Tag Archives: Mewah Event Management

Konsert SLAM NURKASIH Di ZEPP KUALA LUMPUR

Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah di hasilkan oleh kumpulan SLAM.

Muzik serta  lagu lagu yang di hasilkan Kumpulan SLAM sentiasa menarik perhatian peminat di tambah dengan kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama serta di barisi pemuzik hebat sebagai pelengkap kumpulan ini yang meraikan tahun ke 30 penubuhan Kumpulan Slam yang masih mengekalkan anggota asal dari awal penubuhan sehingga ke hari ini.

Kehebatan Kumpulan SLAM yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu  aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti di nantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.

Konsert SLAM Nurkasih akan di adakan pada 6hb Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam akan membawakan  18 hingga 20 lagu lagu hits Kumpulan SLAM  yang pasti akan menggamit memori serta akan meninggalkan kenangan terindah kepada semua penonton yang hadir.

Konsert yang di beri judul NurKasih, yang merupakan salah satu jodol lagu hits Kumpulan SLAM, ia juga membawa maksud KASIH dan SAYANG  SLAM kepada peminat yang di ibarat kan seperti sentiasa memberikan CAHAYA (NUR) kepada Kumpulan SLAM selama ini.Konsert ini juga antara hadiah istimewa SLAM kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong mereka selama ini.

Konsert ini dibawakan  oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta  Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.

Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan di buak untuk semua ketogari tiket. Sebanyak Empat (4) buah gitar berupa dua (2) buah gitar eletrik dan dua (2) buah gitar akustik untuk di menangi yang di taja khas oleh PBH MUSIC SDN BHD

SINAR FM yang bertindak sebagai Radio Rasmi Konsert SLAM NurKasih juga akan mengadakan kuiz kepada pendengar bertuah yang akan memenagi tiket ke konsert ini nanti.

Royale Chulan Hotel KL telah bermurah hati menaja venue bagi  sidang media ini dan akan menawarkan pakej penginapan istimewa kepada pembeli tiket Konsert Slam NurKasih yang menginap di Royale Chulan Hotel KL untuk menonton konsert ini nanti.

Bagi mendapatkan tiket tiket Konsert SLAM NurKasih ini peminat boleh melayari laman web https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/  atau menghubungi Ilasso Tickets di talian 03-21706333

Tiket tiket berharga :

RM198  Ketogari Festival ( berdiri – bagi mendapat lebih mood menonton konsert )

RM 298 Ketogari 2 (duduk – bagi penonton yang memilih menonton lebih selesa)

RM 458  Ketogari VIP (duduk – akan di hadiahkan satu  goodies bag cenderamata istimewa Konsert SLAM NurKasih setiap seorang serta sesi ‘meet and greet’ bersama Kumpulan SLAM )

RM 5000 Kategori Royal Box ( 8 pax setiap box – akan di sediakan jamuan moktail sebelum konsert , goodie bag istimewa serta sesi ‘meet and greet’ bersama Kumpulan SLAM )

Antara yang menarik beberapa Royal Box & VIP telah banyak terjual serta kategori lain juga  mendapat sambutan hangat. Para peminat SLAM  di sarankan untuk membeli tiket awal bagi mengelakkan sebarang masalah luar jangka ketika melakukan pembelian di saat saat akhir.

Search dan Barbarik mahu yang terbaik untuk Konsert Double Trouble 2

KONSERT Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell dan Konsert Barbarik – Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu memberi impak kuat terhadap peminat muzik rock tanah air.

Hampir semua menyifatkan ia konsert rock terbaik tanah air sepanjang tahun lalu. Malah, lebih sebulan selepas kedua-dua konsert yang berlangsung pada Jun dan Disember itu, peminat masih memperkatakannya. Ramai yang terus berkongsi pendapat serta memuat naik video konsert berkenaan di media sosial masing-masing.

Jadi, bayangkan impaknya apabila Search dan Barbarik bergabung pula pada Konsert Double Trouble 2 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Ogos ini.

Search yang dibarisi Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi) dan Minn (dram) bergabung pula dengan Barbarik yang dianggotai Joe Branko (gitar), Muss (penyanyi), Ainol (dram), Rozaimie (bass) dan Adi (keyboard) pastinya amat dinantikan peminat rock.

Konsert Double Trouble 2 dianjurkan Alpha Nation, manakala pengurusan produksi oleh Laskhar Entertainment & Playmad Sdn Bhd. Urusan promosi pula dilakukan Mewah Event Management (MEM).

Joe berkata, walaupun berdepan cabaran, mereka berjanji akan berikan yang terbaik untuk Konsert Double Trouble 2 nanti.

“Kedua-dua konsert Search dan Barbarik sebelum ini memang sukses. Inilah cabarannya buat kami untuk mengekalkan momentum konsert itu,” katanya.

Menurut Joe, kedua-dua band ini banyak berbincang, bertukar-tukar idea bagi memastikan konsert ini yang terbaik.

“Saya kerap berjumpa dan berbincang dengan Noordin dan Kid. Kami juga banyak mengadakan pertemuan dengan penganjur,” katanya.

Joe berkata, konsep mereka kali ini tidak banyak beza dengan konsert Double Trouble yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Kemungkinan kedua-dua band akan menyampaikan 10 lagu dan mereka juga akan memainkan enam lagu bersama-sama.

“Mungkin ada enam lagu di mana Search dan Barbarik akan bersama-sama di atas pentas. Tapi ini bukan masing-masing nak tunjuk ‘terror’, bukan nak ‘battle’ apa semua, tapi kami akan main sama-sama.” katanya.

Penganjuran konsert ini berinspirasikan daripada album Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings pada 1998.

Search ketika itu menampilkan Amy (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (dram), manakala Wings pula dibarisi Muss (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).

Dalam pada itu, Noordin berkata, kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini kerana ia menampilkan pemuzik generasi selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari Barbarik.

“Kali ini biar mereka pula buktikan. Saya, Kid, Yan, Joe dan Muss adalah orang lama dan semua peminat sudah tahu. Mereka pula pemuzik generasi selepas kami yang cukup berbakat,” katanya.

Noordin berkata, pastinya ada kejutan dalam konsert ini nanti dan mereka berjanji akan membuatkan peminat puas selepas menonton persembahan mereka.

Tiket-tiket berharga RM129, RM139, RM159, RM169, RM179, RM199 dan RM359 (VIP) yang boleh dibeli di www.ilassotickets.com atau WhatsApp di talian 011-13297822.