Tag Archives: Merah

Finalis CSOIAM Lancar Single, Peminat Diminta Terus Mengundi

Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) berjaya menampilkan persaingan sengit antara lima peserta terbaik yang berentap merebut tempat ke pentas akhir pada 9 Februari 2025. Program ini terus mencatatkan peningkatan penonton dan undian, serta menjadi trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut.

Keempat-empat finalis – Zazzleen, Kai Deva, Jimi dan Marygrace – kini telah melancarkan single masing-masing. Zazzleen dengan “Merah”, Kai Deva membawakan “Mengejar Bintang”, Jimi menerusi “Tetap Berharap”, dan Marygrace dengan “Titik Mula”. Maryam yang tersingkir turut menerima single bertajuk “Idola”.

Dengan tema “Malam Terpaling Fizz”, undian peminat menyumbang 40 peratus manakala penilaian juri sebanyak 60 peratus untuk menentukan juara yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta. Program ini disiarkan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, setiap Ahad pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan boleh distrim melalui Tonton.

Program sampingan “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu jam 9.00 malam. Untuk episod akhir, 50 penonton bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di media sosial dengan hashtag #OIAM.

‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ Imbau Kenangan 5 Filem

IMG_9206-1

Konsert ini buat pertama kalinya menggabungkan kembali tiga bintang hebat tanah air yang pernah mencetus fenomena dalam industri perfileman tanah air sekitar 90-an iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

TEA_8081

Berlangsung selama lebih kurang tiga jam, ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.

IMG_9327-1

Pementasan arahan sutradara hebat, Erma Fatima ini memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2’ dan ‘Merah’ yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan.

TEA_8008-2

Konsert yang menelan kos sebanyak RM1.4 juta dipentaskan selama 7 hari (dari 3 hingga 9 Mac) berturut-turut di Istana Budaya. Bagi peminat-pemiat yan masih belum mendapatkan tiket-tiket boleh layari www.ticket2u.biz.