Armadaย terbentuk pada tahunย 2007ย dengan nama awalย Kertas. Band ini beranggotakan lima orang yaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass).ย Mereka sempat merilis satu album ketika masih bernama Kertas, iaitu ‘Kekasih Yang Tak Dianggap’. Pada tahun 2008 Kertas bertukarย nama menjadi Armada, dan merilis album perdananya yang berjudul ‘Balas Dendam’, album yang membuat namanya makin dikenal banyak orang. Berjaya dengan album pertamanya, Armada pun merilis album kedua mereka ‘Hal Terbesar’ pada tahun 2009. Album ini sangat terkenal dan disukai ramai penggemarnya, terutama dua single utama yang terdapat didalamnya yaitu “Mau Dibawa Kemana” dan “Buka Hatimu”.
Dua dari empat album mereka iaitu ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ (2012) dan ‘Pagi Pulang Pagi’ (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ dan lebih 250 ribu unit untuk ‘Pagi Pulang Pagi’) Armada merupakan salah satu dari lima besar band di Indonesia dengan jumlah fans terbanyak.
PASUKAN ARMADA (panggilan untuk para penggemar Armada) yang terdapat di Facebook Page mereka mencapai lebih dari 5 juta orang. Sedangkan followers mereka di Twitter ada seramai 170 ribu. Pada awal tahun 2017 ini Armada melancarkan single baru yang mereka beri judul “Asal Kau Bahagia”. Lagu ini disajikan dengan komposisi balada khas Armada, membuatnya makin sedap didengar, tentu saja tidak melupakan trademark suara Rizal sang vokalis yang merdu, indah dan selama ini berjaya dalam meluluhkan hati para penggemarnya.

Armada kemudian berjaya dengan single โAsal Kau Bahagiaโ dengan melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia kemudian di lanjutkan pada Januari 2018 ini di Malaysia. Album kelima mereka yang diberi judul โMaju Terus Pantang Mundurโ ini bolehย idapati di kedai Cd/Dvd seluruh Malaysia dan di PMP/Tropicjaya Entertainment . Album ini mempunyai 11 Lagu Termasuk lagu Asal Kau Bahagia dan 2 Lagu Bonus VCD karaoke.
Video lirik Armada โAsal Kau Bahagiaโ merupakan video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia dalam durasi waktu satu bulan setelah tayang. Video lirik โAsal Kau Bahagiaโ meraih jumlah penonton dari Indonesia dan Malaysia sebanyak 16 juta dalam waktu satu bulan, dan mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan pertumbuhan views tercepat di sepanjang sejarah musik Indonesia. Sebuah pencapaian yang belum pernah diraih sebelumnya oleh pemuzik di Indonesia, sehingga video lirik ini punย mendapat penghargaan dari Youtube.
ย โLagu Asal Kau Bahagia yang diciptakan Radha, Mai dan Rizal iniย bercerita tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, di mana dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja, tapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.โ Kata Radha menceritakan tentang maksud lirik โAsal Kau Bahagiaโ. “Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia”, adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri. Mengalah dan ikhlas juga merupakan bagian dari cinta.โ, tambahnya lagi.
Dengan Pelancaran album Armada โ Maju terus Pantang Mundurโ di Malaysia dan Konsert โEra & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tourโ yang bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center , lagu versi karaoke โAsal Kau Bahagiaโย boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke Malaysia. Dan dengan tersebarnya single โAsal kau Bahagia โ ini, Semoga album Armada dapat diterima baik di Malaysia. Terima kasih kepada pendengar di Malaysia yang sentiasa menyokong Armada selama ini.

Tiket konsert berharga RM 109 (tiada cd), RM126 (beserta CD) dan VIP berharga RM194 (beserta CD) sudah mulai dijual di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour .ย
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia