Tag Archives: Marsha Milan Londoh

Siapakah Protege Pilihan TOMOK, AKIM, BLACK DAN HAZAMA?

Misi pencarian bakal protégé untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 telah berakhir pada awal bulan Januari lepas. Masih lagi mengekalkan format yang sama, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Namun, musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Barisan mentor, Tomok (kiri), Black, Hazama dan Akim Ahmad pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Lebih mengujakan, Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, yang merupakan aplikasi karaoke popular untuk menjayakan Mentor Milenia 2017. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Mentor, Tomok (dua dari kiri) bersama protege, Adam (kiri), Qhalysa dan Rozaimi pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Mentor Milenia 2017 bakal menyusul di kaca televisyen pada 5 Februari 2017, setiap hari Ahad selama dua jam bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang telah berlangsung selama lima minggu di Horizon Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) dan Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama (17 & 18 Disember 2016 – Tomok; 24 & 25 Disember 2016 – Black; 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017- Akim; 7 & 8 Januari 2017 – Hazama)  Menerusi ujibakat ini, pihak penerbitan telah merakam pelbagai aksi lucu dan ragam para peserta untuk diimbas kembali dalam episod pertama Mentor Milenia 2017.

Tiga bakal protégé kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.

Mentor, Akim Ahmad (dua dari kanan) bersama protege, Angelica (kiri), Farhan dan Jannah pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Selepas itu, lapan protégé akan dipilih untuk bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir. Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Manakala Azmeer pula dipilih sebagai penasihat dan Sazlan Mat Adnan atau lebih dikenali sebagai Sazlan, selaku koreografer Mentor Milenia 2017.

Mentor Milenia 2017 juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Mentor, Hazama (dua dari kiri) bersama protege, Balqis (kiri), Saiful dan Iffah Syahira pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri profesional dan juri tetap sebanyak 50%, menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir. Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Mentor, Black (dua dari kanan) bersama protege, Afif (kiri), Syaheera dan Faiszal pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Berikut ialah senarai mentor dan para peserta:

Mentor Kriteria Protégé Nama Bakal Protege
 

 

Tomok

 

Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil

Ingin mencuba sesuatu baharu

Mohamad Rozaimi Rosli

(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin

(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)

Adam Malek Shamsuddin

(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

 

 

Black

 

Bakat pertama, rupa nombor dua

Serba boleh

Boleh menyanyi lagu asli

 

Mohamad Afif Ikmayahya

(20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)

Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad

(17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)

Nur Syaheera Abd Aziz

(19 tahun, Shah Alam, Selangor)

 

 

Akim

 

Berani dan fokus

Stail dan gaya tersendiri

Mempunyai misi untuk melangkah lebih jauh

 

Noor Jannah Abu Hanipah

(18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

Angelica Paujin

(17 tahun, Tambunan, Sabah)

Mohd Farhan Mohd Mustapha

(20 tahun, Kuantan, Pahang)

 

 

Hazama

 

Suara unik,

Boleh berlakon, menyanyi dan main alatan muzik

Mempunyai tahap mental yang kuat

Muhammad Saiful Naim Muhd Noor

(20 tahun, Lunas, Kedah)

Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen

(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

Nor Balqis Ahmad Tajudin

(18 tahun. Kemaman, Terengganu)

Krew penerbitan Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit.

KUALA LUMPUR 02 FEBRUARY 2017. Pengurus Besar Kumpulan pengurusan dan Jenama TV3 dan Tv9, Zurina Othman (kiri) bersama barisan Mentor, Black, Tomok, Akim Ahmad dan Hazama pada Sidang Media Mentor Milenia 2017 di Empire Hotel Subang Jaya. NSTP/ AZIAH AZMEE

Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Tiada Penyingkiran di Minggu Kedua Mentor Milenia

Sekali lagi Mentor Milenia memberi kejutan kepada para protégé dan penonton dengan mengekalkan kesemua lapan protégé untuk mara ke pertarungan minggu ketiga. Keputusan pada malam tersebut telah memberi peluang kepada dua protégé Wanie (Black) dan Mya (Hazama) yang mendapat tempta terendah untuk mempertingkatkan mutu persembahan mereka pada minggu akan datang.

Pertarungan minggu kedua ini menyaksikan Qody (protégé Black) berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM1,000. Keunikan Qody dalam mempersembahkan lagu medley Zapin Usik Mengusik & Zikir Kasih berjaya mencuit hati para penonton dan juga juri awam apabila muncul dengan baju Melayu lengkap dan menari zapin.

Turut memberi saingan yang bertenaga pada malam itu adalah Nuri dengan lagunya Bang Bang dari filem Pitch Perfect 2, Han (Laskar Pelangi-Nidji), Ebba (No One-Alicia Keys), Zetty (Khayalan-Black Dog Bone), Fareez (Rindu Serindu Rindunya-Spoon), Mya (Apakah Ini Cinta-Judika).

Qody Juara Mingguan (Battle 2)

Persembahan mantap daripada setiap protégé telah membuatkan tiada penyingkiran diumumkan di akhir siaran langsung Mentor Milenia. Ini cukup membuktikan bahawa kesemua protégé yang dipilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia adalah berkualiti dari segi persembahan, vokal dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Keputusan yang tidak disangkakan ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada para mentor memperbaiki tahap persembahan protégé mereka. Pada masa yang sama, keputusan malam tersebut juga dapat memberi tahap keyakinan tinggi dalam diri setiap protégé dan terus berusaha untuk menjadi terbaik.

Mentor Milenia yang mengandungi Sembilan episod ini dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Pemarkahan bagi setiap protégé adalah berdasarkan kepada undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan selebihnya (70%) menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protégé yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Nuri
Nuri

Mentor Milenia ini dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Siapakah yang bakal tersingkir untuk pertarungan seterusnya? Untuk mendapat keputusannya, jangan lupa untuk saksikan Mentor Milenia yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Sementara itu, Jurnal Mentor Milenia turut memaparkan aktiviti mentor dan protégé dan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi Dan Azhael AF13 Bakal Raikan Anak Yatim

marsha-milan-londoh

Sempena Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 9 Julai 2014, 3 artis tempatan yang merangkumi Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 telah dijemput untuk berbuka puasa dengan 37 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya. Artis-artis juga akan membuat persembahan secara “live” dengan menyanyikan lagu-lagu terkini mereka serta lagu Hari Raya.

Objektif utama majlis pelancaran ini adalah untuk menandakan permulaan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya di Sungei Wang Plaza dari 9 Julai – 3 Ogos 2014 berikutan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan tarian zapin, pertandingan tarian zapin dan penebusan sampul duit raya untuk pelanggan yang membeli-belah di Sungei Wang Plaza.

Azhael
Azhael

Marsha Milan Londoh yang dikenali dengan watak suara “Elsa” dalam filem Disney Melayu “Frozen” merupakan orang Sabah. Ibu Marsha merupakan warganegara Amerika Syarikat manakala bapanya berasal dari Sabah. Marsha menjadi terkenal apabila mendapat tempat ke-empat dalam rancangan TV; Akademi Fantasia Season 3. Marsha juga pernah membintangi beberapa watak drama dan TV tempatan dan mengeluarkan beberapa album dengan lagu-lagunya seperti “Untuk Terakhir Kali”, “Yang Terbaik” dan “Ruang Kedua”.

Artis undangan ke-dua yang turut akan bersama Sungei Wang Plaza semasa Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri adalah; Sabhi Saddi yang juga berasal dari Sabah. Sabhi merupakan bekas penari “hip- hop” dan pertama kali memasuki dunia hiburan dengan lagunya “Sayang Gilerr” yang merupakan salah satu lagu dalam filem tempatan “Cicakman” Lagu terkini Sabhi adalah “Nadiku” dan “Gemerlapan”.

Majlis pelancaran Dikir Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa kehadiran Azhael AF13 yang dibintangi duo; Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi. Azhael merupakan naib juara Akademi Fantasia 2013. Lagu-lagu terkenal mereka termasuk “Khayalan” & “Hentian Terakhir”.

Sabhi
Sabhi

Mengikut En KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, konsep Zapin Aidilfitri adalah untuk menyambut Hari  Raya dengan gembira melalui persembahan pentas yang telah disediakan. “Pihak kami amat berbesar hati untuk mengadakan Majlis Pelancaran Dikir Aidilfitri bersama artis-artis undangan seperti Marsha, Sabhi dan Azhael. Kami berharap tetamu jemputan khas kami dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah akan turut teruja dan gembira dengan kehadiran artis yang akan membuat persembahan secara “live” serta meluangkan masa bersama untuk berbuka puasa dan mengambil gambar bersama mereka.” Tambah KK.

Pelbagai aktiviti sempena sambutan Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza akan diadakan seperti; persembahan tarian zapin aidilfitri oleh kumpulan tarian swatari pada jam 8.30pm pada tarikh 11,12,13,18,19,20,25,26 Julai & tarikh 1,2,3 Ogos 2014 diikuti pertandingan tarian zapin pada jam 3.00pm pada tarikh 13 & 20 Julai 2014. Pelanggan yang membeli RM100 dan ke-atas dalam resit terkumpul pada hari yang sama akan dapat menebus satu set koleksi duit sampul raya.