dalam Slot Pilihan Jumaat di TV2

antara babak

M. Nasir adalah seniman hebat kelahiran Singapura yang mencipta nama sebagai komposer, produser dan penyanyi di Singapura dan Malaysia sejak hujung tahun 70an lagi. Jasanya dalam industri muzik tanahair juga telah mendapat pengiktirafan negara dengan menganugerahkan gelaran “Datuk”.

Bagi mengembalikan nostalgia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Pilihan Jumaat bakal menayangkan filem “Kembara Seniman Jalanan” yang menampilkan bakat beliau dalam bidang lakonan pada 17 Oktober depan, pukul 2.00 petang di TV2.

Menerusi filem yang mampu mengembalikan ingatan penonton terhadap seleksi lagu pilihan yang melatari filem ini termasuklah lagu Rupa Tanpa Wajah, Siapa Orang Kita, Balada Pemusik Jalanan, Sesat Di Kuala Lumpur dan Balada Osman Tikus yang kesemuanya cetusan ilham M.Nasir. Malah lagu-lagu malar segar tersebut menjadi siulan sehingga kini.

Turut membintangi filem diterbitkan tahun 1986 ini Khadijah Ibrahim (wartawan hiburan), Majid Salleh (En Johan), Pyan Habib (Osman Tikus), dR Sam, Shah Reza (Fareez), Imuda (Brader Joe penjual burger), Siso Kopratasa, Kumpulan Sweet Charity, M. Rajoli, Hasnah Ibrahim dan Amy (Search).

Ia berkongsi kisah Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya. Osman merupakan seorang penyeluk saku sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.

Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.

filem kembara seniman jalanan

Sesampai di studio rakaman, Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah “tinggal” di ibu kota.

Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang “rugged”. Bujang mendendangkan lagu “Rupa Tanpa Wajah” secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez. Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty, seorang wartawan hiburan.

Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka “basking” di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku. Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis. dR Sam dan Neeruam, juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.

Suatu hari Khaty telah dipanggil oleh En Johan untuk mendengar lagu dari album terbaru Fareez. En Johan cuba merasuah Khaty dengan wang suapan supaya mempromosikan album itu. Khaty terserempak dengan Bujang yang menyanyi di tepi jalan, dan bertanyakan lagu yang dinyanyikan serupa dengan lagu Fareez.

Barulah Bujang sedar yang karya beliau telah dirakam rompak dan diciplak. Beliau dan Osman telah mengamuk dalam satu majlis promosi dan pradengar album Fareez di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Mereka berdua kemudiannya telah ditahan dan dipenjarakan.

Neeruam telah mengikat jamin Bujang dan Osman. Kemudian mereka menjadi artis syarikat rakaman dR Sam bersama artis lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.

Malaysia Tanah Airku @ Dewan Filharmonik Petronas

DFPMTA2_zps28c28333

The Malaysian Philharmonic Orchestra presents a selection of familiar and beloved Malaysian patriotic and folk songs, to bring enjoyment and appreciation of the nation’s rich musical heritage. Captured here, in this special concert and commemorative album launch, is a symphonic stroll down memory lane.

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 150.00, RM100, RM 60.00 & RM 40.00

Festival Pass – All 3 Seni Fest Concerts RM 120.00

Ticketing Hotline: +603 20517007 / +603 20517077
Online Booking: www.mpo.com.my / www.dfp.com.my

Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my

Box Office: Tuesdays to Saturdays: 10.30am – 6.30pm, 9.00pm, performance nights. Closed on Mondays and Public Holidays except when there is a performance scheduled.

Dress Code: Smart Casual. Strictly no jeans, denims, shorts, collarless T-shirts/singlets, slippers, sneakers/sport shoes and sports attire at all time.

Age Limit: Out of consideration for both audience and artists, children under the age of 8 are not allowed in the concert unless otherwise indicated.

For Family Fun Day concerts, children aged 4 and above will be admitted with paid admission.