Tag Archives: Pesawat

6 Kumpulan Bakal Meriahkan Pre Konsert Padi Reborn di KL Live Jun Ini

Kerinduan peminat tempatan terhadap Padi yang kini dijenamakan semula sebagai Padi Reborn pastinya terubat apabila bakal menjayakan konsert buat julung kalinya di Malaysia sempena konsert perdana Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.

Tujuh tahun menyepi bukan satu tempoh yang singkat buat band yang ditubuhkan pada 1997 itu. Ia seperti sesuatu yang tertunda, namun kini seumpama armada membelah samudera, Padi yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Malaysia, Indonesia dan Singapura kini kembali mengemudi arah mereka dengan jelas.

Padi Reborn Exclusive Live In KL anjuran Qew Communications Sdn Bhd pastinya akan lebih menarik apabila pihak penganjur turut mengadakan pre konsert sebagai sesi pemanasan untuk peminat serta sobat padi di Malaysia.

Sebanyak 6 buah kumpulan telah di pilih untuk memeriahkan showcase yang bakal berlangsung di The Bee Publika pada 24 Jun nanti.  Antara kumpulan terlibat adalah Pesawat, Oceanlights,Kapow,SOG, Prasasti dan Margosa .

Showcase yang di jenamakan sebagai “Sundaze Pre Party of Padi Reborn Exclusive Live in KL” akan bermula sekitar jam 3 ptg – 7 malam .  Peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini boleh mendapatkan  tiket yang berharga RM25.  Sebarang informasi boleh di ikuti melalui Facebook
https://www.facebook.com/padirebornexc…/
https://www.facebook.com/qewcomm/

6 buah kumpulan :

 

Showcase Istimewa Sempena Penubuhan Pesawat 20 Januari Ini

Pesawat yang pernah popular dengan lagu Mirage kini bersiap sedia untuk kembali menghiasi persada muzik tempatan, buktinya sebuah single terbaru yang berjudul ‘Luluh’ telah pun dihasilkan pada tahun 2017.

Pesawat yang masih kekal dengan empat orang anggota iaitu Jipie (vokal dan gitar), Mann (bass), Kudux (dram) dan Nizam Camel (gitar) serta seorang pemain undangan Paul (synthesizer).  Band yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 ini mula dikenali melalui lagu tema iklan Twisties, ‘Mesti Mau’ serta ‘Mirage’ dan juga lagu ‘Rapuh’ juga merupakan lagu runut bunyi filem Kill.

Album pertama PESAWAT berjudul ‘Take Off’ yang dilancarkan pada tahun 2011 turut tercalon dalam kategori album terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 19.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 10 lagu ‘Mirage’, Pesawat bakal mengadakan persembahan istimewa buat peminatnya di Johor pada 20 Januari ini.  Showcase “Kawan X Mirage” akan berlangsung di Blackbox Medini, Johor Bahru dan akan bermula pada jam 8 malam.

Selain Pesawat, showcase eksklusif ini turut menampilkan band yang cukup sinonim dengan irama ska punk iaitu Plague Of Happiness serta Klabu Asap dan Classmates yang akan bertindak sebagai ‘opening band’.

Kepada peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM30 (online) di Stubapp dan RM40 di lokasi showcase berlangsung.