SHAH ALAM, 28 Ogos 2025 – Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ 2025) kembali dengan tema Festival Inovasi yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Edisi kali ini dikendalikan oleh KRU Studios Sdn. Bhd. sebagai pengurus acara rasmi manakala penganjur utama, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, menjangkakan penganjuran tahun ini lebih meriah dengan pengisian program berskala besar.
Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 akan terus menjadi platform strategik pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, agensi kerajaan dan perusahaan mikro, kecil serta sederhana (PMKS). Beliau menekankan bahawa matlamat penganjuran bukan sekadar memfokuskan pasaran domestik, malah memberi peluang luas kepada usahawan untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui rangkaian perniagaan yang lebih kukuh.
Bertemakan Festival Inovasi, pengisian kali ini lebih pelbagai dengan pelancaran zon pameran teknologi tinggi, konsert imersif selama tiga hari, pertandingan e-Sukan, program Family Fun Run serta pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan persembahan maskot animasi popular termasuk Didi & Friends, Umar & Hana, di samping pengenalan watak baharu seperti Zan Orangutan dan Kikako Kids.
Antara kemuncak acara ialah Konsert Gempak SELBIZ yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air antaranya Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali dan Zarul Umbrella. Selaku Pengurus Acara, Dato’ Norman Abdul Halim berkata SELBIZ 2025 menawarkan kelainan melalui pendekatan penjenamaan baharu selain pengisian hiburan lebih segar untuk menarik pelbagai lapisan audiens.
Tahun lalu, SELBIZ mencatatkan kehadiran lebih 36,000 pengunjung dengan penyertaan 200 usahawan serta hasil jualan melebihi RM3.55 juta. Berdasarkan rekod tersebut, penganjur optimis SELBIZ 2025 mampu melakar pencapaian lebih besar sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai ekspo usahawan paling berprestij di Selangor.
Membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.
Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu juga selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menurutnya, PKNS yakin pembinaan RMM yang dijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini.
“Di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.
“Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya ditemui pada majlis pelancaran projek berkenaan.
Ujar Ishak, pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada pertengahan tahun 2021.
“Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.
“Selain itu, Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX serta hanya mengambil masa 15 minit ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
“Malah, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain yang pastinya menjadi faktor utama diberi perhatian oleh bakal pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kediaman dan hartanah,” katanya.
Tambahnya, terletak berdekatan Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan bagi peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya.
Justeru, beliau menggesa penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Pendaftaran katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian kerana LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.
“PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property, selain hubungi wakil jualan di talian 019-2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 dan pejabat Bangi 03-89262000.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat pertama kalinya melancarkan Promosi PKNS Mega Bonanza dengan menawarkan rebat keseluruhan bernilai RM1 juta kepada pembeli hartanahnya. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek berkata, bermula 1 Januari lalu sehingga 28 Februari ini, pembeli hartanah PKNS berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik tertakluk kepada terma dan syarat.
PKNS Acting CEO and management of PKNS showcasing a PKNS development during the launch of the PKNS Mega Bonanza which offers RM 1 million rebates to property purchasers
Insentif ditawarkan PKNS:
Rumah siap dibina dan sedia diduduki.
Diskaun sehingga 20 peratus bagi projek terpilih (Daffina 3, Daffina 2, Elaisha, Azhara. Menara U & U2).
Rebat tunai bagi projek terpilih (rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta) (Marbella, Hijauan Enklaf, Anggun Kirana, 10 Residensi).
Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, 10 Residensi).
Baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 untuk projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue).
Smart Home Voucher benilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Anggun Kirana & Vega Residensi 2).
Diskaun Pembeli terawal bagi projek (Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya).
Baucar hiasan dalaman bernilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih. (Taman Bayu Malawati).
Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) ditanggung bagi projek yang terpilih.
Skim Smart Ownership PKNS:
Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan Bukan Bumiputera)
Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman/ komersial atau industri (Bumiputera dan bukan Bumiputera).
Menurutnya, tawaran tersebut adalah khusus buat rumah PKNS yang sudah siap dibina dan sedia diduduki, di mana diharap ia mampu merancakkan penjualan pelbagai projek yang ditawarkan perbadanan ini.
“Diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian kediaman terpilih PKNS ditawarkan bagi projek di Kota Puteri iaitu Daffina 3 dan Dafina 2 serta Elaisha, projek Azhara di Antara Gapi serta Menara U & U2 di Shah Alam.
“Diskaun 20 peratus ini bukan sahaja diberikan kepada pembeli Bumiputera, malah bukan Bumiputera sekali gus membuka peluang lebih besar kepada semua kaum untuk memiliki kediaman sendiri.
10 Residensi
“PKNS juga memberikan rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta bagi projek Hijauan Enklaf dan projek Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam serta 10 Residensi di Seksyen 17, Shah Alam,” katanya.
Ujar Norita, lebih menarik pembeli berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati dan 10 Residensi.
“Selain diskaun dan rebat, pembeli bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 untuk projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue.
“Malah PKNS turut memberikan Smart Home Voucher bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Anggun Kirana dan Vega Residensi. Kepada pembeli projek ini, mereka akan menikmati kemudahan Aplikasi Smart Home System di mana menerusi aplikasi ini pemilik boleh memantau kondisi kediaman ketika berada di dalam atau dari jauh dari rumah,” katanya.
ANGGUN KIRANA
Tambah Norita, kepada pembeli terawal bagi projek Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya, ada diskaun menarik ditawarkan kepada mereka.
“PKNS juga ada menawarkan baucar hiasan dalaman bernilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih di Taman Bayu Malawati.
Taman Bayu Melawati
“Pembeli bakal menikmati sifar bayaran pendahuluan, manakala kos Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) akan ditanggung sepenuhnya oleh PKNS bagi projek terpilih,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, Skim Smart Ownership yang sudah tamat tempoh pada 31 Disember tahun lalu diteruskan dengan pemberian Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan bukan Bumiputera).
Opal Residensi
“Manakala Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman/ komersial atau industri (Bumiputera dan Bukan Bumiputera).
“Harapan PKNS, dengan adanya pelbagai tawaran menarik ini, ia dapat merancakkan lagi jualan projek hartanah PKNS,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut bagi projek di Wilayah Tengah boleh hubungi Encik Lee Chee Seng (016-2510113), Puan Sarimah (019-3034342) dan bagi projek di Wilayah Utara hubungi Puan Nor Afisah (012-6595515) serta Puan Norlini (013-2504380). Manakala untuk projek di Wilayah Selatan boleh hubungi Puan Vimala (018-2051713) dan Encik Halim (017-3634821).