Dewa 19 Padi Reborn bakal mencipta sejarah baharu industri muzik tanah air pada 6 Jun 2026. Dua nama besar Indonesia ini akan berkongsi satu pentas di Axiata Arena, Bukit Jalil. Ini kali pertama pertembungan epik tersebut direalisasikan di Malaysia.
Konsert ini dianjurkan oleh Icon Entertainment. Tiket mula dijual pada 27 Februari 2026, jam 11 pagi. Peminat dijangka membanjiri arena untuk menyaksikan malam penuh nostalgia.
SEJARAH PERTEMUAN DUA LEGENDA
Dewa 19 kembali ke Kuala Lumpur selepas konsert terakhir mereka pada 2023. Kali ini mereka tampil dengan judul Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia. Nama itu cukup simbolik buat peminat setia mereka.
Lebih mengujakan, Padi Reborn diumumkan sebagai penampilan khas. Buat julung kali, dua band gergasi ini disatukan dalam satu acara. Ia bukan sekadar konsert, tetapi pertemuan besar Baladewa dan Sobat Padi.
TIGA VOKALIS, SATU MALAM PENUH MEMORI
Konsert ini menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe (Ello). Turut bersama ialah Tyo Nugros. Gabungan ini menjanjikan seleksi lagu hit yang malar segar.
Padi Reborn pula terkenal dengan deretan lagu cinta yang masih relevan sehingga kini. Malam tersebut dijangka dipenuhi nyanyian beramai-ramai dan momen penuh emosi.
HARGA TIKET & TEMA ISTIMEWA
Harga tiket bermula RM236 sehingga RM488. Antara kategori yang ditawarkan termasuk Atas Nama Cinta, Bala Sobat, Pangeran Cinta, Laskar Cinta dan Sedang Ingin Bercinta.
Menariknya, tema pakaian rasmi ialah T-SHIRT BAND ORIGINAL. Peminat digalakkan memakai koleksi rasmi Dewa 19 atau Padi Reborn sebagai simbol sokongan sejati.
Konsert ini dijangka mencetus fenomena besar. Axiata Arena bakal bergema dengan sorakan ribuan peminat pada malam bersejarah itu.
Seolah terlahir semula, buat julung julung kalinya sejak penubuhannya sekitar tahun 1997, Padi telah membuktikan bahawa diri mereka masih lagi utuh dan mampu untuk beraksi di pentas, buktinya Padi Reborn Exclusive Live In KL yang telah berlangsung pada 30 Jun lalu masih mampu mengamit lebih 2000 Sobat Padi.
Kumpulan Pitahati terlebih dahulu membuat persembahan, tenyata band yang baru tampil dengan album “Selamat Datang ke Panggung Suara” ini tidak kurang hebatnya. Pitahati yang terdiri daripada Ilham, Yasin, Masrin, Zahar dan Hidayat berjaya menawan seraya membuat peminat khayal dengan untaian genre nusantara rock-avant garde mereka. Pitahati turut mengalunkan beberapa buah lagu antaranya Cahaya Buta, Sahabat dan Bintang Biru Kristal Salju.
Piyu (Gitar) bersama Fadly (Vokal utama)
Tepat jam 9.10 malam kumpulan Padi Reborn tampil menguasai pentas dan menghiburkan dahaga Sobat Padi. Biarpun ‘vakum’ selama tujuh tahun mereka kembali mengganas dengan mengekalkan anggota yang sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) memulakan persembahan dengan lagu Sang Penghibur.
“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn. Konsert ini adalah lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang bersama menyanyikan lagu-lagu Padi” ujar Fadly.
Usai membuka bicara, Padi Reborn tampil dengan lagu Lingkaran, Menanti Sebuah Jawaban serta Begitu Indah turut mengundang lontaran vokal yang berkesinambungan di antara hadirin. Suasana semakin panas namun fadly cukup bijak berinteraksi dengan hadirin.
Ilham Pitahati
Pemain drum meningkat naik, Amira Syahira yang membuat kemunculan istimewa bersama pemain drum Padi Reborn, Yoyo lebih menggamatkan suasana menerusi lagu Bayangkanlah. Kolaborasi hebat duo ini turut diimarahkan dengan petikan bass oleh Rindra yang menghasilkan lontaran irama We Will Rock You (Queen) yang menerawang ke atmosfera KL Live.
Bahang konsert pada malam itu terus di hangatkan lagi dengan kemunculan Aizat Amdan di pentas dengan nyanyian duet bersama Fadly menerusi lagu Kasih Tak Sampai. Aizat juga turut berkongsi memori ketika beliau menyaksikan kehebatan padi sewaktu konsert Pesta Malam Indonesia yang telah diadakan di Stadium Merdeka beberapa tahun dahulu. Sebelum meninggalkan pentas Aizat tampil dengan lagu Sampai Hari Tua juga merupakan single terbarunya.
Padi Reborn kembali menguasai pentas lantas mempersembahkan lagu Hitam dan Sobat (dedikasi khas buat peminat Padi Reborn) sebelum mereka menutup tirai persembahan pada malam itu. Antara lagu lain yang turut dipersembahkan adalah Mahadewi, Ternyata Cinta, Semua Tak Sama, Seperti Kekasih, Sahabat Selamanya dan Sesuatu Yang Indah.
Amira Syahira yang membuat kemunculan istimewa bersama pemain drum Padi Reborn, Yoyo
Konsert ‘Padi Reborn Exclusive Live In KL’ anjuran Qew Communications Sdn Bhd ternyata cukup hebat dengan limpahan penataan cahaya serta video mapping yang seolah memberi nyawa kepada persembahan Padi Reborn di samping sistem bunyi yang cukup memuaskan deria dengar seraya memberi impak kepada adrenalin hadirin.
Kemunculan Aizat Amdan di pentas dengan nyanyian duet bersama Fadly menerusi lagu Kasih Tak Sampai
Untuk makluman, Padi telah menghasilkan sebanyak 5 studio album iaitu Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul The Singles yang dipasarkan pada tahun 2011.
Kerinduan peminat tempatan terhadap Padi yang kini dijenamakan semula sebagai Padi Reborn pastinya terubat apabila bakal menjayakan konsert buat julung kalinya di Malaysia sempena konsert perdana Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.
Tujuh tahun menyepi bukan satu tempoh yang singkat buat band yang ditubuhkan pada 1997 itu. Ia seperti sesuatu yang tertunda, namun kini seumpama armada membelah samudera, Padi yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Malaysia, Indonesia dan Singapura kini kembali mengemudi arah mereka dengan jelas.
Padi Reborn Exclusive Live In KL anjuran Qew Communications Sdn Bhd pastinya akan lebih menarik apabila pihak penganjur turut mengadakan pre konsert sebagai sesi pemanasan untuk peminat serta sobat padi di Malaysia.
Sebanyak 6 buah kumpulan telah di pilih untuk memeriahkan showcase yang bakal berlangsung di The Bee Publika pada 24 Jun nanti. Antara kumpulan terlibat adalah Pesawat, Oceanlights,Kapow,SOG, Prasasti dan Margosa .
Showcase yang di jenamakan sebagai “Sundaze Pre Party of Padi Reborn Exclusive Live in KL” akan bermula sekitar jam 3 ptg – 7 malam . Peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM25. Sebarang informasi boleh di ikuti melalui Facebook https://www.facebook.com/padirebornexc…/ https://www.facebook.com/qewcomm/