Tag Archives: Malaysia Book Of Records

ZFIX MOBILE FEST CATAT SEJARAH DENGAN REKOD MBOR PENUKARAN BATERI IPHONE

Kuala Lumpur, 7 September 2025 – Suasana di Zfix Mobile Fest di Shah Alam semalam penuh meriah apabila syarikat tempatan itu berjaya melakar sejarah. Dalam masa hanya enam jam lebih, tepat jam 4.22 petang, mereka sudah pun mencapai sasaran 1,000 unit bateri iPhone ditukar. Kejayaan ini sekali gus mengangkat nama Zfix apabila acara tersebut disahkan secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Acara yang bermula sejak jam 10 pagi itu menampilkan kekuatan 30 juruteknik bertauliah yang bekerja pantas dan teliti. MBOR sendiri mengesahkan rekod tersebut selepas melalui proses audit ketat termasuk pengesahan nombor siri bateri, rekod digital, serta rakaman video berterusan. Menariknya, setiap bateri yang ditukar sepanjang program ini turut disertakan dengan waranti 7 hari, sesuatu yang memberi keyakinan tambahan kepada pengguna.

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Selain cubaan rekod, Zfix menjadikan festival ini sebagai platform komuniti. Pengunjung bukan sahaja menyaksikan detik bersejarah, malah berpeluang menyertai pemeriksaan telefon percuma, bengkel penjagaan peranti, cabutan bertuah, photo booth dan juga cabaran TikTok. Dengan adanya zon makanan, ruang rehat dan Wi-Fi percuma, acara ini berjaya menarik minat keluarga serta pencinta teknologi yang hadir sejak awal pagi.

Menurut Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, pengiktirafan MBOR ini menjadi simbol komitmen syarikat terhadap integriti dan inovasi. “Ia bukan sekadar angka 1,000, tetapi mesej bahawa industri servis telefon pintar tempatan juga boleh dijalankan secara sah, telus dan profesional,” katanya.

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

Zfix turut berkongsi perancangan masa depan untuk membuka sekurang-kurangnya 100 cawangan baharu di seluruh negara. Paling menarik, pelanggan tidak perlu membuat tempahan untuk mendapatkan servis – mereka boleh walk-in terus ke mana-mana cawangan Zfix.

Dengan kejayaan ini, Zfix membuktikan kemampuan jenama tempatan bukan sahaja menetapkan piawaian servis bertauliah, malah berupaya menjadi peneraju dalam industri pembaikan peranti pintar di Malaysia.

PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai dalam Malaysia Book of Records (MBOR)

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.

Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.

“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan,” katanya