Tag Archives: Motorsport Malaysia

ONEDRY TAJA PELUMBA MOTOSIKAL LITAR MUDA NEGARA

Onedry, jenama terkemuka dalam kelengkapan prestasi luar, hari ini secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan ZK Racing dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di MAEPS, Serdang. Kerjasama ini menandakan komitmen jitu jenama terhadap pembangunan bakat tempatan dengan menyambar dua pelumba muda berbakat Malaysia, Hakim Danish dan Qabil Irfan.

KERJASAMA PANTAS DEMI MASA DEPAN PELUMBA NEGARA

Dalam sesi temubual eksklusif, Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, mendedahkan bahawa urusan penajaan ini berlaku dengan sangat pantas. Perbincangan bersama pihak Onedry hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit sebelum persetujuan dicapai kerana visi yang selari dalam menyokong bakat muda.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

“Sponsorship adalah faktor yang sangat memainkan peranan besar untuk kita terus berjuang dalam sukan permotoran. Kita sangat menghargai sokongan Onedry untuk membantu Hakim Danish dan Qabil Irfan, terutamanya apabila Hakim bakal bersaing di pentas Moto3 tahun ini,” jelas Zulfahmi.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerjasama ini telah mendapat kelulusan daripada penaja sedia ada pelumba, memastikan tiada konflik kepentingan. Buat permulaan musim 2026, logo Onedry akan dipaparkan pada sut perlumbaan (leather suit) kedua-dua pelumba.

MENGAPA ONEDRY BERMULA DAN FOKUS PADA PRODUK KALIS AIR?

Menjawab persoalan media mengenai pemilihan produk, Jason (wakil Onedry) menjelaskan bahawa baju hujan adalah keperluan paling kritikal bagi penunggang di Malaysia disebabkan cuaca yang tidak menentu. Onedry fokus kepada keperluan harian yang praktikal berbanding penaja lumba tradisional.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

“Produk kalis air kami sangat sesuai untuk penunggang di Malaysia kerana kita tidak boleh jangka bila hujan lebat akan turun,” kata Jason. Beliau turut menambah bahawa pelan pemasaran Onedry tahun ini akan merangkumi kehadiran fizikal di acara sukan permotoran besar seperti MotoGP untuk berinteraksi terus dengan audiens sasaran.

INOVASI PRODUK: SIRI ULTRA-PRESTASI

Sempena majlis tersebut, Onedry turut memperkenalkan rangkaian produk inovasi teknikal terbaharu yang direka untuk perlindungan dan gaya tanpa kompromi:

  • Onedry Raincoat Ultra: Standard baharu dalam perlindungan kalis air, direka khas untuk menghadapi persekitaran ekstrem.
  • Onedry Boost 1.0 Backpack (30L): Beg galas kalis air berkapasiti tinggi untuk kegunaan lasak dan pengembaraan.
  • Onedry Boost 1.0 Waist Bag: Beg pinggang fungsional dengan pilihan warna premium Hitam (Black) dan Kelabu (Stone Grey).
  • Waist Bag Lite: Pilihan ringkas dan ringan untuk keperluan harian yang lebih praktikal.
Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

VISI JANGKA PANJANG

Walaupun kontrak semasa ditandatangani untuk tempoh satu tahun, Onedry memberikan bayangan untuk meneruskan kerjasama ini sehingga lima tahun akan datang, selaras dengan perkembangan karier antarabangsa Hakim Danish dan Qabil Irfan. Kerjasama ini mencerminkan misi utama Onedry untuk mengenal pasti, memupuk, dan memperkasakan bakat anak watan ke peringkat dunia.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

MENGENAI ONEDRY: Onedry ialah jenama tempatan yang memfokuskan kepada kelengkapan menunggang motosikal kalis air seperti baju hujan, beg kalis air, sarung tangan dan aksesori motosikal. Jenama ini menekankan pembangunan produk yang praktikal, tahan lasak dan mesra penunggang bagi kegunaan harian, latihan dan perjalanan.

VIPER NIZA RACING KEMBALI KE PAUL RICARD 2025 DENGAN MISI PODIUM

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2025Pasukan perlumbaan Malaysia, Viper Niza Racing, akan kembali ke litar ikonik Paul Ricard di Perancis hujung minggu ini bagi menyertai perlumbaan 12 Hours of Paul Ricard 2025, menandakan kepulangan mereka ke lokasi tersebut selepas tujuh tahun.

Diterajui oleh Douglas Khoo selaku Prinsipal Pasukan dan pemandu utama, Viper Niza Racing membawa harapan besar selepas prestasi cemerlang di beberapa pusingan musim ini, walaupun mengalami kegagalan teknikal di 12 Hours of Misano bulan lalu. Pasukan kini menduduki tempat ke-4 dalam kedudukan keseluruhan GT3-AM, dan bakal berentap demi kedudukan podium musim 2025.

Kali ini, mereka akan memandu Mercedes-AMG GT3 EVO bersama pemandu Dominic Ang dan Melvin Moh, membawa semangat baharu selepas isu pam stereng, roda tidak dipasang kemas dan keretakan pada enjin yang menghampakan mereka di Misano.

“Kami jadikan insiden di Misano sebagai motivasi. Kereta sudah melalui servis penuh, dan kami bersedia sepenuhnya untuk memberikan saingan sengit di Paul Ricard,” ujar Khoo.

Sebelum Misano, pasukan ini telah menunjukkan prestasi luar biasa termasuk:

  • Tempat ke-6 keseluruhan dan ke-4 dalam kelas GT3 di 12 Hours of Spa Francorchamps,
  • Kemenangan dalam kelas GT AM Masters dan naib juara GT AM di Motul 12 Hours of Sepang.

Litar Paul Ricard, yang dibuka sejak tahun 1970, terkenal dengan 15 selekoh teknikal dan aspek keselamatan tinggi. Ia juga pernah menjadi tuan rumah kepada FIA Formula 1 French Grand Prix sehingga 2022. Kini ia menjadi lokasi bagi kejuaraan antarabangsa seperti European Le Mans Series, GT World Challenge Europe dan International GT Open.

Viper Niza Racing disokong oleh penaja utama seperti Motul, Endless, Momentum Autoparts, serta IWC dan Jen Orchard Gateway Hotel, Singapura.

Dengan semangat juang dan dedikasi penuh dari pasukan 100% Malaysia, perlumbaan kali ini menjadi penentu momentum mereka menuju penamat podium keseluruhan dalam siri Michelin 24H 2025.

VIOS CHALLENGE 2025 CIPTA DETIK BERSEJARAH DI LITAR SEPANG

SHAH ALAM, 27 JUN 2025Vios Challenge 2025 menandakan satu detik bersejarah apabila buat pertama kalinya ia dipentaskan di peringkat antarabangsa sempena penganjuran AUTOBACS SUPER GT Malaysia, bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Perlumbaan selama satu jam ini merupakan antara acara kemuncak hujung minggu tersebut dan mencabar para pelumba untuk menakluki litar sepanjang 5.543 kilometer, menggantikan format asal 10 pusingan secara sprint.

Sebanyak 36 pelumba merangkumi tiga kelas perlumbaan – Super Sporting, Sporting dan Rookie – menyertai Pusingan Kedua Vios Challenge 2025, termasuk penyertaan antarabangsa dari Thailand, Singapura dan India. Penganjuran kali ini menjadi lebih istimewa dengan penajaan utama daripada UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia, menjadikan perlumbaan ini sebahagian daripada siri rasmi SUPER GT Malaysia.

Dalam Kelas Super Sporting, pelumba Telagamas Toyota Freddie Ang menjuarai perlumbaan selepas pertarungan sengit dengan Nabil Azlan (Wheelcorp) yang menamatkan saingan hanya 0.7 saat di belakang. William Ho (Toyotsu Racing) pula mengekori di tempat ketiga dengan jurang 18 saat.

Untuk Kelas Sporting, Jwan Hii (Hong Huat x Armada KK Racing) menunjukkan dominasi penuh dengan kemenangan selesa 8 saat di hadapan Dato Dr Ken Foo (Kulim Top Wheels). Tempat ketiga disandang oleh pelumba Thailand, Varunchit Wattanathanakun dari pasukan RUK Team Nexzter PMC 52.

Drama turut terserlah dalam Kelas Rookie, apabila pelumba muda Aydan Khaliq muncul juara selepas kegagalan mekanikal menimpa Harkiesh Geeva yang pada awalnya mendahului. Rahul Dev merangkul tempat kedua.

“Bertanding dalam acara SUPER GT memberi pendedahan besar kepada pelumba muda dan juga memperkenalkan Vios Challenge ke peringkat global,” ujar Aydan selepas tamat perlumbaan.

Perlumbaan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah berjaya menonjolkan bakat tempatan serta antarabangsa dalam suasana perlumbaan bertaraf dunia.

Maklumat lanjut mengenai keputusan penuh perlumbaan dan kemas kini boleh diperoleh di laman rasmi:
🔗 www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia