Tag Archives: NJOI

Astro lancar ‘NJOI Now’ untuk perkhidmatan penstriman video percuma

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini melancarkan perkhidmatan penstriman video baharu, NJOI Now, yang boleh dinikmati menerusi alat peranti mudah alih dan secara atas talian untuk memberi akses percuma kepada seluruh rakyat Malaysia kepada kandungan hiburan on demand termasuklah box set, siaran langsung program sukan dan berita terkini.

NJOI Now direka untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan masa kini dengan menawarkan fleksibiliti penuh tanpa sebarang kerumitan. NJOI Now merupakan satu-satunya aplikasi mudah alih di Malaysia yang menawarkan kandungan on demand, box set, program-program utama daripada saluran Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil, program siaran langsung sukan terhebat di Astro Arena, berita terkini di Astro Awani dan juga program pendidikan di Astro Tutor TV secara percuma. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan boleh terus menonton kandungan tempatan dan antarabangsa terbaik di peranti mudah alih serta secara atas talian.

Perdana Mentari Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak melancarkan NJOI Now pada hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang ditemani oleh Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro.

Strim siaran langsung kandungan on demand secara percuma

NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport1 bermula 11 hingga 31 Mei, berita terkini di Astro Awani, kandungan pendidikan berkualiti tinggi di Astro Tutor TV, program Islamik yang progresif di Astro Oasis, rancangan variasi popular, drama televisyen dan program-program utama di Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil. Dalam masa yang sama, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah di saluran Go Shop dan menonton semula episod-episod rancangan kegemaran, atau menonton seleksi filem on demand secara percuma.

Pengguna NJOI Now boleh juga mengakses kesemua box-set drama Melayu terbaik seperti Suri Hati Mr Pilot, Isteri Tuan Ihsan, Lara Aishah; program variasi popular, Meja Bulat Sepahtu; drama epik Cina, The Legend of Mi Yue, dan travelog Tamil, KL to KaraKaidu. Senarai kandungan akan diperbaharui secara bulanan.

NJOI Now dilengkapi dengan enjin cadangan yang akan memberi cadangan tentang kandungan yang releven buat pengguna individu. NJOI Now juga mempunyai ciri-ciri muat turun kandungan yang membolehkan pengguna memuat turun kandungan terpilih untuk ditonton tanpa penggunaan talian internet mahupun penggunaan data tambahan.

Screenshot dari Iphone

Pilihan prabayar buat pengguna yang mahukan lebih variasi untuk kandungan premium

Buat individu yang mahukan akses kepada lebih variasi untuk kandungan premium, NJOI Now menawarkan pilihan prabayar untuk akses segera ke saluran dan kandungan tambahan, termasuklah Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, filem terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi daripada bahagian on demand. Pengguna juga boleh membuat senarai tontonan sendiri, menikmati kandungan dalam paparan definisi tinggi dan mendapat lebih kandungan menerusi prabayar ‘pay as you use’ sedia ada NJOI Now yang membolehkan pengguna untuk membeli hanya kandungan yang dimahukan menerusi Prabayar NJOI daripada kedai-kedai atau kredit kad di aplikasi tersebut.

NJOI Now adalah terbuka buat semua rakyat Malaysia, dan boleh dinikmati di pelbagai alat peranti yang mana buat masa sekarang, seorang pengguna berdaftar boleh menonton di dua alat peranti dalam masa yang sama. Muat turun aplikasi NJOI Now di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.

Screenshot dari Tablet

ASTRO Bawa Liputan Menyeluruh SUKAN KOMANWEL 2014

CWG_image

Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16 

saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the Go. Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”. 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Pecahan Saluran Khusus Sukan Komanwel 2014 Glasgow : Nombor saluran (SD)  Nombor saluran (HD)  Butiran saluran 
820 840 Saluran mozek. Gabungan tujuh skrin yang memaparkan acara sukan yang sedang berlangsung. Mempunyai fungsi interaktif yang memaparkan jadual acara, keputusan, kedudukan pingat dan berita terkini mengenai Sukan Komanwel 2014
821 – 826 841 – 846 Liputan secara langsung dan siaran ulangan
827 847 Saluran yang akan menyiarkan acara-acara sukan terbaik yang dipilih