Musim perayaan tahun ini bakal menyaksikan revolusi fesyen yang lebih bermakna melalui pelancaran koleksi Qhiam Raya 2026. Jenama fesyen tempatan yang kian meningkat naik ini bukan sekadar menawarkan pakaian, malah mengangkat naratif kebersamaan dan seni mendengar permintaan pelanggan sebagai teras utama rekaan mereka.
Ikon Muzik Tempatan Menggayakan Tradisi
Tahun ini, Qhiam memperkukuhkan identitinya dengan kolaborasi bersama dua figura besar industri muzik tanah air. Noh Salleh kembali untuk tahun kedua sebagai wajah utama jenama , melambangkan keaslian yang menjadi jiwa Qhiam. Beliau mengetuai koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah rangkaian pakaian sedondon untuk seluruh ahli keluarga termasuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak.
Selain itu, kehadiran lagenda rock Amy Search sebagai wajah bagi Artisan Teras Collection menambah seri pada koleksi tahun ini. Koleksi ini memberi tumpuan kepada potongan klasik seperti pesak dan kolar teluk belanga yang sinonim dengan ketelitian seni jahitan tradisional Melayu.
Inovasi Fabrik dan Rekaan Baharu
Memahami keperluan cuaca dan keselesaan di hari raya, Qhiam melakukan pembaharuan pada material yang digunakan. Koleksi Galur kini tampil dengan fabrik yang lebih ringan namun tetap mengekalkan kualiti premium.
Berikut adalah ringkasan koleksi utama bagi tahun 2026:
Koleksi
Ciri Utama
Fokus Rekaan
Nohstalgia Galur
Fabrik ringan & premium
Pakaian sedondon keluarga
Kurta Teman
6 rekaan & fabrik baharu
Gabungan moden & tradisional
Artisan Teras
Campuran kapas-linen mewah
Potongan klasik & pesak
Samping Eksklusif
9 rekaan kontemporari
Pelengkap gaya 2026
Sendja (Gadis Muda)
13 rekaan segar & versatile
Keselesaan & fleksibiliti styling
Meluaskan Jajahan: Dari Shah Alam ke Putrajaya
Bagi memudahkan pelanggan merasai sendiri kualiti fabrik Qhiam, jenama ini secara agresif memperluaskan rangkaian fizikal mereka. Showroom pertama kini telah dibuka di Shah Alam, diikuti dengan cawangan baharu di Bangi. Berita gembira buat warga Putrajaya, Qhiam juga bakal menemui anda di IOI City Mall tidak lama lagi.
“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi, dan gaya moden menerusi koleksi yang segar untuk setiap ahli keluarga,” jelas wakil jenama tersebut.
Gaya Remaja Bersama Sendja
Tidak dilupakan adalah Sendja, jenama adik di bawah naungan Qhiam yang dikhaskan untuk gadis muda. Dengan 13 rekaan baharu, Sendja menawarkan pilihan gaya dari kasual hingga formal yang membolehkan remaja mengekspresikan personaliti mereka tanpa meminggirkan nilai tradisi.
Kunjungi showroom Qhiam berdekatan anda untuk merasai sendiri keindahan koleksi Raya 2026 yang penuh dengan nilai estetika dan keselesaan premium.
MELAKA, 11 JULAI 2025 – Sebuah persembahan bertemakan penyembuhan emosi bakal mencatat sejarah tersendiri apabila Perayaan Patahati Universe 2025 menghimpunkan barisan artis terkenal seperti Noh Salleh, Insomniacks, Kucaimars, Cherpen dan Rijeu di Panggung Bangsawan Melaka pada 23 Ogos 2025.
Bertemakan “Himpunan Warga Patahati”, konsert anjuran Patahati Universe ini bukan sekadar hiburan biasa, sebaliknya hadir sebagai sebuah ruang emosi dan terapi jiwa. Konsert ini dijangka berlangsung selama hampir tiga jam dan mengangkat isu kesihatan mental, cinta yang tidak kesampaian serta harapan baru dalam bentuk muzik, visual dan interaksi pentas.
Menurut Pengarah Projek, Cassandra, konsert ini merupakan sebuah “pelukan buat hati-hati yang pernah retak”. Beliau menegaskan bahawa lirik, melodi dan visual persembahan akan digarap secara mendalam bagi mencetus pengalaman healing buat para penonton.
Antara elemen unik yang akan diketengahkan ialah tayangan drama pendek, voice-over inspirasi oleh pempengaruh Motivasi Fiq Sam, serta persembahan 25 lagu galau dan penyembuhan hati. Penonton juga akan diraikan secara eksklusif melalui Sambutan Hari Lahir Istimewa Warga Patahati bagi mereka yang lahir pada 23 Ogos.
Panggung Bangsawan Melaka, lokasi bersejarah yang kini menjadi hab seni moden di bawah seliaan Perbadanan Melaka (MCorp), bakal menampung sehingga 1,500 penonton. Ia terletak dalam zon buffer UNESCO, menambahkan nilai simbolik kepada konsert berkonsepkan emosi ini.
Harga tiket bermula dari RM109 (Patahati – Berdiri), RM129 (Jatuhati – Duduk) dan RM159 (Luluhati – Duduk), manakala untuk pasangan hanya RM196. Pembelian tiket boleh dibuat di ilassotickets.com, dengan iLasso Tickets sebagai penjual rasmi.
Panggung Bangsawan dan Tourism Melaka tampil sebagai rakan strategik, manakala urusan publisiti dikendalikan oleh Mewah Event Management. Acara ini turut membawa kod pemakaian unik — putih (single), hitam (berpunya), dan merah (patahati) — bagi mencerminkan status emosi penonton.
Bagi peminat muzik yang mencari makna di sebalik lagu, Perayaan Patahati Universe 2025 menjanjikan malam penuh rasa dan penyembuhan emosi dalam cara yang paling indah dan artistik.
Menurut kata-kata pujangga, Dunia akan membeku tanpa cinta. Maka mengangkat predikat cinta yang sangat besar maknanya dalam kehidupan manusia dan kehidupan sejagat, konsert ini diberikan judul yang santai tetapi penuh makna~ CINTA CONCERT.
Buat perdana kalinya, penyanyi muda Nadira Adnan yang kini sedang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia bakal muncul dengan konsert yang bakal mengabungkan juga nama-nama besar dalam dunia seni. Yuna, Amy Search, Noh Salleh dan Joe Flizzow akan turut bersama-sama merealisasikan makna cinta masing-masing di Istana Budaya pada 19 dan 20 Ogos ini.
https://www.youtube.com/watch?v=wg7XF3tjKFI
Bertempat di Panggung Sari, konsert yang dibawakan oleh Nadira Music Management ini akan bermula pada 8.30 malam. Menariknya tentang Cinta Concert ini ialah bukan sahaja daripada pemilihan lagu artis yang terlibat tetapi juga produksi konsert yang menitikberatkan soal pementasan dan rekaan yang pasti memukau mata penonton yang hadir kelak.
Sebagai informasi,Nadira Adnan telah muncul dengan album perdananya yang diberi judul ISI HATI. Lagu-lagu dari album yang diedarkan di Malaysia dan Indonesia ini akan diperdengarkan buat pertama kalinya secara langsung buat para peminat di Malaysia.Gementar namun penuh pengharapan, Nadira Adnan yang kini berinjak ke usia 19 tahun telah melalui proses persediaan intensif untuk konsert ini sejak bulan Mei lalu. Di selang seli dengan jadual pembelajaran sebagai pelajar perubatan, Nadira menjalani kelas vokal di Indonesia.
“Saya sangat teruja namun gementar kerana ini merupakan persembahan terbesar saya buat pertama kalinya. Saya seakan tidak percaya kerana dapat membuat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan yang merupakan inspirasi saya. Saya harap semua yang terlibat serta penonton turut merasai keterujaan saya. Saya berharap usaha serta penat lelah saya akan membuahkan hasil,”ujar Nadira Adnan yang kini terkenal dengan lagu Sayang.
Menurut Joe Flizzow pula, “Saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton dan membuat persembahan di pentas yang penuh berprestij.”Selain itu,Noh Salleh yang kini terkenal dengan lagu Angin Kencang merasakan ini merupakan sebuah peluang yang baik untuk dirinya.
“Dapat bergandingan dengan nama-nama besar di dalam industry muzik tanah air merupakan satu kebanggan buat saya,”ujar Noh.
https://www.youtube.com/watch?v=NbKw5LwPH_s
Manakala menurut Yuna yang sekarang sedang mengharumkan nama Malaysia di luar negara,” Saya amat terharu untuk membuat persembahan di Istana Budaya bersama Amy Search, Joe Flizzow, Noh serta Nadira. Saya berharap peminat dapat turut bersama-sama datang menyaksikan konsert ini nanti.”
Konsert ini akan memperlihatkan Eddie Slam sebagai pengarah muzik dengan ditemani pemuzik-pemuzik handalan Malaysia.
Tiket-tiket untuk Konsert Cinta ini yang berharga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM 500 akan mula dijual pada 21 Julai 2016 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.
Sheila On 7 yang terkenal dengan lagu Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi bakal mengadakan Konsert 20 Tahun Sheila On 7 pada 27 Mac depan di StarXpo Hall,KWC Fashion Mall,Kuala Lumpur.Ia dibawakan khas oleh Mawlaya Network Sdn Bhd.
Dalam sejarah muzik Indonesia, band ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal lebih dari satu juta unit,tiga album berturut-turut.Antara anugerah yang mereka perolehi ialah Double Platinum Award (album pertama), Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) melalui lagu Dan, Produser Terbaik AMI 99,Album Paling Berkilau,Album Terbaik Sheila On 7,Song of The Year MTV Ampuh,7 Platinum and Special Achievement Award 2000,Most Favourite Band 2001,Ten Times Platinum 2001 dan Most Favourite Band MTV Indonesia.Terbaru mereka memenangi anugerah 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman 2009,Best band of The Year NET 2.0 Indonesian Choice Award,Best Album of The Year dan Best Song of The Year di Indonesian Choice Award.
Sempena konsert 20 tahun Sheila On 7 (SO7) di Malaysia,tiket-tiket boleh didapati di cawangan Rock Corner dan Victoria Music di Sungei Wang,Amcorp Mall,Tropicana Mall,The Curve,Mid Valley dan Subang Parade dengan harga RM75, RM110, RM150 dan RM190 juga boleh didapati menerusi talian sesawang www.ilassotickets.com mulai 15 Januari lepas.
Noh Salleh dan Restoe Ibu Band pula merupakan artis undangan bagi pembuka tirai konsert tersebut.
Setiap tahun Anugerah Juara Lagu pastinya merupakan acara muzik terbesar Malaysia yang pastinya di tunggu-tunggu. Malah tidak salah jika acara berprestij itu boleh dianggap sebagai agenda negara kerana pengaruhnya yang kuat dalam industri muzik tanahair.
Acara itu kini telah bertapak selama 30 tahun dalam mewarnai evolusi muzik negara. Jika edisi sebelumnya memilih konsep ‘Gema dalam Muzik’, kali ini Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memilih konsep yang lebih gah iaitu ‘Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL’ bagi menggambarkan penganjurannya selama 3 Dekad Mencipta Fenomena.
Kumpulan pertama memenangi AJL – Search diberikan penghargaan AJL30
“Konsep ‘Kegemilangan dan Kemeriahan’ menjadi pilihan kerana kami ingin meraikan usia Anugerah Juara Lagu yang semakin signifikan dan semestinya memberikan impak dalam arus muzik tanahair. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa AJL merupakan acara muzik terbesar negara kerana kesemua lagu yang dipertandingkan mempunyai kualiti tersendiri hasil penjurian profesional. Malah penganjurannya juga mempunyai nilai ‘standard’ yang tinggi berskala artis antrabangsa dengan penataan cahaya, sistem bunyi dan pastinya gimik dan props yang tidak pernah mengecewakan. Inilah hadiah pembuka tirai 2016 yang terbaik bakal kami sajikan kepada penonton TV3,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9.
Sidang media khas hari ini juga mengumumkan secara rasminya bahawa acara berprestij itu bakal berlangsung pada hari Ahad, 24 Januari 2016 secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan bakal dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik yang serasi bersama iaitu Fara Fauzana dan AG Hot FM.
SonaOne, Joe Flizzow & Ila Damia menyanyikan lagu mash up Apa Khabar + Sekadar di Pinggiran
AJL30 yang bakal menginterprestasikan kemeriahan 3 Dekad Mencipta Fenomena itu juga bakal mengimbas kembali beberapa detik istimewa sepanjang 30 tahun penganjurannya. Dalam majlis yang sama, Anugerah Ikon AJL turut diberikan kepada para pemenang terdahulu yang juga mewakili penyanyi, komposer dan penulis lirik yang memberi impak besar. Lima penerima anugerah itu ialah Francissca Peter dan Manan Ngah menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran yang merupakan lagu Juara Lagu pertama (1986), kumpulan Search yang merupakan kumpulan pertama menjuarai acara itu dengan lagu Isabella (1989), Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penyanyi wanita yang paling banyak menjuarai Juara Lagu dengan Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998), dan Balqis (2000). Manakala Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Hairul Anuar Harun turut mendapat penghargaan sebagai pencipta lagu etnik kreatif untuk Cindai (1998) dan Balqis (2000). Manakala Joe Flizzow dan Sona One merupakan pemenang AJL 29 selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik untuk lagu hip hop pertama diangkat menerusi lagu Apa Khabar (2014).
Jika tahun sebelumnya, jelajah promosi (road tour) dijalankan, kali ini sebuah festival muzik berskala besar bakal dianjurkan bagi memberi peluang kepada para penonton menemui penyanyi kesayangan mereka selain mencuba pelbagai aktiviti yang tersedia. Festival AJL30 akan diadakan pada 9 Januari 2016 di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka bermula 2.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Festival itu bakal mengadakan konsert besar-besaran dimana para penyanyi terkenal akan membawakan lagu-lagu yang pernah bertanding di acara berprestij tersebut.
Finalis AJL30
AJL30 bakal menyaksikan 12 finalis berentap bagi membawakan kekuatan lagu masing-masing dan bakal dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada 24 Januari 2016 nanti.
“Alhamdulillah, Vida Beauty Pamoga Qu Puteh yang telah 15 tahun bertapak dengan teguh dalam pasaran berjaya memenangi hati pengguna. Diberi peluang sekali lagi menjadi penaja utama AJL30 yang berprestij dan gilang-gemilang adalah merupakan satu titik tolak bagi melebarkan lagi sayap perniagaan saya di masa hadapan. Penglibatan Qu Puteh dan Pamoga dalam AJL29 pada tahun lepas memberikan impak positif dalam penjualan produk saya. Disamping menyokong industri muzik tanah air, saya juga berharap penglibatan dalam acara berprestij ini dapat meletakkan saya dan perniagaan saya setinggi-tinggi bintang di awan. Saya berharap dengan kehadiran Pamoga dan Qu Puteh dapat memancarkan lagi Anugerah Juara Lagu 30,” kata Dato’ Seri Vida.
Cabutan giliran persembahan
AJL30 juga memperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang meraikan juara-juara sepanjang 30 tahun penubuhan AJL. Anugerah yang diundi melalui laman web www.anugerahjuaralagu.com ini juga memberikan peluang kepada penonton untuk mengundi persembahan juara lagu terbaik dari AJL 1986 hingga AJL 2014!
Penonton boleh memilih persembahan kegemaran mereka dengan menekan butang Undi sebanyak mungkin. Lagu-lagu yang mendapat undian tertinggi berpeluang ke ‘Top 5’ dan merebut trofi Anugerah Qu Puteh Diva.
Senarai pencalonan, video persembahan juara AJL dan maklumat lanjut juga boleh di dapati dengan melayari www.anugerahjuaralagu.com.
Siaran langsung acara berprestij AJL30 juga boleh dilihat secara global menerusi ‘live streaming’ di portal Tonton.
Berikut ialah 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30.
LAGU
PENYANYI
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
SENARAI GILIRAN
BIARKANLAH
DRAMA BAND
AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM
AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM
8
KNOCK KNOCK
ELIZABETH TAN
FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
7
SAMPAI MATI
HAZAMA
OMAR K & AUDI MOK
OMAR K
5
BUKAN HAL AKU
KAKA AZRAFF & ALIFF
THE GOOD FELLAS
THE GOOD FELLAS
4
HANYA NAMAMU
CALIPH BUSKERS
EDRY ABDUL HALIM
EDRY ABDUL HALIM
6
MALAM INI KITA PUNYA
BUNKFACE
SAM BUNKFACE
SAM BUNKFACE
1
POTRET
AKIM & THE MAJISTRET
HANG NADIM
KAMAR EMPAYAR
11
NOT FOR SALE
STACY
MIKE CHAN & OMAR K
MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET
9
ANGIN KENCANG
NOH SALLEH
NOH SALLEH
NOH SALLEH
2
TAK PERNAH MENYERAH
DAYANG NURFAIZAH
AKID
POJI SAMAD
12
ASSALAMUALAIKUM
FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK
FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK
Terinspirasi daripada karya solo John Lennon, ia menceritakan tentang kerinduan terhadap sang kekasih dan angin yang membawa bayu-bayu rindu menghembuskan cintanya. Ketika itu, MizzNina sedang sibuk dengan promosi jelajahnya selama sebulan di Amerika Syarikat dan sebagai suami yang rindukan isterinya, Noh mengilhamkannya melalui lagu ini.
Satu fenomena bakal tercipta bulan Jun ini apabila syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej Uniti bakal menganjurkan acara jualan besar-besaran dengan menghimpunkan seramai mungkin usahawan online menerusi MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.
Ia bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di Hall A,Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).Selain menghimpunkan usahawan online,ia juga menggalakkan aktiviti keusahawan terutama di kalangan bumiputera serta membantu meningkatkan ekonomi ummah dan mempromosi produk.
Bayangkan barang-barang seperti pakaian,makanan, aksesori serta produk kesihatan dan kecantikan yang sebelum ini diijual secara online namun kini dijual secara offline.
Selain usahawan melayu yang berniaga di Mega Bazaar ini, seramai 50 artis turut sama menjual pelbagai produk mereka.Antara selebriti yang bakal menjaga booth mereka adalah Neelofa, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Samsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan Noh Salleh, Ameer (Fourteen) , Khairul Fahmi (Apex) dan ramai lagi.
Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd,Iffah Zaimi, penganjuran Mega Bazaar ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada kesemua pengusaha perniagaan online di Malaysia.Dengan harga serendah RM400, mereka akan berpeluang untuk menempah booth untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan lain disediakan.
Harga-harga booth adalah seperti RM400 (Silver 1.8×1.8m), RM550 (Gold 3.6×3.6m) dan RM650 (Platinum 5x5m). RM50 perlu ditambah pada harga booth jika menempah gerai di sebelah tepi.
“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan penghawa dingin, kemudahan meletak kenderaan dan tram pengangkutan selain booth yang lengkap dengan meja dan kerusi.Saya rasa, harga booth yang kami tawarkan begitu rendah berbanding sambutan yang sudah kami jangkakan,” tambah beliau.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi 012-2920131 atau layari laman sesawang www.ehehbazaar.com untuk keterangan lanjut atau menempah gerai anda.
Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.
Setelah sekian lama berkarya, beliau seakan-akan terlupa untuk menghasilkan album untuk dirinya sendiri, maka setelah kemuncak kejayaan beliau dalam menempa sejarah menjadi antara 3 terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 28 menerusi lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian duet beliau bersama Awi Rafael, beliau telah muncul dengan album penuh beliau berjudul “ KOTARAYAKU” yang telah pun berada di pasaran bermula 12 April yang lalu.
Menjadikan tema kembali ke sekolah, ALTIMET telah menjadikan sekolah lama beliau iaitu Bukit Bintang Boys School, Petaling Jaya sebagai lokasi pelancaran album dan mini showcase beliau. Ia menarik minat ramai pengikut setia beliau termasuklah pelajar-pelajar sekolah tersebut. Menjelaskan, tentang idea tersebut, apabila dicadangkan tema tersebut oleh perancang majlis, beliau terlintas untuk menjadikan sekolah lama beliau sebagai satu lokasi kenangan manis untuk beliau dan beliau rasa bersyukur apabila pengetua sekolah tersebut memberikan lampu hijau dan turut sama hadir ke majlis pelancaran tersebut.
Bernaung di bawah sayap KARTEL RECORDS milik rapper terkenal JOE FLIZZOW, album KOTARAYAKU memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet ALTIMET bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio. Album ini dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.