Tag Archives: Mya

Tiada Penyingkiran di Minggu Kedua Mentor Milenia

Sekali lagi Mentor Milenia memberi kejutan kepada para protΓ©gΓ© dan penonton dengan mengekalkan kesemua lapan protΓ©gΓ© untuk mara ke pertarungan minggu ketiga. Keputusan pada malam tersebut telah memberi peluang kepada dua protΓ©gΓ© Wanie (Black) dan Mya (Hazama) yang mendapat tempta terendah untuk mempertingkatkan mutu persembahan mereka pada minggu akan datang.

Pertarungan minggu kedua ini menyaksikan Qody (protΓ©gΓ© Black) berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM1,000. Keunikan Qody dalam mempersembahkan lagu medley Zapin Usik Mengusik & Zikir Kasih berjaya mencuit hati para penonton dan juga juri awam apabila muncul dengan baju Melayu lengkap dan menari zapin.

Turut memberi saingan yang bertenaga pada malam itu adalah Nuri dengan lagunya Bang Bang dari filem Pitch Perfect 2, Han (Laskar Pelangi-Nidji), Ebba (No One-Alicia Keys), Zetty (Khayalan-Black Dog Bone), Fareez (Rindu Serindu Rindunya-Spoon), Mya (Apakah Ini Cinta-Judika).

Qody Juara Mingguan (Battle 2)

Persembahan mantap daripada setiap protΓ©gΓ© telah membuatkan tiada penyingkiran diumumkan di akhir siaran langsung Mentor Milenia. Ini cukup membuktikan bahawa kesemua protΓ©gΓ© yang dipilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia adalah berkualiti dari segi persembahan, vokal dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Keputusan yang tidak disangkakan ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada para mentor memperbaiki tahap persembahan protΓ©gΓ© mereka. Pada masa yang sama, keputusan malam tersebut juga dapat memberi tahap keyakinan tinggi dalam diri setiap protΓ©gΓ© dan terus berusaha untuk menjadi terbaik.

Mentor Milenia yang mengandungi Sembilan episod ini dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Pemarkahan bagi setiap protΓ©gΓ© adalah berdasarkan kepada undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan selebihnya (70%) menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). ProtΓ©gΓ© yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Nuri
Nuri

Mentor Milenia ini dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Siapakah yang bakal tersingkir untuk pertarungan seterusnya? Untuk mendapat keputusannya, jangan lupa untuk saksikan Mentor Milenia yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Sementara itu, Jurnal Mentor Milenia turut memaparkan aktiviti mentor dan protΓ©gΓ© dan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my