Tag Archives: Plan 7 Production

Mr Big Janjikan Persembahan Hebat

Berita kedatangan Mr Big ke Malaysia kini sudah mula menular ke semua peminat muzik rock di Malaysia, malah kehangatan konsert “Mr Big Live In Malaysia 2017” semakin di rasai bahangnya.  Kehadiran mereka adalah sebahagian daripada rangka promosi album terbaru mereka yang berjudul “Defying Gravity”.

Konsert anjuran Plan 7 Production akan di adakan pada 14 Oktober di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Pastinya Mr Big turut mempersembahkan lagu yang telah menawan jutaan peminat mereka di seluruh dunia iaitu To Be With You.

Eric Martin sebagai vokalis, Billy Sheehan sebagai pemain bass, Paul Gilbert sebagai pemain gitar dan Pat Torpey sebagai pemain dram masih lagi mampu untuk menghiburkan jutaan peminat setia mereka di seluruh dunia. Bersempena dengan konsert “Mr Big Live In Malaysia 2017”, satu temubual eksklusif telah di aturkan oleh pihak penganjur dengan Billy Sheehan selaku vokalis kumpulan Mr Big.

“Kami Mr Big merasa cukup bertuah dan berbangga kerana masih berpeluang untuk menghiburkan peminat setia yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kamisejak dahulu hingga kini,”

“Apa yang kami mahu lakukan pada malam konsert tersebut, pastinya persembahan terbaik selain mendendangkan lagu-lagu yang menjadi ‘kegilaan’ peminat kepada kami.  Bersama-sama kita lungsuri nostalgia selain mempersembahkan lagu-lagu terbaru yang terdapat di dalam album Defying Gravity”

Billy Sheeren juga turut mengajak pemuzik baru untuk terus berkarya khususnya dalam melahirkan melodi serta karya yang berkualiti serta mampu mengajak dunia untuk berkolaborasi dengan alam seraya menghayati bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu ‘Be Kind from Defying Gravity’.

“Kami sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi ceritera dengan anda dan pastikan janji temu anda semua dengan kami Mr Big”, ujar Billy mengakhiri temubual.

Sebagai rekod Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio. Dengan menggabungkan gaya muzik “shredding” bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah menggubah pelbagai lagu hit seperti “Alive and Kicking” dan “Just Take My Heart” yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.

Tiket untuk menyaksikan Mr. Big Live in Malaysia 2017 berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM328 (PS1) dan RM188 (PS2). Semua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor kecuali PS2 adalah tempat duduk bebas. Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production. Mr. Big Live in Malaysia 2017 dianjurkan oleh Plan 7 Production, Mega Ultimate sebagai Pengurus Acara, Double Tree Hotel sebagai Hotel Rasmi, Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan dan Penghargaan Istimewa kepada Mega Music World.

MR BIG SEDIA GEMPARKAN MALAYSIA

Kumpulan rock unggul Amerika Syarikat, Mr. Big bakal berkunjung ke Malaysia! Mr. Big Concert Live in Malaysia 2017 akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14  Oktober, pukul 8 malam!

Konsert anjuran Plan 7 Production tersebut adalah sebagai tanda menyokong album terbaru mereka yang berjudul “Defying Gravity”, dimana ia telah dirakam sepenuhnya  hanya 6 hari. Peminat boleh menjangka malam yang penuh nostalgia sambil melayan lagu-lagu klasik serta menerima kejutan daripada hasil-hasil album terbaru mereka.

Diasaskan pada tahun 1988, Mr. Bing telah meninggalkan kesan dalam sejarah muzik. Mereka yang terkenal dengan lagu hit “To Be With You” yang telah membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan memperoleh jualan rekod platinum yang paling tinggi. Mr. Big masih aktif dan popular sepanjang zaman, walaupun trend muzik yang sentiasa berubah mengikut aliran muzik  semasa.

Ahli-ahli semasa yang juga ahli-ahli asal Mr. Big terdiri daripada Eric Martin sebagai vokalis, Billy Sheehan sebagai pemain bass, Paul Gilbert sebagai pemain gitar dan Pat Torpey sebagai pemain dram.

Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun telah disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock. Setakat ini, Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio.

Dengan menggabungkan gaya muzik “shredding” bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah menggubah pelbagai lagu hit seperti “Alive and Kicking” dan “Just Take My Heart” yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.

Tiket untuk menyaksikan Mr. Big Concert Live in Malaysia 2017 berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM368 (PS1) dan RM188 (PS2). Semua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor kecuali PS2 yang merupakan tempat duduk bebas. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production.

Mr. Big Concert Live in Malaysia 2017 adalah dianjurkan oleh Plan 7 Production, Mega Ultimate sebagai Pengurus Acara, Double Tree Hotel sebagai Hotel Rasmi, Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan dan Penghargaan Istimewa kepada Mega Music World.